Segelintir daripada rakyat Malaysia memang mengimpikan untuk mencari rezeki di negara seberang, Singapura.
Bahkan, dah ramai pun rakyat Malaysia bekerja di sana. Cuma bagi mereka yang masih tertanya-tanya macam mana agaknya nak dapatkan kerja di Singapura, apa kata korang ikut tip yang bro ni kongsi di laman Facebooknya.
Ni aku bagi tips macam mana dahulu tahun 2011 aku cari jobs kat Singapore tanpa kenal sesiapa pun kat sana.
2 minggu aku keluar masuk Singapore, drop resume kat company sekitar Singapore.
Minggu 3 – tak masuk Singapore sebab budget dah lari.
Alhamdulillah minggu ke4 di panggil interview beberapa buah company di sana dan on the spot dapat kerja.
1st jobs kat Singapore, mintak jawatan pengurusan di beri jawatan paling bawah level SPM, layan jea dulu janji ada kerja.
Beberapa hari kemudian dapat offer jawatan pengurusan kat company lain, apa lagi upgrade jelah
Sebelum cari kerja Singapore ;
1. Buat pasport untuk 5 tahun terus, senang nanti bila dapat kerja, work permit biasanya kontrak 2 tahun dan boleh direnew.
2. Pastikan korang dah standby resume in English, buat seberapa banyak salinan.
1 hari – 10 company aku drop resume
Ads
10 hari – 100 company aku dah drop resume ( 2 minggu )
3. Masuk Singapore di antara jam 10am – 4pm bagi mengelakkan sangkut jem di kastam Singapore (Tuas dan Woodlands)
5. Kalau masuk area town macam Orchard naik motor, hati-hati especially waktu tengahari sebab ERP (Electronic Road Pricing) sana aktif – kalau motor korang tiada mesin macam SmartTag untuk ERP standby jelah time keluar kat kastam Singapore untuk bayar saman SGD 70. Nak playsafe naik MRT jea. 2x aku kena bayar saman sebab benda ni . Mesin smarttag ni berharga SGD 150.
6. Lokasi biasa banyak peluang pekerjaan : Woodlands, Jurong, Ang Mo Kio, Orchard, Tuas, Tao Payoh, Thomson, Sembawang, Changi, Tampines, Bukit Batok, Queenstown, Choa Chu Kang, MacPherson, Kallang.
7. Kalau dah masuk lebuh raya kat sana, tak boleh sesuka hati nak lalu jalan tepi sebab jalan tepi di khaskan untuk kecemasan, silap hari bulan boleh kena saman macam member aku
8. Dekat trafic light pun jangan sembarangan belok sebab time tu orang melintas jalan, kena bagi laluan dulu kat pejalan kaki baru boleh korang teruskan perjalanan
Ads
9. Dah dapat pekerjaan nanti, kenalah gerak dari rumah 2-3 jam awal bagi mengelakkan korang sangkut jem di kastam Singapore especially kalau korang kena masuk kerja di antara jam 7am – 9am.
10. Hujan ribut taufan petir kilat semua tu perkara biasa bagi orang yang kerja Singapore, mereka redah je, jiwa kena kental, mental jangan koyak.
11. 1 bulan sebelum kerja dan dapat gaji, memang kena modal sendiri untuk survive. Pandai-pandailah korang cari duit untuk survive sebab pulangan yang korang akan dapat pun berbaloi. Even kerja cleaner kat sana pun dah boleh dapat SGD 1200 = RM 3600/bulan.
Rate sekarang, 1 SGD = RM 3.09
12. Korang ada Degree di Malaysia convert sana ibarat level Diploma je, kalau Diploma lagi bawahlah level tu kat sana.
13. Ingat laluan ini kalau naik highway sesat tak tahu nak keluar semula ke Singapore nak masuk Johor :
Cari BKE – akan menuju ke Woodlands
Ads
Cari AYE – akan menuju ke Tuas
Atau sekitar jam 4pm korang follow je motor plat Johor sebab pastinya mereka akan menuju ke kastam (ini cara yang aku pakai bila sesat)
Jangan tanya aku, ada jobs tak kat sana, pergi cari dan usaha sendiri. Ilmu + Tips + Pengalaman aku selama 5 tahun kerja di sana dah aku share, terpulang kat korang nak buat ke tak.
Kawan-kawan yang masih bekerja di Singapore, kalau ada jobs kosong kat tempat korang, boleh komen kat bawah, atleast yang mencari peluang pekerjaan tu boleh dibantu.
