Rata-rata peminat di seluruh dunia sangat mengagumi ketampanan yang dimiliki oleh selebriti Hollywood. Namun, di sebalik wajah tampan mereka sebenarnya terselit 1001 rahsia yang mungkin korang tak pernah tahu.
Implan, pembedahan plastik dan buang lemak sudah menjadi perkara biasa buat bintang-bintang terkenal dunia. Maklum sahaja, dengan demand peminat yang harus dipenuhi, mereka perlu tampil menarik 24 jam tanpa gagal.
Akhirnya, pembedahan plastik menjadi pilihan untuk memenuhi segala tuntutan kerja dan permintaan peminat. Walaupun memakan kos yang tinggi dengan rawatan penjagaan yang begitu teliti, selebriti Hollywood ini tidak langsung berkira untuk mengeluarkan duit yang banyak semata-mata hanya untuk menjaga penampilan.
Berikut merupakan 13 selebriti lelaki Hollywood yang mengekalkan ketampanan dengan cara melakukan pembedahan plastik pada wajah.
1. Robert Pattinson
Bintang yang popular dengan filem Twilight ini menjadi antara salah seorang aktor yang paling seksi dan berpengaruh di dunia. Tidak seperti selebriti-selebriti lain, Pattinson tak pernah mengaku atau bercakap secara terbuka mengenai pembedahan plastik yang dilakukan olehnya.
2. Johnny Depp
Seorang lagi bintang seksi Hollywood, Johnny Depp juga antara individu yang telah menjalankan pembedahan plastik untuk kelihatan awet muda dan sentiasa bergaya. Walaupun sudah berumur 54 tahun, Depp masih lagi kelihatan muda dan kacak. Hmm, patutlah nampak muda dan elok je.
3. Ashton Kutcher
Ads
Sebelum menjadi actor, Ashton Kutcher pernah menjadi model untuk jenama Calvin Klein. Jadi, tidak hairan la jika dia sangat menitikberatkan soal penampilan untuk sentiasa tampil menarik. Kutcher dikatakan telah melakukan pembedahan kecil untuk di bahagian hujung hidungnya.
4. Gordon Ramsay
Chef selebriti terkemuka dunia ini tidak terkecuali dalam melakukan perubahan pada wajahnya. Menyambut ulang tahunnya yang ke 51 November ini, Ramsay telah dipujuk oleh anak-anaknya untuk membetulkan kedutan pada wajah kerana dia kelihatan lebih tua daripada umurnya. Wah, macam-macam kan, ada juga anak yang supportive untuk menyuruh bapa mereka melakukan pembedahan plastik. Salute!
5. Brad Pitt
Sering dianggap sebagai jejaka paling hot di dunia, Brad Pit juga antara selebriti Hollywood yang berpengaruh di dunia. Berbeza dengan selebriti lain, Pitt telah melakukan pembedahan di bahagian telinganya. Cuba kamu lihat gambar di atas, bezakan bentuk telinganya dahulu dan sekarang?
6. Rod Stewart
Ads
Walaupun ramai selebriti yang tidak mengaku bahawa mereka telah melakukan pembedahan plastik, tetapi Rod Stewart tidak mampu untuk menyembunyikan rahsia awet mudanya kerana dengan usia yang menjangkau 72 tahun, dia masih lagi kelihatan muda dan menarik.
7. Arnold Schwarzenegger
Membintangi filem terkenal The Terminator, Schwarzenegger yang dahulunya berbadan sado, kini kelihatan terdesak untuk menyembunyikan leher ayam belandanya dengan melakukan pembedahan.
8. Zac Efron
Pemuda yang berumur 30 tahun ini tidak mengaku telah membuat pembedahan untuk merubah wajahnya. Namun mengikut sumber, dia telah melakukan pembedahan kecil di bahagian hidung dan dagu. Lihat sahaja wajahnya semasa zaman High School Musical dan bandingkan dengan sekarang.
9. Tom Cruise
Ads
Sama ada kamu minat atau tidak, Tom Cruise adalah di antara nama besar selebriti di Hollywood sejak 20 tahun yang lalu. Di awal kemunculan, Cruise telah mengaku bahawa dirinya ada membuat pembedahan plastik pada bahagian hidungnya dan tidak akan membuat apa-apa lagi pembedahan selepas itu. Namun baru-baru ini, Cruise sekali lagi telah menarik perhatian umum kerana perubahan drastik yang berlaku pada raut wajahnya.
10. Shia LaBeouf
LaBeouf masih belum mengesahkan bahawa dia sebenarnya telah melakukan pembedahan tetapi dengan melihat sahaja pada setiap fotonya, ada beberapa perubahan yang dapat dilihat, terutamanya di bahagian hidung.
11. Sylvester Stallone
Ramai yang menganggap Stallone telah mengambil steroid tetapi ternyata sebenarnya dia hanya melakukan pembedahan plastik. Dengan peningkatan usia yang berlaku, Stallone tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengekalkan daya penarik dalam dirinya. Dia melakukan beberapa pembedahan pada muka dan kening, malah menerima suntikan botox untuk kekal tampan.
