Semakin ramai masyarakat Malaysia yang sudah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain daripada menjaga pemakanan dan workout, hiking juga antara aktiviti favourite yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu. Bukan saja untuk kekal aktif, tapi kepuasan yang diperoleh setiap kali berjaya sampai ke puncak hanya difahami oleh hikers.
Sempena dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan rakyat merentas negeri dan lebih mudah bergerak, apakata korang cuba 12 tempat hiking paling best ini.
1. Bukit Broga
Lokasi: Semenyih
Terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah 400 meter dari paras laut.
2. Gunung Pulai
Lokasi: Kulai, Johor
Mempunyai ketinggian 654 meter. Untuk ke puncak ada dua trail, satu di trek jalan tar dan satu lagi di trek jalan hutan. So, korang boleh pilih mana-mana trek untuk sampai ke puncak.
3. Hutan Lipur Templer
Lokasi: Jalan lama Kuala Lumpur-Rawang
Terletak lebih kurang 21 kilometer dari Kuala Lumpur, Templer Park merupakan hutan simpan seluas 1,214 hektar yang membentuk kawasan hijau dan rekreasi.
4. Taman Eco Rimba
Lokasi: Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Ads
Terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas dan hanya 3 kilometer dari Pusat Bandaraya. Masuk adalah percuma.
5. Bukit Jugra
Lokasi: Kuala Langat, Selangor
Kalau pergi ke Bukit Jugra, korang janganlah bawa kereta sampai ke puncak. Parking kereta di bahagian bawah dan rasai sendiri pengalaman mendaki bukit ini dan nikmati keindahannya semasa berada di puncak.
6. Bukit Batu Putih
Lokasi: Tanjung Tuan, Port Dickson
Terletak di Hutan Rekreasi Tanjuan Tuan, bayaran sebanyak RM1 dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini. Pemandangan pada aras laut menjadikan Kawasan ini antara pilihan untuk menyaksikan sunrise dan sunset yang terbaik.
Ads
7. Bukit Panorama
Lokasi: Sungai Lembing, Pahang
Terletak 40 kilometer dari bandar Kuantan dan mempunyai ketinggian 291 meter dari aras laut. Terdapat 815 anak tanggan untuk sampai ke sana.
8. Bukit Keluang
Lokasi: Kuala Besut, Terengganu
Jaraknya hanya 4 kilometer dari pekan Kuala Besut dan betul-betul terletak berdekatan dengan Pantai Bukit Keluang.
9. Bukit Beruang
Lokasi: Melaka
Ads
Antara lokasi berhampiran dengan Ayer Keroh dan mempunyai ketinggian 116.73 meter. Tidak memerlukan guide kerana trek yang jelas dan user-friendly.
10. Bukit Padang
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
Terletak hanya 6 kilometer dari bandar Kota Kinabalu, Bukit Padang hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 25 minit untuk korang sampai ke puncak.
11. Bukit Gasing
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor
Ramai orang jadikan lokasi ini sebagai tempat latihan mendaki dan juga aktiviti senaman pagi. Terdapat banyak entrance serta loop yang boleh dicuba dan korang perlu merasai pengalaman melalui jambatan gantung.
12. Gunung Arong
Lokasi: Mersing, Johor
Trek disini agak landai dan tak terlalu curam, hanya terdapat satu atau dua tempat saja yang agak curam.
So guys, dah berapa banyak puncak bukit yang berjaya korang tawan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan pandemik COVID-19 ketika ini ternyata membawa impak besar terhadap ekonomi negara. Tambahan lagi, situasi kes baru Covid-19 di Malaysia dilihat semakin melonjak selain pertambahan kes kematian disebabkan wabak pandemik tersebut.
Khas buat korang yang takut nak keluar tapi craving nak makan makanan kegemaran.
Nah, kami kongsikan kod diskaun daripada GrabFood.
Sama ada ahli baru atau sudah menjadi ahli! Korang boleh menikmati diskaun!
Diskaun sehingga 50%!
1. Minimum perbelanjaan RM20! Nikmati diskaun sehingga 50%! Diskaun sehingga RM10!
Kod Promosi: PASSPORT
*Hanya di restoran yang ditentukan
2. Minimum perbelanjaan RM20! Korang boleh menikmati potongan harga RM5 apabila memesan makanan restoran Hong Kong!
Kod Promosi: IMISSHK
*Hanya untuk restoran makanan Hong Kong
3. Perbelanjaan minimum ialah RM20 (RM25 untuk Lembah Klang)! Boleh menikmati potongan harga RM5 apabila membuat pesanan di restoran Jepun!
Kod Promosi: OISHII / OISHIIDESU
OISHII eksklusif untuk pengguna di Lembah Klang; OISHIIDESU tersedia untuk pengguna di kawasan lain!
* Hanya untuk untuk restoran Jepun
4. Minimum perbelanjaan RM30! Korang boleh memesan makanan pada hari Sabtu dan Ahad dan menikmati potongan RM8!
Kod Promosi: MASTERCARD
* Bayar hanya dengan MasterCard
5. Minimum perbelanjaan RM20! Korang boleh menikmati diskaun RM20! Hampir percuma!
Kod Promosi: NEW2GF
* Hanya untuk pengguna baru
* Cara untuk memesan makanan juga sangat mudah!
Cara Guna Promo Kod
Buka aplikasi Grab App klik Food masukkan alamat Delivery pilih restoran yang ingin korang beli restoran & Add to cart klik pada offer masukkan Promo Code bayar
Mudah je kan….
Tarikh promosi: mulai sekarang
Lokasi promosi: GrabFood
* gambar hanya rujukan
* tertakluk kepada terma & syarat
Promosi ini akan berakhir pada 31 Oktober 2020 jam 5:40pm.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Panas isu gerakan Blockout 2024 dilaksanakan secara meluas di media sosial wargamaya di Malaysia. Terbaru, pelakon jelita Elfira Loy pula tampil memberikan pendapatnya mengenai gerakan #Blockout2024.
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story) berkata gerakan ini sangat wajar dilakukan oleh semua individu.
Menurut pelakon yang popular dengan drama bersiri Qalesya ini, dia sama sekali tidak bersetuju bila mana terdapat individu yang mengatakan bahawa hasil titik peluh yang diperolehi menerusi kempen mempromosikan barangan jenama yang menyokong Zionis adalah rezeki daripada Allah SWT.
‘Jadi, dengan puak macam ini (Zionis) ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka.
Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, learn to let go.
Percayalah Allah akan beri lebih baik.’
Tambahnya lagi, dia tidak dapat membayangkan keadaan sebenar yang akan terjadi apabil munculnya Dajjal di atas muka bumi ini memandangkan orang ramai mula keliru mengenai gerakan boikot yang sedang dilakukan.
‘Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana.
Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja.
Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot.’
Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel. Antara artis tempatan yang turut disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.
Sebelum ini, Elfira juga sering memuat naik berkaitan isu Palestin dan berkata tiada masalah dilabel beremosi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...