Bila berada di tempat umum, kepala pula rasa gatal-gatal, takkan pula kita nak menggaru di depan orang ramai kan? Masalah ini biasa berlaku bagi individu yang mempunyai masalah kegatalan kulit kepala yang serius.
Selalunya jika kulit kepala gatal ramai yang menganggap ia adalah berpunca daripada masalah kelemumur atau kutu, namun sebenarnya ada penyebab yang menjadikan kulit kepala korang gatal.
Berikut kami senaraikan antara sebab kulit kepala menjadi gatal.
Punca utama yang menyebabkan masalah kulit kepala gatal adalah kelemumur. Kulat yang mengakibatkan minyak dan sel-sel kulit kepala mati.
Alergi daripada bahan penjagaan rambut harian.
Di kawasan bersuhu dingin atau terlalu panas kerana kulit kepala menjadi kering.
Dermatitis menyebabkan kulit kepala gatal, keradangan dan bernanah.
Ini adalah seperti jerawat kecil yang tumbuh di bawah lapisan teratas kulit kepala. Bisul boleh menjadi gatal dan sakit.
Kulit kepala menjadi timbul, kemerah-merahan dan serpihan
Keradangan atau jangkitan folikel rambut
Tempat pembiakan yang sesuai untuk kuman yang menyebabkan jerawat pada kulit kepala dan kegatalan
Benjolan yang disebabkan oleh pertumbuhan kanser daripada kulit kepala akan mengakibatkan kegatalan
Keadaan yang disebabkan oleh alergi
Keadaan yang berkaitan dengan panau dan kudis
Sejenis parasite yang menyebabkan kegatalan
Masalah ini juga boleh menyebabkan korang rasa sakit terutamanya jika mengalami luka pada kawasan yang digaru. Selain itu, korang juga boleh mengalami beberapa simptom antaranya adalah:
• Keguguran rambut
• Kulit kepala kering
• Nanah dibahagian kepala
• Benjolan disebabkan nanah yang terbentuk
Ada beberapa tip yang korang boleh ikut untuk mengurangkan masalah gatal ini.
1. Kulit kepala perlu sentiasa lembab
Terdapat beberapa jenis pelembap kulit kepala yang boleh digunakan untuk memastikan kulit kepala sentiasa lembab.
2. Guna syampu yang sesuai
Jika disebabkan jangkitan kulat, korang boleh beli syampu yang mengandungi anti-kulat. Selain itu, cuba syampu yang mengandungi pyrithione atau selenium sulfid yang berfungsi untuk mengelakkan penghasilan bahagian lapisan kulit kepala secara berlebihan.
3. Hentikan sikap menggaru kepala
Elakkan daripada menggaru kerana ia akan mencederakan kawasan kulit kepala dan menghasilkan lebih banyak sel kulit mati. Ini akan menyebabkan lebih banyak kelemumur terhasil dan kulit kepala akan menjadi lebih gatal.
4. Elakkan stress dan belajar untuk menenangkan diri
Sesetengah individu akan menghasilkan kelemumur yang lebih banyak ketika dalam keadaan stress. Belajar cara untuk menangani stress supaya korang berada dalam keadaan yang tenang
Banyak rupanya sebab yang mengakibatkan kulit kepala gatal. Sekiranya masalah kegatalan ini semakin teruk dan berlarutan, korang boleh terus berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang selanjutnya.
Sumber: doctoroncall, The Diagnosa