110 Pelajar Bergejala, Kluster ILI Dikesan Di Sekolah Menengah Berasrama Di Selangor

Share

Peningkatan wabak kes Influenza Like Illness (ILI) atau jangkitan salur pernafasan dilaporkan semakin menular.

Terbaru, sebuah sekolah menengah berasrama di daerah Petaling, Selangor dikesan kluster Influenza-Like-Illness (ILI) pada Selasa lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling menerima notifikasi 110 orang pelajar bergejala demam, batuk, selesema serta sakit tekak dan kes pertama telah dikenal pasti bergejala sejak 14 Jun lepas.
“Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak adalah 191 orang pelajar dengan kadar serangan jangkitan 32.5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman Via Astro Awani
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, lima orang pelajar telah disahkan positif Influenza A, manakala sebanyak 13 sampel lagi masih menunggu keputusan.
Menurutnya, pemantauan yang dijalankan oleh JKN Selangor terhadap jangkitan ILI di negeri itu mendapati situasi masih terkawal namun penularan jangkitan di institusi pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah berasrama menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Sebelum itu, mari kita ambil tahu tentang punca, cara merebak dan cara mencegah wabak ini.

Punca Penyebaran Wabak ILI:

  • Fakta: Menerusi virus dan bakteria
  • Mitos: Makanan dan minuman

Cara wabak ILI merebak:

  • Menerusi perkongsian peralatan diri seperti tuala
  • Tangan yang kotor
  • Objek yang tercemar

Cara pencegahan:

  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan air
  • Hand sanitizer
  • Tutup mulut ketika batuk
  • Tutup mulut ketika bersin
  • Memakai topeng muka

Sehubungan itu, orang ramai, masyarakat dan pelajar dinasihati agar sentiasa mengamalkan langkah kawalan kendiri.

Sumber : Bernama, Astro Awani

***

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana