11 Tahun Bertarung, Elyana Kongsi Berita Gembira Kini Bebas Kanser

Share

Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi wanita, Elyana sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser limfoma yang dikatakan sudah hampir ke peringkat kelima.

Elyana sering berkongsi perjalanan rawatan yang dijalaninya dan walaupun kelihatan kuat serta masih mampu tersenyum, namun ada suatu ketika penyanyi ini sepertinya sudah tidak kuat untuk menahan kesakitan.

Instagram: @elyanaofficial1

Baru sebentar tadi Elyana telah memuat naik hantaran di instagram dengan berkongsi berita gembira mengenai status penyakit kansernya itu.

Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..
Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!

Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya .
Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang..
Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku.
Allah Maha Baik!!!
I love u Ya Allah…🤍

Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan syukur atas berita gembira ini dan terus mendoakan agar Elyana terus kuat dan menjadi inspirasi buat pesakit kanser yang lain.

Terbaharu, dia turut membuat perkongsian mengatakan kini sedang menjalani sesi kimoterapi untuk kali kelima.

Kami di Remaja turut mendoakan agar Elyana terus kuat dan dikurniakan kesihatan yang baik.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman