
Tidak seperti kebiasaannya, suasana lengang di beberapa tempat tumpuan pelancongan sangat jelas bagi menggambarkan situasi pandemik sedang melanda dunia.
Perkongsian gambar yang telah dibuat oleh Penang Kini menyaksikan suasana lengang di Danok, Thailand yang selalunya sering menjadi tumpuan pelancong, lebih-lebih lagi dari masyarakat Malaysia.
Perkongsian ini juga telah membuatkan netizen mengimbau kembali kenangan mereka bercuti di Thailand dan rindu untuk melancong ke sana lagi.
Lain-lain gambar
Antara tempat pelancongan lain di Thailand yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia adalah Hatyai, Songkhla dan Krabi. Mesti korang rindu nak ke sana kan?
Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini tidak lagi berlaku dan semoga industri pelancongan di seluruh dunia kembali pulih.
Debut Sebagai Pelakon, Lisa BLACKPINK Bakal Hiasi Layar Skrin Hollywood

Hey BLINKS! Ada berita baik untuk korang ~
Baru-baru ini berita berkenaan anggota BLACKPINK, Lisa mengejutkan para peminat apabila diumumkan bahawa bintang sensasi ini bakal memulakan langkah dalam bidang lakonan di Hollywood dengan membintangi siri The White Lotus musim ketiga.
ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Lisa BLACKPINK Kejutkan Peminat, Tampil Menawan Di Samping Rihanna!
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal bakal menyertai barisan pelakon popular lain di mana penggambarannya akan dimulakan bulan ini.
Antara yang membintanginya ialah Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs dan Julian Kostov.
Antara sedutan siri HBO tersebut.
Turut berlakon, Michelle Monaghan, Sam Nivola, Morgana O’Reilly, Lek Patravadi, Shalini Peiris, Parker Posey, Natasha Rothwell, Patrick Schwarzenegger, Tayme Thapthimthong dan Aimee Lou Wood.
Diterbit dan diarahkan Mike White, penggambaran musim baharu itu akan dijalankan di Koh Samui, Phuket dan Bangkok di Thailand.
Menurut KOSMO, siri original HBO itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan Thailand untuk tujuan promosi dan sokongan.
Lisa (dua dari kanan) merupakan ahli kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK.
The White Lotus menjadi popular selepas diperkenalkan pada 2021. Musim pertama penggambaran dibuat di Hawaii, Amerika Syarikat. Ia berjaya meraih 20 pencalonan di Emmy Awards dan menang 10 kategori.
Musim keduanya yang ditayangkan pada Disember 2022 dibuat di Sicily, Itali mendapat 23 pencalonan di Emmy Awards dan menang lima kategori termasuk drama siri terbaik.
Antara adegan Jennie di dalam siri The Idol tahun lalu.
Lisa menjadi anggota kedua BLACKPINK menceburi bidang lakonan selepas Jennie membintangi siri The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.
REMAJA sangat tidak sabar untuk melihat bintang kelahiran Thailand ini beraksi di skrin besar Hollywood!
Stay tuned okay BLINKS…
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO & KOREABOO
“Sanggup Tunggang Harley Davidson Ke Thailand Tapi Masjid Yang Dekat Tak Pergi, Zul Handy Black

Tatkala Allah memberikan hidayahnya, tiada siapa mampu menolak. Bagaimana ia diberi, ia hanyalah satu rahsia dalam kehidupan mereka yang menerimanya. Hidayah ini umpama satu perasaan halus yang menjentik hati untuk belajar mengenal Allah dengan lebih mendalam.
Dalam satu perkongsian sebelum dirinya berhijrah menyertai tabligh beberapa tahun lalu, Zul yang amat dikenali sebagai penyanyi kumpulan rock Handy Black serta lakonan mantap dalam Mantra mengakui dirinya amat sombong dengan Allah taala.
“Hubungan saya dengan orang baik sekali, begitu menjaganya tapi sayangnya hubungan saya dengan Allah jauh. Saya sombong dengan Allah. Sembahyang jauh sekali. Puasa pula awal dan akhir sahaja sebab ketika itu balik kampung bersahur dengan mak ayah.
“Dulu saya antara orang yang boleh beli sebiji motor Harley Davidson, special edition dengan harga RM180,000. Motor tu ada 100 biji sahaja dalam dunia dan saya orang ke empat membelinya.
“Sampai ke Thailand saya pergi, Singapura juga tak masjid yang dekat saya tak singgah pun. Orang hanya dengar bunyi derumannya sahaja tapi saya tak singgah pun sedangkan kedudukannya lebih dekat,” katanya Zul sambil menambah emaknya pernah bertanya mengapa dia sanggup membeli sehelai t-shirt ed hardy dengan harga RM600 pada hal hanya memaparkan gambar tengkorak sahaja.