Info tambahan :
Install fastjob sg – untuk cari kerja kosong
Install checkpoint – untuk tengok lalu lintas dr JB-woodland
Install sg map – untuk naik bas dan mrt
So, amacam? Lepas ni boleh la pakat-pakat try nasib di negeri orang pula kan. Apa-apa pun Malaysia tetap di hati bro. Hiks!
Baru sahaja melancarkan poster teaser album single pertama LALISA secara rasmi, ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban telah pun memecahkan rekod dengan mendapat pra-tempah albumnya itu sebanyak 100,000 unit.
Hanya dalam masa 27 jam, Lisa sekali gus mencipta rekod apabila menjadi artis wanita K-pop pertama yang merekodkan jualan terpantas dalam sejarah Ktown4U.
Album LALISA mencatatkan jualan lebih daripada 96,000 pra-tempah dalam masa 24 jam di Ktown4U dan menjadikannya penyanyi wanita pertama yang berjaya memecahkan rekod itu.
Jika korang merupakan Kpopers dan ARMY sejati pasti mengetahui baru-baru ini ahli kumpulan BTS Jungkook telah memadam semua gambar di laman Instagram miliknya dan tular di media sosial.
Foto Via Soompi
Sejak itu rata-rata netizen ingin mengetahui mengapa idol kesayangan ramai ini Kpop sanggup membuat sedemikian atau digodam?
Kemudian semalam pada 1 Jun, Jungkook akhirnya mendedahkan punca dia bertindak untuk padam semua gambar dan video yang pernah dimuat naik semenjak membuka akauan Instagram peribadinya tahun lalu.
Rupa-rupanya anggota kumpulan termuda kumpulan BTS berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan susun atur gambar akaun Instagram miliknya. Malah, Jungkook telah beberapa kali memadam gambar untuk menjadikan halaman akaun Instagramnya kelihatan tersusun dan cantik.
Tidak seperti sebelum ini, artis K-Pop tersebut memaklumkan terlebih dahulu kepada peminatnya untuk memadam semula gambar-gambar yang telah dimuat naik.
Menerusi perkongsian terakhirnya iaitu klip video dari rancangan komedi Korea Selatan, dia merasakan perkara ini sangat menggelikan hati.
Namun begitu, dia meminta izin terhadap ARMY untuk memadam semua sekali lagi kerana dia benar-benar ingin mencantikkan halaman Instagramnya.
Sumber: Instagram @jungkook.97
Selepas berulang kali memadam gambar, akhirnya Jungkook telah memuktamadkan dengan menyelaraskan gambar-gambarnya di bahagian tengah.
Halaman akaun Instagram milik Jungkook kini kelihatan lebih teratur dan menarik.
Lah, ini sebabnya…buat peminat terkejut je kan Jungkook ni…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya disebabkan komen “ingin berehat sebentar dari kerjaya modelling kerana rasa penat”, model profesional seluruh dunia mengecam Kendall Jenner.
Dalam temubual dengan Love Magazine, Kendall mengakui dia tidak seperti model lain yang sibuk dengan 30 lebih pertunjukan fesyen (catwalk) pada setiap musim. Dia lebih selektif dan tak menerima semua tawaran catwalk.
“Tetapi saya bukan saja menempah kerja di runway. Saya juga lakukan photoshoot dan kempen yang banyak. Saya pun ada jenama pakaian bersama Kylie. Semua kesibukan ini buatkan saya jadi panik dan ingin berehat sebentar.” kata Kendall.
Yang tak sedapnya, ramai model profesional dalam diam tersinggung dengan kenyataan Kendall itu.
Kendall terpaksa memperbetulkan kenyataannya melalui Twitter. Katanya, “Saya rasa ramai yang salah faham. Saya tak berkata model lain tak berjaya dan bekerja keras. Malah saya kagum sekali dengan kekuatan mereka bekerja terus-menerus.
“Daripada merekalah, saya belajar untuk sentiasa komited dengan kerjaya sebagai model. Saya belajar untuk ketepikan waktu tidur, tinggal jauh dari keluarga dan menjadi model profesional.
“Saya kagum dengan cara mereka kelihatan sangat effortless walaupun hakikatnya, mereka stres dengan jadual kerja ketat.
“I feel so inspired everyday working with them. Dan saya selalu rasa beruntung. Tak mungkin saya menidakkan kredibiliti mereka sebagai seorang model.
“Let’s cultivate kindness everyday and always,” simpulnya di Twitter.
Walaupun telah memberi penjelasan, masih ramai followers dan sesetengaj model lain yang mengecam. Haih, susah nak puaskan hati semua orang.
Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...