Sehingga awal pagi tadi, Amerika Syarikat masih lagi mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di dunia dengan jumlah mangsa yang terkorban seramai 43,796 kes secara keseluruhan (Astro Awani).
Namun, kisah masyarakat di US ini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka masih menentang dan ingkar dengan arahan ‘lockdown’ yang perlu dikuatkuasakan bagi menangani wabak ini daripada terus menular.
Mereka dilihat berlegar-legar di jalanan sambil memegang sepanduk dengan kata-kata yang tidak masuk akal seperti ‘I Want A Haircut’ dan ‘Fake News’.
Haih, macam-macamlah perangai mereka ni. Dah catat puluhan ribu kematian masih tidak takut lagi.
Jom kita lihat antara laungan lain yang ditulis dengan kenyataan tidak masuk akal ketika perhimpunan tunjuk protes di Amerika Syarikat.
1. Social distancing is communism
2. Kebebasan atau mati?
3. Iklan perhimpuan tunjuk protes
Ads
4. Nak gunting rambut?
5. Sweden adalah antara negara yang menolak arahan lockdown
6. Tunjuk perasaan di Tennese, Dr Anthony Fauci adalah pakar penyakit jangkitan utama kerajaan
7. Pekerja kesihatan meleraikan ratusan rakyat tunjuk protes di Denver
Ads
8. Let My People GO-LF!
9. Kanak-kanak juga kelihatan berada di tempat awam
10. Di Arizona, kelihatan 3 orang petugas perubatan menentang para penunjuk perasaan
Ads
11. Macam-macam..
12. Di Colorado..
13. Percaya kepada Tuhan
Kita sepatutnya bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana masih patuh kepada arahan kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (walaupun ada juga segelintir yang masih ingkar). Janganlah kita menjadi seperti rakyat mereka dan buanglah sikap pentingkan diri sendiri, sama-samalah kita patuh kepada arahan PKP bagi menangani wabak ini dengan segera.
Menurut Imam al-Ghazali, “akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Manakala Ibnu Maskawih menyatakan, akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Tingkah laku manusia berkait rapat dengan akhlak yang ada dalam dirinya. Yang membezakan seorang individu dengan individu lain ialah apabila menerima ujian dia redha dengan semuanya. Amat jarang kita menemui seorang isteri yang dilukai hatinya namun redha serta mampu memaafkan. Begitu juga kalangan remaja yang boleh memaafkan bekas kekasih apabila hatinya dilukai. Namun akhlaklah yang membezakan seorang individu dengan individu lain.
So korang, belajarlah dari sifat-sifat memaafkan agar hati kita terus kuat. Memang deep pesanan bekas isteri dai’ Farhan untuk penulisan keduanya namun memaafkan itu lebih baik dari memusuhi. Walau hatinya dilukai, namun dirinya masih mahu memaafkan. Bacalah perkongsian hatinya yang ditulisnya semalam di fb miliknya..
JANGAN DILUPAI KEBAIKAN DAN KESILAPAN ITU MAAFKANLAH!!!::
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
1. Tulisan ke-2 saya ini telah saya sediakan sebelum saya kongsikan tulisan pertama saya. Tiada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan datang dari Allah. Hanya Allah Maha Memberi kekuatan buat hamba2Nya.
2. Penulisan ke-2 saya ini bertujuan untuk mengajak semua untuk kita mengambil hikmah yang baik dan berhenti dari kita melakukan sesuatu ucapan, perkataan atau tindakan yang boleh merugikan kita di kemudian hari. Bab kata pepatah, luka kerana lembing senang diubati, tidak pada luka kerana kata-kata.
3. Ya, saya tidak mampu mengubati luka sesiapa pun yang mungkin terluka dari apa yang berlaku dari peristiwa ujian kami ini terutamanya ahli keluarga saya dan ahli keluarga mertua serta kenalan rapat mahupun tidak, namun saya sangat berharap paling tidak tulisan saya ini mampu menjernihkan kekeruhan hati melanda semua yang terlibat.
4. Pertamanya janganlah dikecam kesilapan yang berlaku tapi sama-sama kita mengambil hikmah yang baik kerana tiada manusia yang sempurna termasuklah diri saya. Ambillah pengajaran yang baik, dan buanglah saki baki yang tidak baik itu jauh-jauh.
5. Saya sesekali tidak mahu menyandarkan perpisahan saya ini dengan meletakkan kesalahannya pada orang lain. Biarlah kami yang melaluinya dengan hati yang redha dan mengakui kelemahan diri sendiri dengan Allah SWT. DIA lah sebaik-baik penilai dan penerima taubat.
6. Dalam perasaan sedih, kecewa, sakit hati, marah dan sebagainya dalam hati kita, jangalah sampai kita melupai setiap kebaikan yang pernah diterima. Saya berharap janganlah kerana kesilapan(isu keluarga saya menjadi viral) segala kebaikan insan-insan terlibat dalam hal ini dilupai begitu sahaja. Namun, segala nasihat yang baik dan bermanfaat silakan untuk memberinya.
7. Sekali lagi saya nyatakan, berilah nasihat yang baik dan usahlah dikecam kerana ia keluar dari akhlak Islam yang sebenar serta berilah kemaafan terhadap kesilapan yang berlaku.
8. Dalam persoalan hak, itu haruslah melalui saluran yang betul. InshaaAllah saya dan pihak keluarga akan mengikuti saranan pihak berautoriti untuk menguruskan kes penceraian ini sebaiknya serta dalam keadaan tertutup.
9. Saya mewakili juga keluarga saya, sahabat saya dan insan-insan yang terlibat secara langsung dalam permasalahan keluarga saya ini, ingin memohon kemaafan jika ada kesilapan yang berlaku dari pihak kami sama ada sedar atau tidak. Terima kasih atas sokongan dan doa dari semua.
