Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya mencoretkan dedikasi teristimewa buat isteri tercintanya, Nurul Anati Ismail, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.

Pengacara program popular, Jejak Rasul itu memuat naik sekeping gambar romantis bersama isteri kesayangannya di Instagram, ketika di hari bersejarah mereka pada sedekad lebih yang lalu.

Mengulas lanjut, Fedtri atau nama sebenar Ahmad Fedtri Yahya menzahirkan penghargaan buat Nurul Anati atas segala detik yang telah dikecapi selama 12 tahun mereka bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif Muay Thai Antara ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Terlihat Jelita, Awet Muda

12 Tahun Bina Masjid, Fedtri Yahya Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Isteri

“Pejam celik. Alhamdulillah. 12 tahun! #12thanniversary. 28 Mei hadir lagi. Terima kasih pada-Mu ya Allah kerana pertemuan dan ikatan ini. Syukur kerana mengurniakan seorang bidadari yang sentiasa ada di sisi kala susah dan senang.

Ads

“Syukur atas kurniaan cahaya mata yang menceriakan hidup. Syukur atas segala nikmat dan rezeki. Tak terbalas jasa dan pengorbanan bidadari cinta yang berbuat apa saja demi kebajikan keluarga.

“Pada tubuhnya yang sederhana, tersimpan kekuatan dan kebijaksanaan luar biasa yang Allah saja mengetahui. Moga Allah membalas sebaik-baik ganjaran buat bidadari cintaku,” coretnya.

12 Tahun Bina Masjid, Fedtri Yahya Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Isteri

Dalam pada itu, salah seorang penerima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif (peringkat Wilyah Persekutuan) itu turut menzahirkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas setiap rezeki yang diperoleh.

Ads

“Tiada hadiah yang selayaknya di atas muka bumi ini untuk diberikan. Hanya Engkau selayaknya memberi pahala dan kebaikan. Moga Allah lindungi kita semua… selalu… selamanya. Amin ya Allah.

“Allah Maha Baik. Semuanya indah. Maha Cinta. Kita menumpang di bawah teduhan kasih Nya,” katanya lagi.

12 Tahun Bina Masjid, Fedtri Yahya Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Isteri

Ads

Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.

Hasil 12 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.

12 Tahun Bina Masjid, Fedtri Yahya Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Isteri

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Fedtri Yahya

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI