Tinggal lagi beberapa bulan umat Islam bakal menyambut lebaran dan kita semua tidak tahu adakah Aidilfitri tahun ini akan dapat disambut dengan meriah bersama sanak saudara atau pun masih seperti tahun lalu, hanya dirai dengan keluarga terdekat.
Walau bagaimanapun, tidak kiralah sama ada sambutan dilakukan secara besar-besaran atau kecil-kecilan, pastinya kita tetap berbaju raya baru kan. Hiks!
Kalau korang dah bosan dengan rekaan baju-baju sebelum ini, berikut kami senaraikan idea koleksi fesyen baju yang dikongsi oleh Namirahsketches. Uniknya, rekaan ini adalah diinspirasikan daripada juadah makanan dan kuih raya. Hasilnya memang meletop!
Let’s check this out!
Menarik kan? Kalau boleh baju raya ni memang tak nampak pelik. Jadi, korang bolehlah tiru rekaan ini untuk design baju raya nanti. Hehe!
Sumber: Namirahsketches