12. Simon Cowell
Dikenali sebagai pengkritik di rancangan realiti televisyen, American Idol, kesibukan selebriti ini kadangkala tidak langsung mempunyai waktu untuk tidur. Oleh sebab itu, Cowell memandang serius tentang kecantikan wajahnya yang perlu sentiasa dijaga agar kelihatan segar dan menarik untuk memenuhi tuntutan kerjayanya.
13. Enrique Iglesias
Jejaka yang menyandang gelaran ‘Raja Pop Latin’ ini sangat terkenal dengan tahi lalat yang terletak pada bahagian mukanya. Ramai yang memerhatikan perbezaan ini daripada koleksi gambarnya yang terdahulu. Jelas sekali bahawa tahi lalatnya kini sudah tiada.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk kebanyakan pelajar pengajian tinggi di Malaysia, korang akan menerima bayaran bantuan wang tunai secara one-off sebanyak RM200.
Bayaran yang akan mula diberikan kepada pelajar pada hujung April ini bagaimanapun diumumkan hanya diberi kepada beberapa kelompok pelajar sahaja.
Ini termasuklah pelajar sepenuh masa IPT seperti pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA serta IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Namun semalam, Menteri Kewangan telah mengumumkan berita gembira apabila bantuan kewangan ini kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6, pelajar Diploma dan yang setara dengannya.
“Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan kini dinaikkan peruntukannya daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta orang pelajar.
“Kementerian terbbabit akan cuba mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak ke akhir April berbanding bulan Mei seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau turut berharap agar bantuan ini akan meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar. Pada masa yang sama, beliau berharap para pelajar akan terus focus kepada menimba ilmu dan kemahiran walaupun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi korang yang ingin memeriksa status sama ada korang layak untuk menerima bantuan tersebut dan bagi yang baru ingin membuat permohonan, korang boleh layari bsh.hasil.gov.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki dan kesenangan yang dimiliki seorang anak merupakan antara berkat doa dari seorang ibu. Disebabkan itu juga setiap kali kita beroleh kejayaan dan kekayaan, janganlah dilupa kepada kedua ibu bapa kerana mungkin mereka adalah asbab dimana kita berada sekarang.
Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini dilihat memberikan sebuah kereta mewah sempena hari ulangtahun kelahiran ibunya. Video dimuat naik menerusi laman TikTok peminat mereka, @kamalxuqashaloveforever dan menerima hampir 1 juta tontonan dengan 60,000 jumlah tanda suka.
Rata-rata warganet memuji pelakon wanita yang dikatakan semakin cantik selepas berkahwin dan mereka turut mendoakan agar Uqasha bertambah murah rezeki.
Uqasha dan Kamal Adli sebelum ini telah melangsungkan pernikahan pada 5 November 2021 namun hanya berkongsi kepada umum sebulan selepas mereka bernikah. Malam berinai dan persandingan pasangan selebriti ini disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Murah rezeki anak-anak sekiranya membahagiakan kedua ibu bapa kan. Semoga kita juga diberikan kesempatan untuk berbakti dan memberi kesenangan buat kedua orang tua kita. InsyaAllah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh 8,000 kilometer ke Makkah bermula dari Padang Besar, Perlis pada pagi Ahad lalu.
Menurut Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli (34) dalam ucapannya, beliau mengakui dia tidak sekuat dua isteri Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, yang turut serta dalam misi sama.
“Saya mungkin tidak secekal kedua-dua isteri Datuk sebab pertama kali berpisah jauh dan untuk tempoh lama dengan suami,” katanya.
“Saya mendoakan mereka sebagai musafir yang dilindungi dari hari ini sehingga sampai ke destinasi yang mereka tuju,” ujarnya.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Walaupun agak berat hati, Amyra tetap menyatakan sokongan penuh terhadap suaminya dan mendoakan keselamatan Amar dan Muqharabbin serta berharap agar misi untuk ke Tanah Suci Makkah berjaya.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Amar berkongsi rasa syukurnya kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada misi ini.
Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama ‘Bila Hati Telah Hitam’ itu, beliau percaya peluang ini hadir atas jemputan daripada Allah SWT.
“Kalau Allah tidak jemput, tidak kira sesenang mana, atau banyak masa sekali pun, kita tidak akan sampai. Cuma cara jemputan ini adalah dengan saya berkayuh,” katanya.
Amar menambah, beliau juga memilih untuk menyahut cabaran ini sebagai satu usaha mencabar keupayaan dirinya sendiri.
“Misi sebegini pun tidak selalu dilakukan, jadi saya nak cabar diri untuk lihat sejauh mana kemampuan saya, mengembara bersama Datuk ke Tanah Arab,” ujarnya lagi.
Kredit foto: Arena Malaysia AsiaKredit foto: Arena Malaysia Asia
Sekadar info, Amar Baharin dan Datuk Muqharabbin telah memulakan misi #JourneyToTanahHaram dengan berbasikal sejauh 8,000 kilometer dari Padang Besar, Perlis sejak Ahad lalu. Misi unik ini dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum mereka tiba di Madinah sekitar bulan Julai akan datang.
Acara pelepasan misi ini turut disempurnakan sendiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang hadir memberi semangat kepada para peserta. Mereka dijadualkan merentasi beberapa negara seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Tanah Suci Mekah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...