Tahun 2020 bakal menutup tirainya hari ini dan bermula esok, merupakan tahun baru yang bakal disambut oleh seluruh masyarakat dunia.
Tidak dinafikan, banyak memori tercipta sepanjang tahun ini, lebih-lebih lagi dengan situasi wabak COVID-19 yang memaksa rakyat Malaysia mahu pun seluruh masyarakat dunia untuk duduk di rumah.
Di negara kita, Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dijalankan sekitar Mac lalu dan ia merupakan antara pengalaman baru bagi kebanyakan individu. Mahu tak bosan bila berbulan-bulan kena duduk rumah. Jadi, antara aktiviti yang boleh menghilangkan bosan adalah dengan menonton drama Korea. Hiks!
Daripada tak suka K-Drama, ada juga yang terus jatuh cinta. Betul tak? Hehe!
Berikut Remaja senaraikan antara drama-drama Korea yang paling menyerlah sepanjang tahun ini.
Drama bergenre fantasi ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Kim Tae-Hee membawa watak sebagai isteri, Cha Yoo-Ri yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan kembali ke pangkuan suami serta anaknya sebagai hantu selama 49 hari. Cha Yoo-Ri cuba untuk menjadi manusia kembali.
Drama ini sangat meruntun hati penonton dan pastinya menjadi antara ‘drama air mata’ terbaik bagi tahun 2020.
Drama ini mendapat respon luar biasa daripada penonton dan kini bakal ditayangkan untuk musim kedua. Hospital Playlist adalah siri drama yang mempunyai 16 episod menceritakan tentang lima orang sahabat yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran dan berkhidmat di sebuah hospital yang sama.
Sarat dengan kisah persahabatan dan ilmu bidang perubatan, siri ini juga antara yang mendapat perhatian penonton di Malaysia.
Merupakan adaptasi webtoon, Itaewon Class juga antara senarai drama Korea yang menarik untuk ditonton bagi tahun ini. Bercerita tentang perjuangan Park Sae Ro Yi yang dilakonkan oleh Park Seo Joon, dia membuka kedai makan dan membalas dendam terhadap keluarga yang telah mengakibatkan ayahnya meninggal dunia.
Drama yang pernah menjadi fenomena di negara kita, bukan hanya bagi wanita yang sudah bersuami, malah anak dara juga ‘geram’ melihat kecurangan si suami yang dipaparkan dalam siri Korea ini.
Ji Sun Woo adalah seorang doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Sun Woo seolah-olah mempunyai segalanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga bahagia, namun dia dikhianati suaminya yang berlaku curang bersama wanita lain.
Kejadian buruk akibat paragliding menemukan Yoon Se-Ri (Soon Ye-Jin) dan Ri Jeong-Hyeok (Hyun Bin), seorang tentera yang menyelamatkannya ketika sesat mendarat di daerah Korea Utara. Drama ini juga pernah menjadi fenomena pada awal tahun lalu kerana kekacakan Captain Ri dan chemistry yang ditunjukkan bersama Yoon Se-Ri dalam drama 16 episod ini.
Disebabkan drama ini juga, sepasang pasangan di Filipina turut merakamkan foto perkahwinan mereka bertemakan Crash Landing On You.
Lakonan Jang Nara dalam siri Oh My Baby juga turut mendapat perhatian penonton kerana jalan ceritanya yang santai namun masih tetap menarik. Drama ini menceritakan tentang Jang Ha Ri, seorang workaholic yang tidak berminat untuk mencari pasangan walaupun sudah berusia.
Namun, dia berkeinginan untuk mempunyai anak sehingga akhirnya terlibat dengan tiga orang lelaki, iaitu Han Yi Sang seorang jurugambar bebas, Yoon Jae Young, doktor yang merupakan single parent dan Chong Kang Eu-Ddeum, seorang pekerja junior di tempat kerjanya.
Menceritakan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang merupakan gumiho (rubah jantan berekor sembilan) yang menetap di sebuah bandar. Karakternya digambarkan pernah menjadi dewa gunung, tetapi kini hanya seekor gumiho yang menyamar sebagai manusia dan seorang atlet hebat yang sentiasa kehilangan tenaga kerana menggunakan kuasanya ketika melakukan tugasan.
Pasangan muda yang berjaya menawan hati penonton pada tahun ini adalah Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop menerusi drama Dr. Romantic 2. Percintaan mereka berkembang ketika keduanya ditugaskan untuk bekerja dengan Dr. Kim (Han Suk Kyu) di Dol Dam Hospital.
Walaupun mempunyai keperibadian yang berbeza, namun penonton masih mahu menyaksikan gandingan dua pelakon ini dalam setiap episod.
Walaupun mendapat rating yang tidak tinggi di kaca televisyen, namun drama ini juga pernah mendapat perhatian penonton untuk tahun ini. Menceritakan tentang seorang Raja pada masa lalu yang bekerjasama dengan detektif masa hadapan.
Walau bagaimanapun, drama korea yang dibintangi oleh Lee Min Ho dan Kim Go Eun ini dilaporkan menjadi antara 10 siri Netflix paling popular di 28 negara.
Memaparkan kisah kesihatan mental, drama ini turut mendapat pujian kerana memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang indvidu yang mempunyai masalah mental. Moon Kang Tae, seorang lelaki yang memiliki segalanya, termasuklah tubuh yang hebat, kecedersan dan penuh rasa simpati terhadap orang lain. Dia digambarkan mempunyai karakter yang sempurna, namun mempunyai saudara lelaki yang menghidap autisme.
Berlatarbelakangkan Bandar Silikon fiksyen Korea Selatan yang disebut sebagai Sandboz, Start-Up menceritakan tentang kisah pekerja-pekerja di syarikat yang baru dibangunkan. Dibintangi oleh Seo Dal Mi (Bae Suzy), Nam Do San (Nam Joo Hyuk), Han Ji Pyung (Kim Seon Ho), dan Won In Jae (Kang Han Na), drama ini turut memberi inspirasi buat anak muda untuk memulakan bisnes.
Sebuah lagi drama yang sering memberi ‘ketegangan’ kepada penonton setiap kali menonton siri ini. Penuh emosi, The Penthouse: War in Life mengisahkan tentang Sim Soo-Ryeon (Lee Ji Ah), seorang wanita yang berasal daripada keluarga kaya dan menjadi ratu apartmen di penthouse tingkat 100. Suaminya bernama Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon), iaitu merupakan pengusaha real estate yang berjaya.
Sebenarnya, terlalu banyak drama yang ingin disenaraikan tetapi cukuplah hanya dengan beberapa drama di atas. Ini merupakan antara pilihan kami dan mungkin korang pun ada pilihan tersendiri.
Apa-apa pun, kami pasti peminat K-drama akan terus teruja untuk menantikan drama terbaru bagi tahun seterusnya. Sama-sama kita nantikan.
Selamat tahun baru guys!