Tempat makan menjadi salah satu ‘port’ lepak kegemaran ramai untuk berkumpul bersama kenalan dan biasanya, ia bukan hanya bertujuan untuk makan-makan, tetapi lebih kepada sesi berbual. Masyarakat hari ini tidak sekadar memilih kedai makan yang menghidangkan makanan lazat, malah ada juga yang berkunjung kerana dekorasi dan konsep menarik oleh kedai itu sendiri.
Bila dah makan, mestilah nak OOTD sekali kan? Jadi, ini merupakan antara salah satu sebab kenapa orang ramai, khususnya remaja suka memilih kedai makan yang cantik dan unik.
Bagi korang yang gemarkan konsep ala-ala ‘nature’, berikut merupakan antara 11 kedai makan/kafe yang berkonsepkan alam semula jadi di sekitar Lembah Klang.
Tempat makan ini membawakan konsep ‘farm to table’, dimana makanan akan dihidangkan segar dari kebun. Jenis makanan yang ditawarkan adalah Asian dan Western.
3. Hornbill Restaurant & Café
Lokasi: KL Bird Park, Perdana Botanical Gardens
Ads
Walaupun terletak di KL Bird Park, tetapi korang tidak perlu bayar tiket masuk kerana ada jalan terus untuk ke restoran ini. Apa yang menariknya, disini korang akan ditemani oleh burung Hornbill sambil menjamu selera.
Rasanya ramai yang dah tahu tentang tempat makan ini. Bukan hanya dengan suasana kehijauan, korang juga boleh menikmati makanan sambil merendamkan kaki ke dalam air. Best kan?
Sambutan Aidilfitri bakal tiba kurang empat hari lagi. Semestinya perayaan tahun ini bakal menjadi meriah setelah dua tahun rakyat Malaysia tidak menyambutnya akibat sekatan yang dikenakan ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Apabila masyarakat sudah boleh pulang ke kampung, antara perkara yang bakal menerima faedah adalah sektor perniagaan. Peniaga barangan basah atau kering, makanan dan lain-lain pasti tidak cukup tangan melayan permintaan.
Namun begitu, lain pula halnya dengan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh di negeri Kelantan dalam satu salinan notis yang dimuat naik di akaun Facebook organisasi tersebut. Notis berkenaan untuk memaklumkan berkaitan penutupan perniagaan Pasar Raya, restoran dan premis perniagaan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut maklumat yang dimuat naik itu, “Majlis telah menetapkan supaya pengusaha premis tidak dibenarkan menjalankan operasi perniagaan pada 01 dan 02 Syawal 1443H iaitu pada hari pertama dan hari kedua Syawal.”
Walaupun diwajibkan tutup pada hari raya pertama dan kedua, pihak Majlis Daerah Pasir Puteh membenarkan perniagaan dibuka pada hari raya kedua dengan syarat.
Dalam kenyataan tersebut, Noor Azman Md Nawi yang merupakan Setiausaha MDPP berkata, “Kelonggaran diberikan untuk menjalankan perniagaan pada hari raya kedua dengan syarat kakitangan diberi pilihan untuk bertugas dan hendaklah dibayar elaun lebih masa.”
Hantaran tersebut setakar artikel ini ditulis telah menerima lebih 163 tanda suka dan dikongsi lebih 58 pengguna Facebook. Keputusan yang dibuat MDPP ini merima pelbagai reaksi masyarakat. Jika diamati ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan tersebut.
Berikut adalah beberapa perkongsian di ruangan komen hantaran terbabit.
“Datang dari mana idea nak suruh tutup habis kedai pada hari raya. Yang mana nak berniaga biarkanlah mereka berniaga, mesti majikan bayar gaji lebih. Waktu beginilah orang nak pergi kedai. Kalau buat jamuan makan kemudian bahan tak cukup, habis tu nak beli barangan di mana?
“Berapa ratus ribu orang di perantauan akan balik Pasir Puteh. Inilah masa untuk memperkukuhkan ekonomi. Waktu raya kalau jual gajah dan harimau pun anak perantauan beli. Mereka yang balik memang nak habiskan duit di kampung,” ujar individu bernama Siti Hafsha yang memberi pandangan.
Manakala seorang lagi pengguna facebook, Amizi Roy pula berkata, “Kena buka juga kedai. Kesian sekiranya ada barang kecemasan yang habis.”
“Susah macam ni, atas alasan apa kena tutup restoran dan pasar raya?” tanya Aminuddin Ghazali.
Pihak Majlis Daerah Pasir Puteh dilihat tidak memberi maklum balas kepada pelbagai persoalan yang diajukan oleh pengguna Facebook yang rata-rata kurang berpuas hati dengan notis tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di mata juri program nyanyian, The Hardest Singing Show (THSS) yang baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi; keenam-enam peserta telahpun melakukan sehabis baik dengan idea-idea di luar kotak demi merealisasikan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ yang dibawakan program berkenaan.
Namun, di sebalik stun-stun yang sukar dilakukan itu, pihak juri mengakui mereka mencari momen istimewa dalam setiap persembahan peserta yang mampu memukau hati mereka, peminat serta penonton.
