Satu ketika dahulu, Malaysia pernah disebut-sebut sebagai salah sebuah negara di benua Asia yang mempunyai kadar obesiti kritikal dalam kalangan rakyatnya.
Begitupun, ia tidak bermaksud keseluruhan rakyat negara kita enggan mengamalkan gaya hidup sihat. Buktinya, Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM dalam kenyataannya pada 26 Julai 2023 memaklumkan bahawa 8.7 juta penduduk daripada sejumlah 16.1 juta responden mengakui aktif bersukan dan bersenam.
Lebih daripada separuh gaiss! Not bad for so-called unhealthy citizens.
Menerusi bancian yang menyertakan soalan kecergasan Banci Malaysia 2020 itu, seramai 1.3 juta daripada respondennya yang mengamalkan gaya hidup aktif dengan bersukan dan bersenam berasal dari negeri Selangor.
Manakala, negeri Johor pula berada dalam kedudukan kedua paling aktif dengan mencatatkan 1.2 juta orang. Sekaligus, kedua-dua buah negeri tersebut menyumbang kepada 28.5 peratus daripada 8.7 penduduk yang bersenam.
*
Tiga buah daerah paling kerap melakukan aktiviti fizikal pula ditakhluki oleh Petaling (445,900), Johor Bahru (392,500) dan Kinta (339,200).
“Aktiviti rekreasi pula seramai 4.2 juta orang, berjalan laju dan berlari, dengan 2.1 juta orang adalah antaa yang paling digemari.
“Ia diikuti (dengan) berbasikal, e-Sport, zumba atau aerobik, berenang, aktiviti gimnasium, sukan lasak dan taichi atau yoga,” kata DOSM.
Sementara itu, seramai 80 peratus responden mengakui semangat mereka untuk bergiat aktif ini dipengaruhi oleh faktor lokasi kemudahan taman permainan dan padang bola sekurang-kurangnya dalam lingkungan lima kilometer dari kediaman masing-masing.
Haa, siapa yang rumah berdekatan dengan taman rekreasi tu, bersenam secara konsisten ke tidak? Hehe..
Ayuh! Sama-sama kita tukar persepsi pemerhati antarabangsa bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang dihambat isu rakyat obes.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan yang serba moden ini, masyarakat tidak lagi khuatir sekiranya tidak sempat menonton siri drama di kaca televisyen kerana semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan gajet yang korang ada, kebanyakan program siri televisyen kini sudah pun ditayangkan secara streaming di aplikasi mudah alih.
Terbaru, sebuah drama yang berjudul Covid Oh Covid telah ditayangkan di TV3 dan saluran digital iQiyi. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle, drama 13 episod ini akan mewarnai slot Lestary setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.
Covid Oh Covid mengisahkan tentang tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.
Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.
Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!
Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?
Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja korang berada di platform penstriman iQiyi. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
20 hari bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paru-paru akibat dipukul oleh perusuh dalam kejadian tragedi rusuhan di Kuil Sri Mariamman, USJ 25.
Namun, Allah nyata lebih menyayanginya.
Anggota Bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Pemergiannya amat mengejutkan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa agar anggota bomba ini terselamat walaupun masalah paru-parunya semakin kritikal sebelum ini. Berita ini telah disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin sebentar tadi.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pada pagi esok sebagai penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.
Muhammad Adib telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Subang Jaya Medical Centre (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN bagi pemantauan rapi.
REMAJA sebelum ini pernah menyiarkan kisah luahan hati tunang Adib, Nurul Najihah yang merayu agar tunangnya itu bangun dan kuat menghadapi dugaan.
Ternyata impian perkahwinan pasangan ini yang sepatutnya diijab kabulkan pada Disember ini hanya tinggal kenangan.
Selepas lebih 20 hari bertarung nyawa, arwah Adib akhirnya meninggal dunia
Tragedi rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 pada 26 November lepas telah memberikan impak besar kepada kehormonian perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Lebih 30 orang terdiri dari pelbagai kaum sudah didakwa termasuk empat lelaki berbangsa India yang menghadapi tuduhan memukul Muhammad Adib di bawah Kanun Keseksaan
23 buah kenderaan dibakar dan dipecahkan malah rusuhan itu mendatangkan ketakutan yang bukan sedikit kepada rakyat Malaysia.
Dua hari lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan sebagai jalan penyelesaian bagi isu kuil ini, pihak Kuil Sri Mahariamman perlu memulangkan tanah selain wang RM1.5 yang sudah diberikan oleh pihak pemaju One City kepada mereka.
***
Terdahulu pada 4 Disember lalu, empat lelaki dipercayai terbabit insiden pukul anggota bomba dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dibebaskan daripada reman.
Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.
Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Sri Threren.
Al-Fatihah untuk wira negara ini.
Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...