12 Kombinasi Shortcut Kibod Komputer Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Share

Ramai orang beranggapan bahawa butang ‘Win’ atau logo Window hanyalah digunakan untuk membuka ‘Start’ menu. Namun sebenarnya ia juga boleh digunakan sebagai ‘shortcut‘ untuk kamu melakukan beberapa jenis tugas berbeza.

Sebagai golongan remaja khususnya, kamu pasti sentiasa menggunakan komputer untuk melakukan assignment dan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mungkin ada sesetengah kombinasi shortcut yang telah kamu ketahui terutamanya Ctrl + Alt + Delete.

Tapi tahukah kamu bahawa terdapat banyak lagi kombinasi kibod yang boleh kamu gunakan untuk memastikan penggunaan yang lebih optimum. Percayalah, jika kamu expert menggunakan shortcut

kibod, segala kerja atau tugasan akan menjadi lebih senang.

Remaja percaya kombinasi kibod yang kami kongsi pada kali ini boleh membantu kamu melancarkan kerja dan menjimatkan masa. Berikut adalah 12 jenis kombinasi kibod yang mudah dan berkesan!

1. ALT + Backspace
Siapa yang tidak pernah lakukan kesilapan dengan memadamkan teks tanpa sengaja? Kombinasi ini boleh memberikan opsyen ‘undo’ terhadap teks yang telah dipadamkan dan mengembalikannya. Jadi, kamu tak perlu menaipnya semula.

2. CTRL + ALT + TAB
Kombinasi ini memudahkan kamu untuk melihat semua windows yang dibuka dan membolehkan kamu melakukan navigasi dengan mudah.

3. ALT + F4

Ini pula kombinasi yang dicipta untuk menutup sesebuah window atau program.

4. F2


Membolehkan kamu untuk membuat ‘rename‘ mana-mana jenis file atau folder.

5. CTRL + SHIFT + T
Kombinasi ini pula akan membuka semula mana-mana tab yang telah ditutup sebelum itu.

6. Windows + L

Mahu log off dengan pantas? Gunakan sahaja kombinasi dua butang kibod ini!

7. CTRL + SHIFT + N
Ketika melakukan assignment pastinya kamu akan berdepan dengan situasi untuk mencipta folder baru. Usah gunakan mouse, tetapu guna sahaja kombinasi ‘CTRL + SHIFT + N’ untuk membuat folder baru. Manakala bila kamu menggunakan Google Chrome, ia merupakan shortcut untuk membuka private browser tab.

8. CTRL + T
Kombinasi ini untuk kamu buka tab baru semasa menggunakan mana-mana browser.

9. CTRL + SHIFT + ESC
Untuk membuka task manager

, guna sahaja kombinasi ini.

10. CTRL + Esc
Dua kombinasi ini pula membolehkan kamu untuk terus ke Direct Start Menu.

11. Windows + TAB

Membolehkan kamu membuka atau melihat kesemua tab yang dibuka. Ia lebih baik berbanding ‘Alt + Tab’ kerana ia lebih cantik dari segi paparan.

12. ALT + TAB
Untuk bertukar antara browser windows.

Semoga perkongsian daripada Remaja kali inin dapat membantu kamu menggunakan komputer dengan lebih efisyen dan cekap! 😉

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim