Sebagai pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di kampus Gombak Selangor, ramai yang selalu meletakkan stereotaip kepada mereka. Kononnya, pelajar UIA ini macam ustazah lah, calon imam muda lah dan tiada life selain menyertai program usrah.
Hey, walaupun perkara itu betul (dan sangat digalakkan), tapi siapa kata pelajar UIA tiada life? Selagi korang belum bergelar pelajar di sini, ini dia 12 perkara yang korang pasti tidak tahu mengenai kehidupan di UIAM.
Kalau ada showcase atau concert di luar bangunan Cultural Activity Centre (CAC), bagi pelajar yang tak ada duit nak beli tiket, tak ada masalah. Duduk je dekat padang luar CAC, dekat tangga tepi atau dekat bangunan Kuliyyah Architecture & Environmental Design (KAED).
Sound system
dari hall ni memang superb, sampai ke luar pun boleh dengar.
Budak UIAM pun terkenal dengan kelompok pelajar yang pandai menjadikan gambar konvokesyen mereka viral di internet. Bukan setakat konsep Darth Vader dalam kampus je, diorang pun rajin ambil gambar pre-convo sampai ke Pantai Klebang Melaka dan Bukit Tinggi Pahang.
Pada waktu malam, korang akan nampak pelajar lelaki cuba seludup masuk mahallah (hostel) pelajar perempuan, dan sebaliknya. Bukan seludup nak buat perangai tak senonoh tau, tapi sebab diorang nak dinner di kafe mahallah lain.
Oleh kerana malu berlainan jantina, pelajar yang mencemar duli datang ke kafe mahallah lain seperti Mahallah Ali, Mahallah Al-Siddiq, Malhallah Al-Faroq, Mahallah Maryam dan Mahallah Asiah akan tunduk kepala dan makan senyap-senyap.
Kalau kebetulan sama bilik dengan budak design daripada Kuliyyah KAED, mungkin boleh sampaikan goodbye selepas minggu pertama sebab korang tak akan jumpa diorang lagi selepas itu. Sampailah minggu exam prep nanti.
Awek UIAM ni lain sikit daripada awek universiti lain. Dia nampak solehah dari luar tapi dalam jiwa rockstar.
Pelajar UIAM ada haiwan peliharaan biawak dalam sungai di tengah-tengah kampus.
Semua pelajar kena hadap mandi air ais beku pagi-pagi disebabkan kedudukan hostel yang berdekatan dengan kawasan hutan.
Pada musim hujan, pelajar boleh expect kampus UIAM akan banjir kilat dengan limpahan air teh tarik dari sungai. Bukan saja ia menyekat pelajar dan staf daripada ke sana-sini, mesti banyak kereta di ruang parkir kenderaan yang akan stuck di sana. Hhm, redha je lah.
Petang rabu pula, semua pelajar akan kerumun di gate belakang untuk ke pasar malam. Dekat sinilah nak beli makanan yang tak selalu diorang dapat. Cucuk sotong dia, pergh!
UIAM Gombak memperkenalkan sistem one way traffic.
Walaupun dah melepasi jam 12 tengah malam, jangan sesekali berani nak tunggang motorsikal wrong way semata-mata kerana jaraknya lebih singkat. Pak guard selalu buat road block di tengah-tengah bulatan fountain.
Pelajar UIAM bertuah kerana banyak port makanan best yang ada di sekitar luar kampus, kalau dah bosan dengan makanan di kafe. Ada Wira Seafood, ada Santai Place dan yang paling popular, Awe Sup Power di atas bukit.
Walaupun pelajar UIAM ni selalu acah-acah nak habiskan pengajian secepat mungkin kerana tak sabar nak bekerja, penulis dah banyak kali dengar mereka pasti nak sambung belajar di UIAM untuk Masters pula.
Banyak lagi universiti lain di Malaysia dan di luar negara, tapi pasti UIAM juga di hati. (Eh tu lagu UiTM)
Pasti UIAM juga yang menjadi pilihan mereka sebagai garden of knowledge and virtue.