12 Bathtub Hotel Terbaik Di Malaysia Yang Korang Boleh Pilih Untuk Staycation

Share

Sudah lebih kurang setahun lamanya rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk ke luar negara ekoran daripada situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Jangankan luar negara, dah beberapa bulan ini juga kita semua masih tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri.

Disebabkan oleh itu, kebanyakan daripada kita memutuskan untuk bercuti atau ‘staycation’ di hotel berdekatan sahaja. Jika sebelum ini mungkin ada yang memilih untuk menginap di hotel ‘biasa-biasa’ ketika bercuti, tapi disebabkan tidak boleh ke luar negara, ramai yang tidak kisah untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan penginapan terbaik.

Antara yang menjadi pilihan pengunjung adalah hotel yang menyediakan kemudahan bathtub terbaik kerana banyak masa dihabiskan di bilik hotel dan rata-ratanya masih takut untuk berenang di kolam renang, jadi jalan terbaik adalah untuk berehat dan ‘berendam’ di bilik sahaja. Hiks!

Berikut kami senaraikan antara hotel yang menyediakan bathtub terbaik di Malaysia mengikut perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Oren Katique.

1. The Ritz-Carlton Langkawi

Bathtub dengan pemandangan laut ataupun hutan hujan bergantung kepada jenis bilik yang di pilih. Suasana sebegini pasti lebih asyik jika dengan yang tersayang.

2. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Bathtub yang menghadap KLCC. Design bathtub yang bulat dan luas pasti meriah jika dinikmati bersama anak-anak dan pasangan.

3. Macalister Mansion, a Design Hotel, Georgetown

Bathtub dalam suasana bilik mandi dalam rekabentuk Colonial. Feels the English.

4. Panji-Panji Langkawi

Design Bathtub dan bathrooms yang unik membangkitkan lagi mood tambahan ketika hari hujan yang jatuh berjurai.

5. W Kuala Lumpur

Luxury finishing disulami dengan bilik mandi yang luas. Mood ibarat berada di dalam filem 365.

6. The St Regis Kuala Lumpur

Bathtub menghadap ke park view. Sambil berendam sambil sambil menonton TV. Usah gusar dengan manusia sekeliling.

7. Banyan Tree Kuala Lumpur

Bathtub menghadap view Kuala Lumpur. Design bathroom juga menarik dengan adanya shower pelbagai mode yang boleh bertukar warna.

8. The St Regis Langkawi

Walaupun kecil saiznya tapi nikmatnya terasa. Suasana mewah sambil berendam menggamit emosi.

9. The Ruma Hotel & Residence

Walau pemandangannya di kelilingi hutan batu namun suasana interior nya yang cukup melambangkan kemewahan.

10. Andaman Langkawi, a Luxury Collection Resort

Seketul bathtub di ruangan kamar mandi sambil menikmati interior design dari buatan kayu.

11. The Ritz-Carlton Kuala Lumpur

Finishing interior yang berwarna putih melambangkan kemewahan klasik.

12. The Westin Desaru Coast

Bathtub menghadap ke katil. Jika di kuak pintu sliding pasti terdengar deruan ombak dari pantai Desaru.

Ha, menarik kan? Mungkin raya ni tak boleh balik kampung, so bolehlah korang check-in di hotel. Hiks!

Selamat berehat!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman