Isi Kandungan
ToggleSetiap kali majlis anugerah hiburan, selain menantikan keputusan pemenang bagi setiap kategori, mata peminat juga akan tertumpu pada acara karpet merah untuk melihat penampilan selebriti pujaan mereka.
Tahun ini, Mnet Asian Music Awards 2021 (MAMA 2021) turut berlangsung meriah dengan kehadiran barisan selebriti yang bergaya glamour di karpet merah.
Dihoskan oleh Lee Hyori, MAMA 2021 disiarkan secara langsung semalam di CJ ENM’s Contents World in Paju City in Gyeonggi Province.
Jom kita lihat antara selebriti yang bergaya di karpet merah MAMA 2021.
1. Lee Hyori
2. ITZY
3. Ateez
4. NCT 127
5. Soo Young Girls’ Generation
6. Ahn Bo Hyun, Jo Bo Ah
7. Aespa
8. Enhypen
9. Kim Seo Hyung
10. Lee Do Hyun
11. Kim Young Dae, Kim Kye Yoon
12. Lee Hyun Yi, Ahn Hyun Mo
13. Nam Yoon Su
Tahun ini sepertinya tidak ramai selebriti Korea yang menghadiri acara karpet merah MAMA 2021 kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Viral Sampah Bersepah Tepi Jalan Selepas Sahur Di Kelantan, Mentaliti Kita Masih Di Kelas Ketiga
Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, imej berikut yang tular semalam di kalangan netizen memang menyedihkan ramai pihak.
Bertempat di Csr Merapoh – Gua Musang, situasi orang ramai yang sedang pulang beraya ke Kelantan menjadikan laluan tepi jalan raya sebagai lokasi terbaik untuk bersahur sebelum meneruskan perjalanan.
Namun yang tak best-nya, sebaik kereta-kereta beransur gerak, nampaknya sampah yang dibawa mereka dibiarkan saja di tepi jalan oleh para pengguna.
Heh, macam susah sangat ke nak kutip sampah dalam plastik dan simpan sehingga tiba di destinasi masing-masing?
Nampaknya para netizen juga tak dapat nak brain mengenai cara masyarakat kita yang masih suka mengambil jalan mudah.
Sebenarnya, isu ini bukanlah isu baru. Sekitar bulan Mac tahun ini, rakan media di Utusan Malaysia pernah melaporkan situasi tepi jalan yang dipenuhi taburan sampah-sarap di Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir.
Dipercayai ia angkara perbuatan segelintir penduduk yang membuang sejak setahun lalu. Menariknya, ada di kalangan penduduk yang mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan tong sampah dengan cukup.
Haih, kalau tak cukup tong sampah terus kena buang merata-rata ke sis?
Alasan seperti ini menyakinkan REMAJA bahawa mentaliti masyarakat kita masih berada di kelas ketiga. Tak kiralah jika kita merupakan penduduk Kelantan ataupun orang luar yang pulang beraya ke Kelantan, bukankah kita sudah diajar dengan pengetahuan sivik untuk menjaga kebersihan?
Janganlah hanya pembangunan di sana semakin berkembang tapi perangai masih di takuk lama, sudahlah.
Resident Evil: Welcome to Raccoon City Tampil Dengan Enam Karakter Popular
Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.
Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.
Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.
Jika sebelum ini siri Resident Evil sarat dengan aksi, namun Resident Evil: Welcome to Raccoon City lebih memaparkan kisah horror yang sangat menarik bagi menarik peminat permainan video ini yang sinonim dengan adengan penuh aksi.
Apa yang menariknya kali ini mereka menampilkan enam karakter Resident Evil iaitu Chris Redfield, Claire Redfield, Jill Valentine, Albert Wesker, Leon S Kennedy dan Ada Wong.
Namun begitu, sekiranya korang tidak pernah bermain permainan video ini, ia masih lagi mudah untuk difahami dan korang tidak akan terganggu dengan plot cerita yang mengelirukan. Semuanya diceritakan dengan jelas dalam naskhah yang berdurasi 1 jam 47 minit ini.
Seperti menonton filem-filem zombie yang lain, Resident Evil: Welcome to Raccoon City juga tampak biasa dengan aksi-aksi zombie dalam filem sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam. Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika Travel Ke Jepun, Ini 13 Restoran Halal Yang Korang Boleh Cari
Sekitar tahun 1990-an sehingga ke pertengahan 2010, khabarnya memang sukar untuk pelancong Malaysia mencari tempat makan halal di negara Jepun.
Namun begitu, masalah ini nampak sudah selesai kerana berkat usaha pelbagai pihak seperti persatuan penduduk Muslim, serta pihak masjid di Jepun, keperluan restoran Halal telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan masyarakat Jepun sendiri.