Bercakap di sidang media THSS, Zizan Razak berkata kebolehan setiap peserta tidak pernah disangkal oleh para juri sepanjang sepuluh minggu program tersebut berlangsung. Cuma tidak semua peserta yang berjaya memberikan faktor ‘wow’ yang diinginkan setiap kali menjayakan persembahan.
“Semua peserta adalah profesional, kesemuanya boleh menyanyi dan membuat persembahan.
“Tapi yang paling hardest bukanlah kesusahan fizikal. Yang paling hardest adalah untuk beli hati penonton, peminat dan juri yang memberi markah.
“Kadangkala kalau seseorang buat hardest melalui (stun) fizikal pun, kita sebagai juri dan penonton melihat persembahan itu dengan tidak selesa. Kami pun tidak enjoy.
“Tapi kalau dia buat persembahan yang cukup latihannya, cukup dari sudut vokal dan sebagainya, dia berjaya hypnotized juri; mudah untuk kita memberi markah dan kita juga merasa selesa.
“Penonton juga memainkan peranan kerana sorokan dan sokongan tidak perlu dipaksa. Kita (juri) pun dapat rasa vibe itu dan vibe tidak boleh dibeli,” katanya.
Juri, Edry Abdul Halim berkongsi sentimen yang disampaikan oleh Zizan dengan menjadikan persembahan duet Aepul Roza dan Putera Muhammad menerusi lagu Melangkah Lebih Tinggi sebagai contoh terbaik bagi menggambarkan vibe yang dicari-cari oleh pihak juri.
“Persembahan terakhir ‘dua budak jahat’ itu buat (memang) gila-gila. Kita enjoy dan tergerak hati untuk tepuk tangan berdiri dan sebagainya. Itulah yang Zizan maksudkan dengan (vibe persembahan) tidak boleh dibeli.
“Kamu boleh berikan pentas yang cantik, letak 50 orang penari tetapi untuk menaikkan bulu roma orang itu tiada nilainya. Kamu bagilah seseorang lighting cantik (dan) baju RM100,000 letak berlian pun; kalau bulu roma tak naik tak jadi juga,” simpulnya dengan perumpaan mudah tersebut.
The Hardest Singing Show musim pertama mengangkat Aepul Roza sebagai juara sulungnya dengan kutipan markah sebanyak 83.2 peratus diikuti naib juara, Ayda Jebat (80.81 peratus) dan Stacy (75.09 peratus) di tempat ketiga.
Sementara itu, tempat keempat menjadi milik Aisha Retno dengan markah sebanyak 74.69 peratus. Putera Muhammad terpaksa berpuas hati dengan 73.51 peratus untuk menduduki tempat kelima manakala Zizi Kira di tempat keenam dengan 63.69 peratus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemenangan Andina Julie yang terpilih menjadi Miss Grand Indonesia 2022 ternyata membawa tuah buat gadis berusia 21 ini. Dia yang berasal dari Palembang telah dianugerahkan biasiswa oleh Universiti Indo Global Mandiri untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat sarjana.
Pemberian biasiswa ini merupakan satu inisiatif pihak universiti bagi menghargai usaha Andina yang berjaya membanggakan institusi terbabit. Dia yang ketika ini merupakan pelajar jurusan perakaunan dalam peringkat sarjana muda di universiti tersebut sangat gembira dengan hadiah yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti kepadanya.
“Bidang perakaunan merupakan bidang pelajaran yang saya minati dan menurut saya boleh memberi peluang kerja yang luas di dalam bidang apa pun,” ujar gadis cantik ini. Dia yang tidak menyangka sama sekali akan dianugerahkan biasiswa tersebut mengungkap rasa syukur kerana kini dia boleh melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Menjengah ke laman Instagramnya, Andina berterima kasih kepada semua pihak yang mempercayai dirinya.
“Terima kasih untuk ketua Yayasan Indo Global Mandiri , Bapak Fadhiel Alie, S.Kom., B.I.T., M.T.I dan seluruh rektor, pensyarah dan pengurus Yayasan Indo Global Mandiri yang telah memberikan peluang besar ini untuk Andina. Semoga dengan amanah ini, saya boleh membawa nama baik UIGM, dapat menyelesaikan pengajian tepat waktu dan membanggakan orang tua,” kongsinya panjang.
Pemilik Yayasan Dunia Mega Bintang yang memegang lesen Miss Grand Indonesia, Ivan Gunawan turut bangga dengan pencapaian Andina. Ujarnya, “Saya berasa bangga kerana bagi saya Miss Grand Indonesia bukan sekadar pertandingan kecantikan yang hanya memandang fizikal sahaja, tetapi Miss Grand Indonesia juga harus memiliki nilai intelektual dan etika kerja yang tinggi.”
Untuk pengetahuan pembaca, Andina atau nama asalnya Andina Yulianti merupakan Miss Grand Indonesia ketiga di bawah directorship Ivan Gunawan. Tahun ini pertandingan Miss Grand International 2022 dijangka mengambil tempat di Indonesia sebagai tuan rumah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...