Malam kemuncak Miss Universe Malaysia 2022 akhirnya tiba jua pada malam ini selepas penantian selama beberapa bulan oleh peminat dunia ratu cantik.
Sepanjang minggu Pageant Week sejak hari Isnin lalu, 13 finalis akhirnya telahpun mengikuti variasi aktiviti bagi melakukan persediaan menghadapi pertandingan sebenar.
Daripada 13 orang jelitawan yang mempunyai latar belakang impresif ini, tentunya wujud beberapa nama ‘favourite’ dalam kalangan peminat serta pengikut tegar Miss Universe Malaysia untuk membawa pulang gelaran keramat itu setelah negara tidak menghantar wakil pada edisi terdahulu.
Siapa agaknya yang bakal dimahkotakan selepas wakil dari Sarawak, Francisca Luhong James melakukan tugas dengan cukup baik sebagai Miss Universe Malaysia 2020?
View this post on Instagram
Antara nama yang disebut-sebut akan memberikan saingan sengit termasuklah gadis kelahiran Kuala Lumpur, Ajunee Kaur; Wong Siu Jane dari Selangor; Annatasha Shantu ‘Asha’ Jeremiah dari Sabah dan juga wakil Sarawak, Joann Tiong Hau Ping.
Tidak ketinggalan juga ialah Buganna S. Saravana Kumar dari Melaka dan juga Lesley Cheam dari Selangor. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pembawakan diri, kegigihan mempersiapkan diri sebelum pentas akhir dan paling utama, aura sebagai seorang ratu dari Malaysia yang bakal membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Adakah ramalan pencinta ratu cantik ini menepati keputusan panel juri pada malam ini? Sama-sama kita nantikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Daripada Nasi Lemak Ke Wau Bulan, Dari KLCC Ke Kampungku. Ini Antara Kostum Nasional Miss Universe Malaysia Yang Diingati – REMAJA
Jom lihat profil 13 orang peserta Miss Universe Malaysia 2022 yang bakal bertanding.
AJUNEE
ASHA
BUGANNA
CLARISSA
JINGLE
JOANN
KAVERRNA
ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe Malaysia Rupanya Pelajar UiTM Lendu, Kongsi Kisah ‘Kakak Jejantas’.. – REMAJA
KATE
LESLEY
SIU JANE
THEVA
VARYNE
WAN YING
Untuk pengetahuan, pertandingan akhir Miss Universe Malaysia 2022 akan diiadili oleh pereka fesyen Rizma Nordin daripada Rizman Ruzaini; Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon; Dr Karen Po; Penata Gaya Fesyen, Andrea Wong; Don Teo; Pengasas Makeup Miracle Academy, Kenny Yee dan Datin Selwin.
Jadi, peserta manakah di antara mereka yang menjadi pilihan korang sebagai juaran Miss Universe Malaysia 2022 pada malam ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.