Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ekoran negara telah memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pengumuman ini paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia dan ia secara tidak langsung akan merancakkan semula ekonomi negara khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah perlu kita menjalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia selepas melancong? Nah, berita gembira untuk si kaki travel, korang tidak lagi perlu menjalani kuarantin setibanya pulang ke Malaysia.
BACA: VTL: Laluan Udara Malaysia, Thailand & Kemboja Bakal Dibuka Bermula 15 Mac Tanpa Kuarantin
Hal ini turut dikongsi oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang sudah mula menawarkan penerbangan pergi balik ke negara-negara tersebut bermula 1 April ini.
Berikut antara senarai negara-negara yang korang boleh lawati tanpa perlu kuarantin.
1. Thailand
2. Indonesia
3. Vietnam
4. Singapura
5. Kemboja
6. Brunei
7. Maldives
8. Filipina
9. Sri Lanka
10. Laos
11. Australia
12. India
13. Bangladesh
Ha, mesti korang dah tak sabar nak ke luar negara kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=PIuIyICq-W4&feature=youtu.be
MYAirline Mula Tawarkan Penerbangan Antarabangsa Tambang Rendah ESOK, Destinasi Pertama BANGKOK
Bagi korang yang mempunyai perancangan untuk ke bandaraya Bangkok di Thailand, pastinya korang akan teruja dengan perkhabaran baharu ini.
Mulai 28 Jun 2023 esok, syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline akan mula menawarkan laluan penerbangan antarabangsa ke destinasi pertamanya, Bangkok Thailand.
Laluan tersebut akan beroperasi di dua buah lapangan terbang di Bangkok; iaitu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 28 Jun dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada 1 Julai kelak.
Sekaligus, MYAirline menjadi syarikat penerbangan pertama dari Malaysia yang beroperasi di dua buah lapangan terbang berbeza di Bangkok.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Negara Thailand Kini Tidak Lagi Dikenali Sebagai Bangkok? – REMAJA
Kongsi Rayner Teo yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline sewaktu ditemui dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, laluan antarabangsa ke Bangkok ini akan bermula dengan satu penerbangan sehari. Secara berperingkat, jumlah berkenaan dijangka meningkat kepada empat penerbangan sehari.
Sebagai info, jenama MYAirline yang diperkenalkan menerusi penerbangan sulungnya pada 1 Disember 2022 telahpun menerima respon positif sepanjang hampir tujuh bulan ia beroperasi.
Buktinya, ia meraih pencapaian satu juta penumpang pada awal bulan Jun dan semalam baharu sahaja menerima sijil kelayakan udara bagi pesawat kelapannya yang akan digunakan bagi laluan Bangkok, esok.
Tambah Rayner lagi, MyAirline sedang merancang untuk memperluaskan rangkaian penerbangan ke bahagian lain di Thailand seperti Phuket, Krabi dan Chiang Mai selain ke negara serantau seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia Tidak Lagi Boleh ‘Duduk Diam’, MYAirline Sasar Tambang Lebih Murah & Tepati Waktu Mulai 2023 – REMAJA
Buat masa ini, MyAirline menawarkan penerbangan domestik ke sembilan destinasi popular dalam negara iaitu ke Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Miri; kesemuanya dihubungkan dari Kuala Lumpur.
SUMBER: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lain Negeri Lain Prosedur Solat Aidilfitri, Cer Check Sebelum Ke Masjid Esok
Perlaksanaan solat sunat Aidilfitri pada pagi esok bakal dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Begitupun, setiap negeri didapati mempunyai sedikit perbezaan dalam cara perlaksanaannya mengikut arahan yang dikeluarkan olehh jabatan agama di setiap negeri pada minggu ini.
Jom lihat arahan di negeri korang.
Selangor
Terdahulu, kerajaan negeri Selangor menerusi Jabatan Agama Islam Selangor telahpun mengeluarkan jumlah jemaah yang dibenarkan menghadiri solat sunat Aidilfitri.
Bagaimanapun, setelah pengumuman rasmi Perdana Menteri mengenai perlaksanaan PKP di seluruh negara bermula hari ini, arahan tersebut telah diubah seiring dengan perkembangan baharu itu.
Bagi masjid dan surau yang mempunyai kapasiti biasa melebihi 1000 jemaah, hanya 50 orang jemaah dibenarkan. Bagi yang kapasiti biasanya kurang daripada 1000 jemaah, hanya 20 orang jemaah dibenarkan.
Selain itu, setiap jemaah perllu dipisahkan dengan penjarakan 1.5 meter. Dan setiap baris saf pula perlu diselang satu baris.
Pulau Pinang
Sistem penggiliran akan dilakukan mengikut arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Solat sunat Aidilfitri akan dilakukan dalam tiga sesi berbeza dan kehadiran jemaah ke masjid serta surau dibuat secara giliran.
Sesi pertama bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi, sesi kedua; 9.45 pagi hingga 10.30 pagi dan akhir sekali sesi ketiga; 11 pagi hingga 11.45 pagi. Di samping itu, setiap sesi hendaklah diimamkan oleh individu berbeza.
Biarpun ada jarak 30 minit di antara setiap sesi, ia adalah untuk memudahkan proses sanitasi dan bukannya untuk digunakan jemaah bagi beramah mesra di luar kawasan masjid.
Perak
Jumlah maksimum jemaah yang dibenarkan adalah 50 orang di masjid dan surau yang berkapasiti 1000 di seluruh Perak. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) juga menetapkan hanya warganegara lelaki dan berusia 12 tahun ke atas saja yang dibenarkan.
Menariknya, Perak juga membenarkan solat sunat Aidilfitri untuk dilakukan di kawasan lapang dan terbuka (bukan masjid atau surau) tidak melebihi 50 orang jemaah dengan penjarakan fizikal.
Melaka
Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di seluruh negeri mengikut kapasiti masjid dan surau. Namun, rakyat diingatkan untuk tidak menambah ruang ekstra solat seperti meletakkan khemah. Selain itu, warga asing tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah esok.
Negeri Sembilan
Kerajaan negeri turut menetapkan jumlah maksimum 50 orang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri esok. Bagi surau pula, hanya seramai 20 orang jemaah dibenarkan.
Negeri Sembilan lebih tegas dari segi syarat had umur apabila hanya lelaki warganegara berusia 15 tahun ke atas dibenarkan menyertai dalam tempoh PKP sekarang.
Perlis
Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis tidak akan dilakukan di masjid atau surau esok. Sebaliknya, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamullail bertitah agar solat sunat itu dilaksanakan di tanah lapang dengan pengawasan pihak masjid.
Sesi solat akan bermula dari jam 8 pagi. Bagaimanapun, titah Baginda, sekiranya cuaca tidak mengizinkan esok, solat sunat boleh dilakukan dalam masjid mengikut SOP yang ditetapkan.
Orang ramai digalakkan membawa uncang pembungkus kasut bagi menjaga kesucian kawasan selain membawa payung sendiri. Hanya penduduk tetap saja yang dibenarkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu – REMAJA
BACA LAGI : Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang Tempoh PKP 3.0 – REMAJA
Siapa Yang Layak Dikenakan Zakat Harta Ni? Ini Jawapan Pusat Pungutan Zakat
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” Al-Baqarah, Ayat 110
Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang hal zakat pendapatan ini walaupun kewajipan membayar zakat adalah sama seperti mendirikan solat. Ada juga yang ingin membayar namun keliru dan tertanya-tanya bila sepatutnya kita wajib membayar zakat harta ini.
Masih Tertanya-Tanya Layak Dikenakan Zakat Atau Tidak?
Ini Jawapan Pusat Pungutan Zakat melalui ciapan Twitter rasminya :
Pasti masih ramai yang tertanya-tanya, adakah mereka telah layak dikenakan zakat? Macam mana pula nak tahu jika kita telah layak dikenakan zakat atau belum? pic.twitter.com/nnsCXBcroZ
— Pusat Pungutan Zakat (@ppzwp) February 12, 2021
Zakat termasuk dalam rukun Islam ke-4 yang wajib ditunaikan. Dalam Al-Quran banyak disebut berkaitan zakat dan diselitkan sekali dengan solat. Maka kewajipan membayar zakat adalah sama seperti kita menunaikan solat fardhu.
Menurut Pusat Pungutan Zakat, sesiapa yang hartanya telebih melebihi kadar yang ditetapkan untuk berzakat iaitu telah cukup NISAB dan cukup haul seperti contoh nisab tahun 2021 ialah RM20,299.00 jadi beliau wajib membayar zakat.
NISAB BAGI TAHUN 2021 = RM20,299.00
NISAB ialah satu kadar utk menentukan adakah sesuatu harta itu dikenakan zakat atau tidak. Ia juga ialah salah satu syarat wajib berzakat.
Jadi hero asnaf sekarang dengan menunaikan kewajipan berzakat.#MemudahkanAndaBerzakat#ZakatWilayah pic.twitter.com/x9UrOMTHBQ
— Pusat Pungutan Zakat (@ppzwp) January 19, 2021
Kalau korang masih keliru dalam pengiraan, boleh klik PPZWP link ini
Zakat perniagaan dan zakat pendapatan wajib dibayar. Jika anda melakukan apa jua jenis perniagaan, sama ada menjual barang, menanawarkan perkhidmatan, menghasilkan bahan mentah dan sebagainya, hasil pernigaan tersebut wajib dikenakan zakat mengikut beberapa syarat.
Jadi pada mereka yang busy sangat sampai kadang-kadang terlupa untuk menjalankan tanggungjawab ini, korang sebenarnya boleh bayar melalui online dan tak perlu rasa ragu-ragu , iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Mudah kan? Zaman dah moden, semuanya boleh dilakukan secara digital.
Jadi ingatan buat kita semua, perbanyakan berkongsi rezeki dengan orang lain… nescaya Allah perbanyakan rezeki kita. Jangan kedekut. Selamat Beramal!