
Isi Kandungan
ToggleDah heboh satu Malaysia tentang pembubaran kumpulan KRU yang telah bertahan selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air.
Ramai terkejut dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Datuk Norman Abdul Halim, selaku abang long KRU. Katanya, pembubaran rasmi akan dilakukan selepas persembahan konsert terakhir KRU di Istana Budaya 6 Mei ini.
Rata-rata peminat kumpulan pop terkenal era 90-an ini meluahkan rasa sedih dan mula mengimbau kembali antara lagu-lagu yang pernah hit suatu ketika dahulu.
Maklum saja, ramai yang membesar dengan lagu mereka kan? Pasti saja berita ini memberi kesan buat semua peminat tegar KRU.
Apa-apa pun kita doakan agar KRU terus sukses dalam kehidupan mereka selepas ini. Kami pasti mereka tidak akan berhenti di sini saja, pasti lebih banyak bergiat aktif dalam bidang belakang tabir.
Nah, jom kita throwback sikit lagu-lagu evergreen yang sering menjadi siulan dari zaman 90-an kumpulan adik-beradik ini.
1. Awas
2. Fanatik
3. Di Dalam Dilema
4. Ooh La! La!
5. Apa saja
6. Mengerti
7. The Way We Jam
8. Jangan Lafazkan
9. Bidadari
10. Perpisahan Terasing
11. Impak Maksima
12. Terhangat Di Pasaran
https://www.youtube.com/watch?v=OQUK2r3gBx8
Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anakanda Lelaki, Harris Luah Kesyukuran. Tahniah!

Pelakon dan penyanyi, Harris Alif berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga pelakon, Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat.
Menerusi perkongsi di Instastory miliknya, Harris memaklumkan dia baru sahaja menerima panggilan video mengenai kelahiran bayi keduanya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Gayatri Su-Lin Jadikan Ibu Zul Ariffin Sebagai Tempat Menumpang Kasih -“Saya Sangat Sayangkan Dia”
“Alhamdulillah baru lepas video call. Harris junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eevie)? Lepas ini kita pergi tengok adik,” katanya.
Dalam hantaran lain, Harris turut menjelaskan dia tidak dapat bersama dengan pelakon filem Banglo Seksyen 12 itu di hospital kerana perlu menjaga cahaya mata sulung mereka, Eevie Khadeeja di rumah.
“Saya tidak dapat teman Intan kali ini sebab kena jaga Eevie. Ibu saya ada di sana teman dia,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Februari 2021 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Harris Alif
Bagaimana Agaknya Situasi “DITAHAN” Di Wad Psikiatri? Wanita Ini Kongsi Pengalaman Sendiri

Membaca kisah mereka yang menamatkan riwayat akibat mental disorder atau tekanan mental, ada ketikanya hanya doa yang wajar kita hulurkan kerana sebagai orang yang bukan berada dekat dengan mereka, tentu saja kita tidak pernah memahami masalah dihadapi oleh pengidapnya. Sudah banyak kes-kes tekanan perasaan dilaporkan oleh akhbar dan penyakit ini bukan sesuatu yang boleh dipandang entang. Sokongan dari orang terdekat, keluarga, pasangan, rakan dan masyarakat amat diperlukan tambah-tambah lagi jika dibiar berpanjangan, kesan dan akibatnya bukan sedikit.
Jika selama ini kita hanya menyaksikan, membaca laporan tanpa rapat dengan pesakit, tentu kita tidak pernah membayangkan bagaimana agaknya situasi dihadapi oleh pesakit apabila ditahan di wad psikiatri. Namun hari ini dengan pendedahan media, kesedaran agak tinggi di kalangan orang ramai, membuatkan orang ramai tidak memandang enteng kepada masalah ini.
Tentu ramai tertanya-tanya bagaimana agaknya situasi dalam wad ini? Baca perkongsian ditulis oleh seorang individu yang pernah alami berdasarkan pengalaman yang dialaminya pada tahun 2009.
Semoga kisahnya jadi iktibar buat kita semua.
I’ve been warded in psychiatry ward for a week.
Masuk dalam tu sama macam masuk dalam penjara. You aren’t allowed to bring anything, only yourself and ward uniform. Semua berus gigi sabun dan barang yang perlu dipakai harian pun disimpan oleh nurse. Even telekung pun tak dibenarkan simpan sendiri.
Nak pakai? Ketuk pintu cermin, dan lock akan dibuka untuk ambik barang-barang. Selesai pakai, simpan balik ditempat asal. Dalam bilik air, getah paip pun takde. Kau berak kencing, pikir sendiri la nak cedok pakai apa.
Setiap pintu bilik air takde selak. Tengah mandi tu memang takde kain basah yang dibenarkan. So tengah telanjang tu kalau pintu kena tolak, memang apapun tak boleh buat. Redha je. Tengah membuang, kalau pintu kena tolak, kira halal je la. Paling best, merata ada CCTV. Tak tau la bape banyak rakaman semua aktiviti. HP dah tentu la jauh dari boleh. Memang kena off dan disimpan dalam locker oleh nurse.
Well, takleh bantah. Semua tu prosedur, kena ikut dan hormat. Sebarang peralatan atau benda yang boleh merisikokan pesakit (mencederakan diri atau orang lain) diambil kira. Yang sakit dalam tu semua kategori sakit mental kronik, berdelusi, berhalusinasi. Jadi langkah berhati-hati oleh pihak hospital tu, aku akur.
Cuma aku rasa, pakar-pakar ni kurang daya kreativiti. Pakar-pakar ni kurang mengkaji corak pemikiran orang-orang dengan mental disorder ni. Nak do harm to others is just like a piece of cake. Cermin tingkap, kipas, katil, bulb lampu. All that can be use as a good weapon. Kalau nak buat la.
Cara pikir orang yang ada mental disorder ni memang kreatif. Sebab tu tak ramai psychiatrist berjaya dalam memahami pesakit, sebab mereka cuma doktor, belajar melalui teori dan pengalaman berhadapan dengan pesakit. Mereka bukan pesakit. Memahami dengan akal takkan sama dengan memahami melalui jiwa.
Katil sebelah kiri aku, Bipolar Disorder. Katil sebelah kanan, tak sure tapi masih dalam pantang. Post Partum Depresion la kut. Non stop talking, kacau orang sana sini. Kena BPD macam aku ni, duk sekali dengan orang macam tu, bertambah-tambah stress. But what do they care kan. Sampai masa, paksa telan ubat. Lepas telan ubat semua bodoh-bodoh, pening-pening jadi takleh memikir. Tidur je la.
Bila Subuh, kerah bangun, mandi. Jam 8am sarapan. Jam 11.30am-12pm lunch, jam 6pm dinner. Lepas tu kebulur la dalam tu kelaparan. Even ada 3 in 1 pun, ko takkan dibenarkan bawak cawan ke dalam. Air panas jauh sekali la. Lapar? Mintak ehsan nurse la tolong bancuhkan air. Kalau ada biskut, cicahla biskut dan kemudian tido. Tu pun kalau kena nurse yang baik. Ramainya kerek. Bila mintak bancuh je, tarik muka. Siap ada yang sound lagi, “..dah malam-malam lapar apa lagi..?”
Perghh. Kejam sungguh!
So, tahankan lapar sampai pagi esok sehingga sarapan diberi lagi. Macam haiwan ternakan. Dalam wad apapun takde. Seminggu memang jadi biul. Takde apa aktiviti pun dibuat. Nak menulis pun payah ya hamat. Semua kena mintak dari nurse. Nurse pulak tahap kerek macam orang tengah period belaka. Tahap bosan sampai hidupnya baring duduk, baring duduk. Tapi bila baring duduk baring duduk, ada pulak nurse yang sound kata kita pemalas. Sampai satu tahap aku tertanya, siapa sebenarnya yang ada mental problem.
Bila psychiatrist tanya apa sebab dan punca aku tergolek sampai macam ni? Antara jawapan jujur aku, financial problem. Lepas 5 hari dalam wad, aku terputus terus hubungan dengan dunia luar, aku cuma mintak diberi keizinan untuk pegang HP selama 5 minit untuk aku update FB tentang ‘percutian’ aku. Alasan yang aku bagi sangat kukuh. Aku cari makan dengan meniaga online. Aku ada customer kat luar sana. Ada invois yang aku dah bagi pada customer dah aku percaya ada yang dah buat bayaran.
Jadi amatlah penting untuk customer-customer ni tau bahawa aku ada ‘hal’ penting dan terpaksa menangguhkan urusan perniagaan. Tapi jawapan yang aku dapat dari so called psychatrist tu sangat la mengecewakan. “Maaf, rules kita apply untuk semua patient. Kita tak boleh benarkan you pakai HP.”
“Saya sara diri saya sendiri. Semua bil dan sewa rumah, semua duit belanja saya bergantung pada perniagaan online saya. Kalau saya berterusan senyap macam ni, reputasi saya akan hilang sebagai trusted online seller. Takde cara untuk customer hubungi saya. Nanti saya keluar bukan you all yang akan bagi duit pada saya. Saya pun tak tau berapa lama saya kena duduk sini.” “Ye kami faham. Semua orang perlu bayar bil, sewa semua. So don’t worry about that. Nanti bila you keluar boleh settle masalah tu..”
Dan aku? Tergamam! Betul ke aku sedang bercakap dengan psychiatrist ni. Part mana yang dia kata dia paham? Kau ujung bulan gaji masuk. Orang macam aku, sehari tak meniaga duit tak masuk! Serius, aku hilang keyakinan pada kredibiliti psychiatrist. Hari terakhir sebelum aku discharged. Kena interview dengan pakar pangkat atas dulu. Chinese lady. Cantik. Tapi kedekut senyum.
Sepanjang sesi interview tu sekalipun tak senyum. And i wonder, how can she become a psychiatrist? Pesakit macam kami, yang paling kami perlukan bukan semata-mata ubat. Kami perlukan love, care, trust. Dan sebuah senyuman tu dah cukup untuk buat kami selesa. Tapi kau senyum pun tak reti. How come..?