"Memaafkan itu akhlak yang mulia walaupun tidak mampu melupakan, Maafkanlah" Yang benar
(Fatin Nurul Ain)
4 December 2019
4.20 pm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan sampai kena air mata, nanti batal wuduk. Inilah yang selalu kita dengar dari mulut orang tua menyuruh berhati-hati mencium jenazah.
Bagi yang kurang arif atau tak tahu dan mempercayainya, dengan air mata diseka kita mencium arwah bapa, arwah ibu, arwah suami, arwah isteri, adik beradik, anak-anak dan lain lagi dengan sepantasnya. Bimbang jika air mata kita itu membatalkan wuduk jenazah.
Benarkah batal wuduk pada jenazah seperti yang selalu orang tua cakap? Padahal itulah ciuman kasih terakhir kita untuk orang yang kita kasihi di dunia ini.
REMAJA menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan Haji Mohd Yusof yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman dalam pengurusan jenazah.
“Tiada istilah batal wuduk pada jenazah kerana orang yang sudah meninggal dunia semua amalannya sudah terputus di dunia,”demikian jelas Ustaz Hamdan.
Tambahnya lagi, yang batal wuduk ialah pada orang yang menciumnya seperti suami/ isteri sahaja atau mana-mana hubungan yang bukan mahram. Sebagai contoh, anak saudara mencium jenazah bapa saudara dan lain lagi.
“Kalau adik beradik mencium jenazah adik beradiknya pun tak batal wuduk pada yang mencium itu. Sebagaimana hubungan semasa masih hidup iaitu siapa yang boleh kita salam dan siapa yang kita tak boleh salam, itulah juga pada soal batal wuduk pada yang mencium jenazah ini,”katanya memaklumkan, jika suami meninggal dan isteri mencium dahi untuk penghormatan terakhir, yang batal adalah wuduk isteri di mana isteri perlu mengambil semula wuduk jika ingin sama mengikut solat jenazah.
“Hal yang sama jika isteri meninggal dan suami mencium dahinya. Suami perlu ambil wuduk semula kalau nak solat jenazah. Tapi kalau anak-anak mencium jenazah ibu, ayah, nenek dan sebagainya, tiada istilah batal wuduk pada yang menciumnya dan boleh ikut terus solat jenazah,”katanya memaklumkan orang sudah meninggal tiada istilah batal air wuduk pun.
Menangislah kerana ia emosi kesedihan
Jelas Ustaz Hamdan, sesiapa sahaja yang kehilangan orang disayangi, adalah wajar untuk berasa sedih dan mengeluarkan air mata. Ia berkaitan dengan emosi dan perasaan sedih dan tidak salah untuk kita berasa sedih ketika mencium jenazah. Tiada istilah air mata membatalkan wuduk jenazah walau jenazah memang diwudukkan selepas selesai dimandikan.
“Yang dilarang sama sekali ialah meratap, meraung atau mengoyak-goyak sesuatu seperti kain seolah-olah kita tidak boleh menerima hakikat orang yang kita kasihi sudah tiada. Ini dilarang sama sekali dan perbuatan seumpama ini seperti orang di zaman jahiliyah. Hidup lawannya mati dan begitulah sebaliknya. Kita boleh menangis, ia melibatkan emosi dan perasaan dan hal itu tidak salah.
“Kita dilarang sama sekali mengeluh atau meratapi mayat dengan kata-kata dan perbuatan yang menampakkan kegelisahan dan hilang kesabaran seperti menyebut peribadinya dengan kata-kata aduhai baiknya atau mulianya dia.Dan perbuatan menepuk dada, mengoyak baju dan sebagainya adalah haram. Rasulullah SAW telah melarangnya dengan tegas dalam beberapa hadis yang sahih kerana ia bertentangan dengan kepatuhan kepada Allah dan kesediaan menerima qada dan qadar dariNya,”kata Ustaz Hamdan lagi.
Pada yang kehilangan itu, ciumlah jenazah sepuasnya.Biarlah air mata kita terkena pada jenazah pun, tidak ada apa yang terbatal pun seperti mana orang tua selalu bagi nasihat. Ya peluklah dan menangislah kerana itu pelukan terakhir kita untuk orang kita sayangi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, telah mencuri perhatian warganet apabila ada seorang pengguna Twitter memuat naik sekeping fotonya sewaktu beliau muda.
Foto Muhammad Sanusi yang dimuat naik oleh Nazeera Nasir, iaitu bersekali dengan gambar sewaktu muda Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Justeru, rata-rata pengguna platform berkenaan menyifatkan mereka sebagai jejaka kacak ketika zaman mudanya.
“Saya minta maaf kerana buat begini. Semua orang tolong teka, siapa orang sebelah kanan ni. Teka, teka,” ciapnya pada hantaran itu.
Menerusi ruangan komen ciapan tersebut, ramai pengguna Twitter dapat meneka kedua-dua individu tersebut selain ada yang memuji wajah tampan Menteri Besar Kedah itu.
“Sanusi ‘handsome’ gila dulu,” komen Wan.
“Rafizi nampak muka baik . Yang Sanusi budak nakal,” kata Naemah Ismail.
Dalam masa sama, ada seorang pengguna lain turut memuat naik video memaparkan beberapa keping foto lain sewaktu Muhammad Sanusi masih menuntut di menara gading.
“Dua dua kening dia memikat,” komen Joanne.
“Alamak dia ‘hot’, kening tu 100 peratus. Tapi sekarang kenapa lah,” tulis Argyptism.
I remember someone tweeted this video of a young Sanusi before and people in qrts calling him kapla high council 😂pic.twitter.com/Q1bdgDmg1g
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.