Zaman sekarang ramai yang mengambil peluang untuk berjimat selagi boleh. Maka, kita perlu berbelanja dengan bijak untuk mengurangkan kos kehidupan harian.
Kedai Eco antara yang terkenal dikalangan ‘mak-mak’ kerana kesemua barang yang dijual hanya berharga RM2.10. Namun begitu, bukan hanya golongan mak sahaja yang berpusu ke sini, kaum lelaki dan anak muda juga menjadikan kedai ini sebagai pilihan utama untuk mereka berbelanja.
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang tentang senarai barang pembersihan yang wajib beli di kedai tersebut. Walaupun murah, tapi kegunaannya memang tip top!
Buat apa nak membazir kalau boleh dapat murah kan? Jom kita lihat antara produk pembersih yang korang boleh dapat dengan hanya berharga RM2.10.
Biasanya tisu basah digunakan untuk kegunaan peribadi, namun di kedai ini korang boleh dapatkan tisu khas untuk membersihkan rumah. Terdapat tiga jenis tisu basah, antibacterial wipes antaranya paling best kerana ia adalah multipurpose. Korang boleh letak di ruang rumah untuk senang dicapai.
Bagi jenis window wipes, ia bukannya hanya untuk cermin atau tingkap, sebaliknya korang boleh guna untuk lap barang perhiasan rumah yang dibuat daripada kaca atau kristal semasa membersihkan habuk. Nak cuci pintu peti ais pun boleh.
Untuk furniture wipes pula digunakan untuk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yang ada di rumah. Biasanya, penggunaan wet tissue ini digunakan untuk kerja pembersihan pantas 30 minit, untuk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.
Kain ini sangat bagus kerana ia merupakan water absorbent. Ia juga mudah dibersihkan dengan syarat selepas digunakan terus dicuci. Kalau gunakan untuk lap permukaan cermin, ia tidak akan meninggalkan cebisan kain di atas permukaan. Boleh juga digunakan untuk buat deep cleaning, guna kain ini untuk lap dan bersihkan habuk.
Produk ini setanding dengan kitchen cleaner yang lain, walaupun murah tetapi kesannya terbaik. Spray kitchen cleaner ini di dapur gas dan selepas itu, lap dengan kain microfiber tadi. Instant cleaning.
Bersih dan wangi, selain daripada kegunaan sebagai pembersih botol, ia juga boleh digunakan untuk basuh buah dan sayuran yanh dibeli di luar.
Dua pembersih hilangkan bau ini juga boleh dimasukkan dalam senarai korang. Gunakan anti-urine sekirannya korang membela kucing, jika ia kencing di bawah sofa atau mana-mana tempat yang tidak sepatutnya, korang boleh gunakan semburan ini.
Cairkan sedikit (ratio 2 anti-urine: 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yang sama. Hilang terus bau.
Rasanya ramai dah tahu tentang pembersih mesin basuh ini. Pembersih ini sangat membantu dan nak menggunakannya juga senang.
Pernah viral sebelum ini, magic span ini sangat berguna untuk membersihkan permanent market pen, pensil atau krayon di mana-mana permukaan. Ia juga boleh membersihkan kekotoran kesan minyak, sambal dan banyak lagi.
Memang wangi sungguh, satu dapur berbau harum. Korang boleh cari plastik sampah ini, memang berbaloi!
Bukan hanya untuk mencuci pakaian, ia juga boleh disagat dan simpan di dalam bekas untuk kegunaan menyental bawah kuali dan periuk. Campurkan sabun ini dengan sabun basuh pinggan biasa, kesannya lebih berkilat.
Selain itu, korang juga boleh masukkan sedikit dalam air panas + cuka dan mop pada lantai. Memang berkilat. Kotoran pada baju putih juga mudah untuk ditanggalkan.
10. Laundry ball
Berfungsi untuk menambah geseran pada pakaian semasa dalam mesin basuh, geseran bertambah dan pakaian akan jadi lebih bersih. Lagi banyak laundry ball ini dimasukkan ke dalam mesih basuh, lagi banyak geseran terhasil dan pakaian juga akan lebih bersih.
Pakaian-pakaian kecil seperti pakaian dalam boleh dimasukkan di dalam laundry net ini supaya tidak cepat rosak. Jika tidak dimasukkan dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ini akan berpusing-pusing dan bersimpul dengan pakaian lain serta akan meregangkan tali bra dan hilang keelastikan getahnya. Di kedai Eco, terdapat tiga jenis laundry net
, iaitu khas untuk bra, seluar dalam dan stoking.Sebelum ini macam-macam jenis jenama telah digunakan, tapi harganya boleh tahan mahal. Kedai Eco juga mengeluarkan cleaning gel ini dan hasil penggunaannya juga boleh tahan bagus. Walaupun baunya tidak terlalu kuat, tapi masih okay untuk diletakkan di mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air, ia akan menghasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.
Produk ini digunakan untuk menjimatkan ruang dan semestinya ia sangat berguna untuk korang menyimpan barang atau pun ketika ingin melipat baju untuk dibawa semasa travel. Gunakan pam atau vacuum cleaner bagi menyedut udara dalam beg. Daripada tebal, ia terus menjadi nipis. Memang jimat ruang untuk disimpan.
Ha, memang berbaloi-baloi kan? Berbelanjalah dengan bijak. Hiks!
Sumber: Hani Mynis