Cameron Highlands sering menjadi tumpuan masyarakat Malaysia sebagai tempat pelancongan dalam negara. Tambahan pula disebabkan wabak pandemik yang melanda dunia dan kita semua masih lagi belum dibenarkan keluar negara, kami pasti ramai yang mengambil peluang untuk menghirup udara segar di Cameron Highlands.
Kalau korang ada plan nak ke sana, jom kami kongsikan antara 13 tempat wajib serbu di Cameron Highlands.
1. Boh Tea Centre
Terdapat dua ladang teh Boh di Cameron Highland, iaitu Boh Tea Center Ringlet dan Boh Tea Center Sungai Palas. Ladang tanaman yang luas menghijau dengan cuaca dingin membuatkan Boh Tea Center ini antara port lepak terbaik di Cameron Highlands.
2. Ladang Teh Cameron Valley/Bharat Tea
Lokasi yang strategik dan tidak tersorok seperti ladang teh Boh membuatkan tempat ini lebih mudah untuk dijumpai. Korang juga boleh shopping teh-teh keluaran Bharat Tea yang tak kurang sedapnya.
3. Big Red Strawberry Farm
Ada macam-macam produk makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini. Antaranya adalah seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake dan banyak lagi. Semuanya memang sedap. Rugi kalau tak try!
4. Kebun strawberi
Ads
Ada banyak sebenarnya kebun strawberi yang korang boleh kunjungi untuk merasai sendiri pengalaman memetik strawberi di Cameron Highlands, seperti:
a. KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
b. EQ Strawberry Farm, Brinchang
c. Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang
d. Raju’s Hill Strawberry Farm
5. Cactus Valley Farm
Peminat tumbuhan kaktus mesti ‘gila’ kalau datang ke Cactus Valley Farm ni. Daripada sekecil-kecil saiz kaktus, sampailah yang paling besar pun ada.
6. Cameron Adventurous
Siapa kata datang Cameron Highlands kena buat aktiviti petik strawberi je? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di ladang teh. Style gila kan? Dengan cuaca sejuk buat aktiviti ekstrem, confirm syok gila.
Ads
7. Pasar Kea (Kea Farm)
Pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Bukan sayur je, pelbagai jenis bunga segar juga korang boleh dapatkan disini.
8. Lavender Garden
Taman ini bukan hanya khusus untuk tuumbuhan lavender, malah ia juga menggabungkan dengan bunga-bungaan yang lain. Kalau nak try aiskrim warna ungu, disinilah tempatnya.
9. Avani Chocolate
Avant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995 lagi. Kalau korang suka dengan coklat, mesti akan rambang mata sebab ada macam-macam jenis coklat dekat sini. Aiskrim pun ada tau!
Ads
10. Time Tunnel Museum
Kalau korang sejenis yang suka mengimbau masa-masa dulu, muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang mungkin korang pernah guna time kanak-kanak dulu. Barang pamerannya juga unik dan menarik.
11. Nasi Lemak Sambal Strawberi
Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ni eh? Ha, korang kena la datang sendiri untuk mencuba menu viral ini di 200 Seeds Café. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak cari nasi lemak ni tau.
12. Rose Centre
Argh mesti tenang gila kalau dapat tengok kebun bunga depan mata kan? Ada lebih daripada 100 jenis bunga mawar, termasuklah yang berwarna hitam dan hijau.
13. Air Terjun Robinson
Kalau nak kelainan daripada melawat ladang teh dan petik strawberi, korang boleh try aktiviti jungle trekking atau mandi manda di air terjun Robinson. Tapi tak tahu la macam mana sejuk airnya tu kan. Hiks!
So apa lagi guys, siapa yang tinggal di Lembah Klang ni boleh balik hari je ke Cameron Highlands. Let’s hujung minggu ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semoga perkahwinan ini diberkati hingga ke akhir hayat…
Pelakon, Ezaidi Aziz baru-baru ini selamat bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Sabtu lalu.
Berkongsi perasaan sudah bertukar status, Ezaidi atau Mohammad Ezaidi Abdul Aziz (30) meluahkan rasa syukur dan masih dalam keadaan tidak percaya namun berharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna termasuk menjadi seorang imam yang baik buat isteri tersayang.
Memuat naik gambar majlis bersanding di Instagram, kedua mempelai yang manis itu dilihat bersepakat mengenakan busana putih klasik sedondon rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun.
Berkongsi sedikit momen perkenalannya bersama isteri, Ezaidi memberitahu dia sudah 12 tahun berkenalan dengan Afeeqah namun mula menjalinkan hubungan cinta tahun lalu.
“Saya mengenali Afeeqah sejak usia kami 18 tahun. Selepas tamat sekolah, kami mula berkawan rapat tetapi waktu itu belum lagi bercinta”
“Kami memang ada satu kumpulan sembang dan selalu berkumpul minum kopi. Dipendekkan cerita, tahun lalu kami menjadi pasangan kekasih,” katanya.
“Apa membuatkan saya jatuh cinta dengan Afeeqah, kami mempunyai persamaan iaitu kamu sama-sama pemalu orangnya dan saya suka dia sebab dia cantik!,” jelasnya.
Sementara itu, berbicara soal keputusan untuk mendirikan rumah tangga di saat kerjaya lakonannya sedang memuncak, pelakon drama Jesnita dan Satu Hari Nanti ini tidak menjadikan perkahwinan sebagai halangan kerana percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penularan wabak Covid-19 (gelaran baru untuk Coronavirus) nyata telah memberi impak besar kepada industri pelancongan seluruh dunia.
Kerajaan China sendiri mengarahkan larangan keluar dari lebih 30 buah bandar di China.
Semenanjung Malaysia pula menetapkan larangan masuk sementara kepada pelawat dari daerah Hubei, China manakala Sabah serta Sarawak sebulat suara melarang warganegara China memasuki negeri mereka.
Sedikit sebanyak, larangan yang dikenakan ini menjejaskan kepada promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 sekurang-kurangnya untuk suku pertama tahun ini.
Sejak 2017, China memberikan jumlah terbesar pelawat ke Selangor. Namun disebabkan wabak tersebut, kerajaan negeri akan menumpukan kepada kemasukan pelancong dalam negeri yang tidak terjejas daripada risiko kesihatan.
Tinjauan penulis di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2) pada hari ini menunjukkan keadaan lengang di balai berlepas, sekitar tengah malam.
Tidak seperti kebiasaan di mana pelawat masih sibuk di kawasan check-in, ia menandakan kurangnya jumlah pelawat ke Malaysia serta Selangor buat masa ini.
Keputusan Korea Selatan yang menasihatkan rakyat negara mereka untuk tidak melawat Malaysia kerana wabak ini juga mengeruhkan lagi situasi.
*
Untuk membantu menyelesaikan kemelut ini, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya akan memberi fokus kepada pasaran Asean terutamanya pelawat dari Indonesia, Thailand dan Singapura kerana jarak dekat negara jiran dengan Malaysia.
Malah menurut kementerian, 70 peratus daripada jumlah kemasukan pelancong buat masa ini adalah dari rantau Asean.
*
Bagi korang yang akan ke luar negara, ini di antara tip oleh REMAJA.
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.
Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.
“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.
“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...