Dalam perkongsian hijrahnya itu juga, kata Zul, manusia di akhir zaman selalu mempertikaikan harga rumah yang semakin mahal tetapi masih mampu membelinya, mempertikaikan juga harga emas berlian yang mahal tetapi tetap membelinya juga tetapi masa yang sama tidak mempertikaikan harga sebuah IMAN yang lebih mahal harganya di dunia ini.
Malah Zul turut berkongsi kisahnya semasa menjadi artis dahulu termasuk memaklumkan harga sebuah lagu yang dinyanyikan dalam mana-mana majlis mencecah RM3000 bagi sebuah lagu.
“Saya nyanyi tiga lagu, dah dapat RM9000 bagi Jumaat malam Sabtu saja. Kalau hari-hari lain, gaji pun dah dapat RM1000 sehari. Kiranya dalam sebulan pendapatan dalam RM40,000 sebulan tapi Allah menguji dalam pelbagai bentuk termasuk Allah tarik nikmatnya.
“Dahulu masa jadi artis kita fikir kita hebat tapi Allah uji saya dengan pelbagai ujian. Saya masih lagi belajar dan akan terus belajar,” katanya dalam ceramah berkenaan.
Nyata, hidayah Allah itu milikNya. Siapa yang dia kehendaki maka terjadilah. Semoga kita juga berubah menjadi lebih baik dan bukan menunggu hari tua untuk melakukan perubahan dalam hidup yang semakin singkat ini.
Dengar video perkongsian dari Zul akan kisahnya ini.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2019/01/50991822_1970894179873252_2664583464031879168_n.mp4?_=1
Parlimen Korea Selatan Tentukan BTS Sertai Tentera Atau Tidak

Persoalan sama ada kumpulan K-pop terkenal, BTS diwajibkan untuk mendaftarkan diri bagi perkhidmatan ketenteraan ataupun bakal dikecualikan masih belum diputuskan oleh agensi pengurusan kumpulan tersebut, Hybe.
Lapor Yonhap, perkara itu telah dimaklumkan oleh Ahn Cheol-soo iaitu ketua jawatankuasa pegawai pasukan bakal Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol kepada pemberita selepas mereka melawat premis agensi tersebut Sabtu lalu.
Tambah Cheol-soo lagi, perbincangan tersebut akan terus dibawa ke peringkat Parlimen kerajaan baharu selepas ini. Wow, keputusan pengecualian perkhidmatan tentera ini sampai ke pengetahuan pejabat Presiden Korea Selatan!
ARTIKEL BERKAITAN : Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs – REMAJA
BACA LAGI : Dalam Sejarah, V BTS Jadi Orang Asia Pertama Raih 19 Juta ‘Like’ Di Instagram – REMAJA

Sememangnya kumpulan BTS merupakan aset berharga negara tersebut setelah ia berterusan membanggakan rakyatnya dengan segala kejayaan dan rekod baharu yang dicatatkan selama ini.
Lawatan ke Hybbe itu telah menjadi tumpuan ramai di saat-saat ramai peminat yang mula berspekulasi sama ada ahli BTS akan dikecualikan daripada menyertai perkhidmatan dua tahun yang selama ini diwajibkan ke atas semua warganegara lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan (kecuali untuk pemuzik klasik dan atlet yang memenangi pingat atau anugerah di peringkat dunia).
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan disebut sedang mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan pengecualian perkhidmatan tentera kepada BTS. Begitupun, syarikat label mereka pernah menyatakan tiada sebab untuk ahli-ahli BTS dikecualikan daripada berkhidmat. Malah, mereka turut menyatakan hasrat untuk mendaftarkan diri secara sukarela selama beberapa kali sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Selebriti Korea Yang Dijangka Sertai Latihan Ketenteraan Tahun Ini – REMAJA
BACA LAGI : Gara-Gara Sokong Atlet Korea Selatan, Ahli BTS Terpaksa ‘Hadap’ Cercaan Netizen China – REMAJA
Adakah ahli-ahli BTS sudah bersedia untuk ‘menukar mikrofon kepada senapang’ selama dua tahun dalam kem latihan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.