Isi Kandungan
TogglePernah tak korang melihat baju pengantin dari negara-negara serata dunia? Paling tidak pun, selain Malaysia mungkin Indonesia atau negara-negara jiran Asia yang kita sering lihat di kaca televisyen.
Kali ini kami ingin membawa korang menyelami budaya dan tradisi perkahwinan bagi rakyat di serata dunia, selain melihat keunikan rekaan busana pengantin yang digayakan semasa majlis persandingan berlangsung.
Jom kita lihat antara baju pengantin di serata dunia yang mungkin korang tidak pernah lihat.
1. Jepun
2. Ghana
3. India
4. Kazakshtan
5. Nigeria
6. Jepun
7. Scotland
8. Mongolia
9. Romania
10. Norway
11. Russia
12. Korea
13. Uzbekistan
Amacam, menarik kan?
Sumber: (1)
Pasport Ungu Coffee Bean Buat ‘Comeback’ Sempena Ulang Tahun Ke-25, Jom Menang Percutian!
Jika korang merupakan peminat jenama daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® sepanjang kafe mereka berada di Malaysia selama 25 tahun ini, pastinya korang masih ingat dengan Pasport Ungu ini!
Ya, kad yang pernah menjadi kegemaran ramai ini telahpun dikembalikan di kesemua outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® sejak 1 Oktober lalu sempena sambutan ulang tahun jubli peraknya.
Pasport Ungunya pada kali ini didatangkan dengan 10 bulatan di bahagian belakang di mana pemilik kad tersebut boleh mengumpul 10 cop untuk melengkapkannya.
Setelah lengkap, mereka hanya perlu memasukkan Pasport Ungu itu ke dalam peti yang disediakan di outlet The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!
Antaranya termasuklah kredit kad TCB, barangan eksklusif ulang tahun ke-25 The Coffee Bean & Tea Leaf® dan juga pakej penginapan hotel selama 4 hari 3 malam sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor bernilai hingga RM2,000.
Caranya mudah sahaja, hanya dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM25 di mana-mana outlet The Coffee Bean & Tea Leaf®, korang akan memperolehi satu cop. Setelah mengumpulkan kesemua 10 cop, jawab sahaja soalan ini, “Berapakah usia The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada tahun ini?”.
Senang kan? Korang boleh menghantar lebih daripada satu Pasport Ungu ini untuk menaikkan lagi peluang dipilih sebagai pemenang.
Peraduan ini tamat pada 31 Oktober 2022. So you know what to do through out this month, right? Layan je selera korang di The Coffee Bean & Tea Leaf®.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Usia Bukan Penghalang, Rohani Abdullah Berjaya Raih Gelaran Doktor Falsafah (PhD) Pada Usia 81 Tahun
Walaupun kini sudah menginjak usia 81 tahun, ia bukanlah penghalang bagi Christine Longuet atau Rohani Abdullah apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Etnobotani atau Ekologi Manusia pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Rohani yang merupakan anak kelahiran Paris, Perancis itu berkata, beliau telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk menyiapkan penulisan tesis bertajuk ‘Tempat, Tumbuhan dan Masyarakat di Terengganu: Penilaian Berdasarkan Dua Era’ bermula tahun 2013.
“Kajian ini melibatkan dua era dan secara tidak langsung memerlukan perbandingan yang sistematik serta masa yang panjang. Ada masa saya hampir berputus asa, tetapi saya bersyukur kerana adanya sokongan padu daripada arwah suami Allahyarham Wan Othman Wan Abdullah dan anak, penyelia muda yang berpengalaman, dan juga bantuan daripada pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri”
Menurutnya lagi, beliau juga menghadapi pelbagai cabaran dalam menyiapkan tesis berkenaan termasuk faktor kesihatan, masalah keluarga, persekitaran dan COVID-19.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikut Graduasi Bersama Anak, Lanjut Usia Bukan Penghalang Pesara Raih Gelaran Doktor Falsafah (PhD)
Selain itu, Rohani yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah dari Sorbonne University, Perancis itu juga berhasrat untuk menulis buku biografi mengenai dirinya untuk tatapan serta warisan keluarga dan bercadang menerbitkan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Perancis.
“Saya mahu anak cucu tahu dari mana mereka datang. Tidak hanya sejarah, saya juga ingin berkongsi ilmu yang saya ada dalam buku itu untuk manfaat masyarakat. Sebelum ini, saya telah menulis beberapa buku seperti Amabah An Architect’s Journey (2013) dan The Visible Trail of Chang Fee Ming (2000),” katanya yang turut mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2006.
Dalam pada itu, Rohani berkongsi kisahnya datang ke Terengganu pada 1971 untuk menempah kapal layar dan mengembara ke lautan Pasifik.
ARTIKEL BERKAITAN: Usia Bukan Penghalang, Graduan UiTM Ini Berjaya Genggam Ijazah Undang-Undang Pada Usia 77 Tahun. Tahniah!
Bagaimanapun, wanita kepada lapan anak, 27 cucu dan 14 cicit itu akhirnya memutuskan untuk menetap di bumi Darul Iman pada tahun 1975 setelah jatuh hati dengan industri kapal layar, budaya tempatan serta seni bina Melayu yang menarik.
Susulan dari itu juga, beliau membuat kajian mengenai perubatan tradisional Terengganu untuk beberapa firma dan institut di Perancis pada 1982 sehingga sempat menerbitkan artikel seperti ‘Kulit Manis: A Taste of Terengganu’s Heritage’, ‘Menelusuri Jati Diri; Chapter Perahu Pinis: Peranan Tukang Dalam Penciptaan Kapal Layar di Terengganu’ dan ‘Malaysie Contemporaine, La disparition de habita traditional dans le Terengganu’.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Malaysia Ada Atlet Berbakat Dan Jaguh Muay Thai” Jojo Dipelawa Khabib Untuk Berlatih Di Dagestan
Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.