Kini, korang boleh mencari restoran halal hampir di semua lokasi utama di Jepun. Berikut merupakan senarai restoran-restoran halal yang terdapat di Jepun menurut Sushi Travel-Trip Halal Jepun.
1. Restoran Malaysia Boleh
Lokasi: Osaka
Menu: Malaysian + Fusion food
Restoran ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang rakyat Jepun yang bernama Shingo. Individu ini sangat sukakan masakan Malaysia dan telah membuka restoran ini sejak 15 thaun yang lalu. Lokasinya terletak disebelah Umeda Sky Building di Osaka.
2. PY Halal Kitchen
Lokasi: Nara
Menu: Indian, Turkish, Japanese food
Restoran ini terletak di bandar yang terkenal dengan rusa liar, iaitu Nara. Lokasinya begitu dekat dengan Nara Deer Park dan Kintetsu Nara Station. Apa yang paling menarik, surau turut disediakan disini.
3. Chicken Man
Lokasi: Ueno, Tokyo
Menu: Pelbagai menu berasaskan ayam
Terletak di Ameyoko market, Ueno. Ayat trademark kedai ini apabila orang Malaysia lalu ialan 'Zizan makan sini'. Comel kan? Hiks! Difahamkan ayam gorengnya memang sedap lebih-lebih lagi bila makan panas-panas waktu musim sejuk.
4. Coco Ichibanya Curry House
Lokasi: Akihabara, Tokyo
Menu: Japanese curry
Coco Ichibanya adalah francais yang terkenal di Jepun. Untuk menarik pengunjung Muslim, mereka membuka cawangan di Akihabara yang 100% halal.
5. La Toque
Lokasi: Narita Airport Terminal 2
Menu: Jappenese curry
Restoran ini terletak di balai perlepasan Narita Airport Terminal 2. Bagi yg menaiki flight JAL/ Mas/ANA/cathay boleh lah cuba makan di sini sebelum berlepas . Kedai ini dibuka seawal jam 8 pagi.
6. Ayam-Ya
Lokasi: Nihonbashi/Osaka/Ueno Tokyo/Kyoto
Menu: Halal Ramen
Terletak berdekatan masjid As Salam Ueno, korang boleh rasa Ramen ala-ala Indonesia style yang pedas dan sedap.
7. Yoshiya
Lokasi: Arashiyama, Kyoto
Menu: Authentic Japanese food, Wagyu Beef, Tempura
Restoran ini menyajikan hidangan washoku yang sedap dan original. Terletak berdekatan Bamboo forest di Kyoto.
8. Malaychan
Lokasi: Ikebukuro, Tokyo
Menu: Malaysian food
Dimiliki oleh seorang wanita yang pernah tinggal di Malaysia selama lebih 15 tahun, ramai pelajar Malaysia yang suka kerja part time disini. Lokasi di West Gate Ikebukuro dalam 10 minit jalan kaki dari stesen.
9. Khazana
Lokasi: Odaiba, Tokyo/Minato Mirai, Yokohama
Menu: Indian Buffet Lunch
Terletak di dalam shopping mall Decks di Odaiba, korang boleh menikmati masakan India yang sedap sambil melihat pemandangan tepi laut Tokyo Bay dan Rainbow Bridge yang indah.
10. Hanasaka Jiisan
Lokasi: Shibuya, Tokyo
Menu: Halal Shabu Shabu (Japanese steamboat)
Agak sukar untuk mencari restoran ini kerana lokasinya agak tersorok. Daging yang digunakan adalah berkualiti baik walaupun sedikit mahal tapi berbaloi.
11. Ritsumeikan Asia Pacific University Cafeteria
Lokasi: Beppu, Oita
Menu: Pelbagai jenis makanan
Ritsumeikan Asia Pacific University menyediakan kafeteria universiti halal terbesar di Jepun.
12. Sushi-Ken
Lokasi: Asakusa, Tokyo
Menu: Halal Sushi Restaurant
Restoran ini terletak berdekatan Sensoji Temple yang terkenal. Menunya agak terhad tetapi rasanya sedap dan harga sangat berpatutan.
13. King Kebab
Lokasi: Harajuku, Tokyo
Menu: Kebab & Turkish food
Gerai ini terletak di dalam food court di Takeshita Street. Ramai instafamous Jepun pernah makan disini. Lihat sahaja gambar-gambar yang ditampal pada gerai tersebut. Ianya popular dikalangan anak muda.
Sebenarnya ada banyak lagi restoran halal yang terdapat di Jepun. Korang boleh lihat sendiri di laman Facebook Sushi Travel-Trip Halal Jepun untuk seberang keterangan lanjut.