Sepanjang sesi tu aku langsung tak rasa aku sedang dibantu. Tapi lebih kepada diadili. Lebih kepada judgement. Malah tiap-tiap kata-kata aku seolah diragui. Kenapa? Sebab aku mental disorder patient, jadi segala apa yang aku cakap perlu diragui kebenarannya? Ermmm, tak hairanla makin ramai pesakit yang tak baik-baik. Kalau itu cara psychiatrist deal dengan pesakit, itu semua memang betul-betul teori untuk kamu jadi doktor dan buat kerja dan kemudian dapat gaji.
Kali terakhir aku jumpa psychiatrist yang sangat bagus, sangat memahami, sangat baik, sangat dipercayai, it was more than 10 years ago. Doktor Kasturi. Menapak ke hospital untuk mendapatkan bantuan, sehingga saat aku menaip ni, aku masih konsisten mengatakan – IA KESILAPAN AKU YANG PALING BESAR. Tapi kalau nanti ada yang berubah selepas follow up pertama kes aku, aku akan jujur mengakuinya.
Ini cuma part pertama pengalaman aku ‘check in’ dalam hotel neraka selama seminggu. Yang tak pernah rasa tak perlu komen macam-macam, sure aku muntah darah.Aku ada komuniti yang sama spesis macam aku, dengan pengalaman yang lebih teruk dari aku. Jadi aku menaip ni dalam penuh kesedaran.
Mental disorder bukan gila gais. Gila is crazy. I am ill. So im not crazy. Dont misunderstand this. What makes people like us become worst is not because of our illness, tapi kerana STIGMA MASYARAKAT YANG SANGAT JUMUD! Well, panjang aku menaip malam ni. Tahniah la sapa yang baca sampai habis. Kesian korang baca bebelan orang sakit macam aku.
Terpulang pada semua, aku tak paksa berkawan dengan aku yang ada sakit macam ni. Aku tak takut dengan pengakuan secara jelas ni. Aku adalah aku. Menerima kekurangan diri dan mengakuinya adalah satu cara untuk sembuh. Im not suffering with all these, but im FIGHTING with it. Its my battle. Sometimes i will be up, and sometimes i will be down. And this is me. Accept me as i am. Because im not gonna change myself for anyone else.
________________________________________________
Written by me on January 29, 2017.
Aku sangat ‘tak sihat’. Rasa nak lari jauh-jauh, sejauh-jauhnya dari semua yang ada sekarang ni. Penat! Kalaulah wad psikiatrik ni tempat yang membolehkan aku rehat, aku akan serah diri kat sana sekarang jugak. Aku cuma nak berlepas barang sehari dua dari rutin yang ada. Mental aku dah overload. Takde ruang dah nak masuk apa-apa. Kapasitinya terhad.
Impian Untuk Genggam Oscar Walaupun Dipandang Rendah, Meerqeen Tetap Percaya Diri

Aktor versatil, Meerqeen meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang memperkecilkan impiannya untuk berjaya dalam dunia seni.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Meerqeen yang terkenal menerusi drama Nenek Bongkok Tiga itu berkata dia sering menerima komen negatif mengenai impiannya yang dianggap terlalu besar dan mustahil untuk dicapai.
Artikel Berkaitan: Meerqeen Kongsi Rahsia Kejayaan -“Dalam Almari Saya Ada Goal Board”
“Guru dan rakan-rakan saya pernah memberitahu saya bahawa impian saya terlalu besar, melebihi kemampuan saya dan mustahil untuk dicapai. Sangat mengecewakan mendengar keraguan sedemikian, terutama dari mereka yang sepatutnya memberi sokongan.
“Namun, saya telah sedar bahawa pendapat-pendapat ini selalunya lebih mencerminkan had orang lain berbanding potensi saya sendiri,” katanya.
Tambah pelakon berusia 23 tahun, menjadikan sesuatu perkara yang dianggap mustahil itu merupakan salah satu cara untuk menjadi pembakar semangat agar tidak mudah berputus asa.
Selain itu, Meerqeen turut menegaskan bahawa menjadikan impian yang dianggap mustahil sebagai motivasi adalah penting.
Dia juga berkongsi kejayaan yang diraihnya pada tahun 2022, termasuk kerjasama dengan jenama antarabangsa.
“Perjalanan menuju kejayaan tidak mudah. Ia memerlukan kerja keras dan ketahanan. Saya belajar bahawa impian yang besar seharusnya memotivasi kita, bukan membuat kita berputus asa,” ujarnya lagi.
Terdahulu Meerqeen dikritik gara-gara meluahkan hasrat untuk menggenggam trofi Anugerah Akademi atau Oscar.
Menyedari perkara itu sukar untuk dicapai, Meerqeen bagaimanapun tetap tidak berputus asa dan menjadikan setiap kritikan itu sebagai motivasi untuk terus berusaha.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Meerqeen