Digelar sebagai pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian netizen susulan daripada dakwaan dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
ARTIKEL BERKAITAN : Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Orang Bajau
Terbaru, Ebit Lew yang berusia 37 tahun telah tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom sekitar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.
Dimaklumkan, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi. Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.
Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ebit Lew kini sedang berada di Sabah dalam menjalankan kerja-kerja amal.
BACA LAGI : Sering Hulur Bantuan, Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Sinar Harian
Bapa Akui Muflis Demi Jadikan Anak Juara Motor GP! Kecewa Kontrak Super KIP Tak Disambung
Tiada apa yang lebih menyedihkan di saat minat mendalam namun akhirnya terpaksa terhenti akibat kecederaan. Namun lebih mengecewakan apabila kontrak ditamatkan.
Dalam satu laporan Harian Metro, tamatnya perlumbaan di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu bermakna berakhir sudah karier Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia dalam saingan Moto3 apabila kontraknya bersama Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) tidak disambung.
Ia menjadi pengakhiran mengecewakan buat pelumba itu selepas apa diusahakan selama ini oleh ayahnya, Pawi Omar berakhir dengan cara paling tidak diingini.
Pawi berkata, dia cuba memujuk Khairul Idham atau lebih dikenali dengan Super KIP untuk meninggalkan dunia permotoran dan beralih kerjaya sebagai penternak lembu.
Ia bukan gurauan, malah Super KIP ketika bersiaran di laman sosial Instagram baru-baru ini turut memaklumkan dia mungkin beralih angin menjadi petani dengan menanam pisang.
Kata Pawi, dia kecewa dengan apa berlaku dan selepas bergolok-gadai dan diisytiharkan muflis, malah sehingga KIP mengorbankan jarinya, namun karier anaknya itu berakhir dengan cara tidak disangka pada usia 22 tahun.
"Khairul satu dalam sejuta. Saya bukan nak bangga, tapi saya didik dia dari kecil sejak sekolah lagi. Macam mana susahnya saya didik dia, asuh dia bergolok-bergadai rumah. Berniaga hingga muflis sampai ke hari ini.
"Malah sekarang saya masih tanggung saman dari LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebanyak RM36,000 tiap-tiap bulan sebab tak bayar cukai demi jadikan Khairul sebagai pelumba. Tiba-tiba jadi macam ini. Saya amat kecewa," katanya.
Khairul kini berada di tanah air dan menjalani proses kuarantin wajib di salah sebuah hotel di ibu negara.
Dia dijangka pulang ke kampung halaman, Batu Gajah, Perak pada 7 Disember depan selepas tamat tempoh itu.
Kata Pawi, Khairul mungkin bertukar kerjaya dan beliau cuba pujuk anaknya untuk tinggalkan perlumbaan dan mulakan hidup baharu.
"Saya sangat kecewa dengan SRT, termasuk Khairul. Saya tak pernah lihat dia betul-betul kecewa seperti hari ini. SRT tak bagi dia peluang. Masa di Moto2 dia jatuh cedera dan berehat panjang tukar ke Moto3. Jatuh lagi dan cedera lagi sehingga potong jari.
"Sebenarnya perkhabaran khidmat Khairul ditamatkan itu saya tahu sejak Julai. Sudah ada khabar angin bertiup. Sebelum dia potong jari dan kalau dah tahu begitu, kenapa mereka suruh dia potong jarinya," kata Pawi.
Khairul menyertai Petronas SRT pada 2019 dalam kategori Moto2, tetapi selepas bergelut dengan masalah kecederaan, dia memasuki kategori Moto3 setahun kemudian.
Sepanjang bergelar pelumba, Khairul pernah dua kali menaiki podium sebagai juara dalam Moto3 pada 2016 di Argentina dan Jerman. Sumber : Harian Metro / Gambar : Petronas SRT
Berita Baik! 1000 Rumah IKRAM KPKT Disediakan, Sewa Serendah RM124 Sebulan
Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengsaraan’ akibat wabak COVID-19.
Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dipotong gaji dan paling malang kalau diusir dari rumah sewa akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.
Terbaru, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Rumah IKRAM KPKT adalah untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Menerusi Siaran Media yang dikongsikan Bernama, kadar sewa Rumah IKRAM KPKT adalah minimum RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun. 1,000 Rumah IKRAM KPKT juga disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.
🏠 Kadar sewa Rumah IKRAM KPKT RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun.
🏠 1,000 Rumah IKRAM KPKT disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.
Sumber: @reezal_merican pic.twitter.com/QF3xliWBCH
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 15, 2021
Korang boleh pergi ke laman web rasmi KPKT untuk memohon dan keterangan lanjut.
So bagi korang yang tengah cari-cari rumah sewa tu jangan lepaskan peluang ya.
Sumber: Bernama
Pelawak Wanita Viral Mengaku Masih Bangga Beragama Islam, Teman Lelaki Terbuka Untuk Peluk Islam
Susulan penularan video berdurasi 54 saat di media sosial tempatan yang memaparkan aksi seorang pelawak komedi solo (stand up comedian), wanita tersebut muncul menerusi video siaran langsung di saluran YouTube-nya petang semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Amira Natasha Abdullah itu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi mangsa kecaman orang ramai termasuklah para pendakwah, selebriti, pempengaruh dan pelawak setelah menanggalkan tudung dan persalinan baju kurung di atas pentas. Ia berlaku selepas Siti Amira atau Amy memperkenalkan dirinya dan mengaku telah menghafaz 15 juzuk surah Al-Quran sebagai sebahagian daripada konten jenakanya.
Sedar dirinya menjadi bahan kecaman apabila video persembahannya itu tular di media sosial, Amy menerusi sesi siaran langsung di YouTube itu menyatakan dia masih menganut agama Islam dan berbangga menjadi seorang Muslim.
Turut muncul ialah teman lelaki Amy yang dikenali sebagai Alex. Apabila diajukan soalan tentang video yang tular, Alex menghalang Amy daripada menjawab kerana enggan kenyataan mereka disalah tafsir.
Begitupun, Alex mempertahankan Amy dengan menyifatkan teman wanitanya sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam. Alex juga tidak mempunyai halangan untuk memeluk agama Islam apabila tiba masa untuk mereka berkahwin, tidak lama lagi.
Ketika ditanya sama ada Amy gemar bertelanjang di depan khayalak seperti aksinya dalam video itu, Alex menafikannya.
“Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khayalak,” ulasnya. Video siaran langsung semalam bagaimanapun telah diturunkan oleh pasangan itu.
Tinjauan REMAJA terhadap saluran YouTube Amy mendapati dirinya tidak lari daripada membahaskan topik-topik hubungan seksual secara terbuka. Malah menerusi beberapa video, Amy tidak segan mengenakan pakaian baju dalam sahaja. Ada juga video di mana Amy mengenakan tudung sambil berkongsi tip ‘dating’ untuk pengikutnya.
Terdahulu semalam, REMAJA melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil maklum akan video yang tular dan akan menyiasatnya. Manakala, pihak kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail yang menjadi lokasi penganjuran acara terbabit telah membuat laporan polis berikutan kes ini.
BACA LAGI : Cemar Aidiladha! JAWI Siasat Video Wanita Hina Islam Di Kelab Komedi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.