Persahabatan yang terjalin di antara dua hero sukan badminton tempatan, Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik bukanlah satu perkara baharu yang diperkatakan oleh peminat mereka berdua.
Sejak sama-sama melangkah masuk ke dunia sukan pada tahun 2011, bak kata pepatah, there is no turning back for them both.
Dikurniakan wajah yang kacak, ketinggian melebihi 185cm dan pernah menggondol kejayaan dalam aliran kejohanan masing-masing (Zii Jia menerusi acara perseorangan lelaki manakala Wooi Yik dalam acara lelaki berpasukan bersama Aaron Chia), masing-masing mempunyai tarikan tersendiri untuk diminati oleh peminat di dalam dan luar gelanggang badminton.
Bersempena tarikh kelahiran yang ke-25 pada hari ini, tentulah sahabat ‘bromance’ badmintonnya ini tidak melepaskan peluang untuk memberikan ucapan yang menyentuh hati buatnya.
Titip Wooi Yik, “Selamat hari jadi (kepada) sahabat terbaik saya sepanjang 12 tahun lepas, Lee Zii Jia.
Ads
“Terima kasih kerana selalu menjadi seseorang yang boleh saya percayai sepenuh hati, tidak kiralah apa yang sedang saya alami, kamu selalu tahu bagaimana untuk membuatkan saya merasa lebih baik.
“Saya harapkan agar kehidupan anda akan dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan, anda layak mendapatnya dan dilahirkan untuk menguasai dunia.”
Ucapan manis tersebut dibalas semula oleh Zii Jia dengan emoji berjabat tangan sebagai simbolik kepada persahabatan mereka.
Ads
Turut memberikan ucapan hari kelahiran di ruangan komen ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Ramai turut memuji kecomelan foto-foto yang menampilkan mereka berdua sejak zaman latihan pada usia belasan tahun hinggalah bergelar juara kejohanan bertaraf dunia sekarang.
Terdahulu, Wooi Yik, 25 pernah menyatakan sokongan sepenuhnya buat Zii Jia apabila rakannya bergelut dengan prestasi permainan sepanjang tahun lalu dan percaya Zii Jia mampu bangkit semula.
Ini memandangkan Zii Jia juga pernah memberikan sokongan buatnya apabila dia mengalami penurunan graf prestasi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dulu, apabila tiba saja musim Pilihan Raya Umum, parti politik di Malaysia pasti akan berkempen dengan cara meletakkan sisipan ‘katalog’ manifesto mereka di dalam akhbar tempatan.
Tetapi, senarionya kini dilihat sedikit berbeza. Mereka menggunakan medium yang paling mudah untuk dilihat oleh para pengundi iaitu medium dunia digital, media sosial dan papan iklan di tepi jalan.
Cuba lihat cara parti politik Malaysia berbelanja demi menyampaikan mesej politik dan seterusnya, mungkin menang?
Resipi yang paling hangat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni sudah tentulah dalgona coffee yang viral sejak permulaan PKP ini. Boleh dikatakan hampir semua orang cuba untuk membuat menu minuman ini dan dikongsi di media sosial.
Jika sebelum ini ianya hanya dibuat dengan menggunakan Nescafe, tetapi kini resipi dalgona ini telah pun di variasikan oleh Nur Iylia Ruhaimi yang mendapat lebih kurang 89 ribu perkongsian di laman Facebook.
Jom kita lihat antara beberapa resipi dalgona yang dikongsi oleh wanita ini.
1. Dalgona Milo
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk milo
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas.
b. Setelah bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.
2. Dalgona Horlicks
Bahan-bahan:
– 1/2 cawan horlicks ikut korang nak letak banyak mana
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kental
b. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar dan ais
a. Pukul sehingga kembang serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas
b. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur serbuk oreo berserta ais.
a. Campurkan Nescafe, serbuk coklat dan gula bersama anggaran 2 sudu makan air panas sekadar untuk melarutkan
b. Putarkan sehingga kembang dan boleh la diletakkan ke dalam gelas yang sudah berisi ais bersama susu full cream
c. Siap. Boleh sprinkles serbuk coklat/milo/coklat chip sebagai hiasan
5. Dalgona Teh Susu
Bahan-bahan:
– 2 sudu serbuk teh
– 2 sudu gula pasir
– 2 sudu air panas
– Susu segar
– Ais
Cara penyediaan:
a. Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas
b. Setelah bahan-bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais
a. Pukul sehingga kembang serbuk koko, gula pasir dan air panas
b. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais
Nampak sedap kan? Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini mencatatkan kes positif seluruh dunia lebih 205 juta dengan korban mencecah 4.33 juta. Allahu…
Melihat kes Covid-19 yang semakin meningkat tanpa sedikit pun tanda untuk hilang dari muka bumi ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gigih menjalankan ujian klinikal ke atas tiga jenis ubat akan dijalankan secara besar-besaran di 52 negara sebagai terapi yang berpotensi untuk merawat Covid-19.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ujian dalam kempen Solidarity Plus itu akan melibatkan ribuan pengkaji dan lebih 600 hospital.
Terdahulu, empat ubat telah dinilai dalam ujian dengan hasil yang menunjukkan bahawa remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir, dan interferon mempunyai sedikit atau tidak mempunyai kesan kepada pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital.
Ujian ini diperluaskan ketika dunia sedang menghadapi gelombang pandemik baru, yang dipicu oleh varian Delta yang menular di beberapa negara termasuk Malaysia.
Ini tiga ubat yang dikesan mempunyai potensi melawan Covid-19.
Artesunate
Artesunate dihasilkan oleh Ipca dan kini digunakan untuk merawat penyakit malaria. Dalam percubaan Solidariti, ia akan diberikan secara intravena selama tujuh hari, menggunakan dos standard yang disyorkan untuk rawatan malaria, kata WHO.
Imatinib
Imatinib dihasilkan oleh Novartis dan digunakan untuk merawat penyakit kanser tertentu. WHO mengatakan pesakit yang mengambil bahagian dalam ujian ini akan mengambil ubat secara makan, sekali sehari, selama 14 hari.
Infliximab
Dihasilkan oleh Johnson & Johnson, infliximab digunakan untuk merawat penyakit sistem imun. Untuk percubaan, ia akan diberikan secara intravena pada satu dos, berdasarkan dos standard yang diberikan kepada pesakit Penyakit Crohn dalam jangka masa yang panjang, kata agensi PBB.
Moga dihari Jumaat ini Allah mengangkat pandemik Covid-19 ini. Amin
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...