14 % Rakyat Malaysia Bosan Dengar Celoteh Keterlaluan DJ Radio, #Sambutan Hari Radio Sedunia

Share

Hari ini, 13 Februari adalah sambutan HARI RADIO SEDUNIA 2018. Banyak stesen radio membuat “crossover” dengan penyampai radio lain di seluruh dunia.

Dua otai dalam dunia penyiaran iaitu Faizal Ismail dan Fara Fauzana turut muncul dalam segmen khas di stesen radio Kool FM bagi menghilangkan kerinduan peminat mendengar suara mereka.

Apa di sebalik Hari Radio Sedunia dan mengapa tarikh ini begitu penting?

“Hari Radio Sedunia ( World Radio Day) adalah hari yang diraikan pada 13 Februari setiap tahun untuk lebih memperhatikan radio, mengapa kita menyukainya dan mengapa kita memerlukan saat ini lebih dari sebelumnya. Pada hari perayaan radio ini, orang-orang mendalami ingatan mengenai kekuatan dan keunikan radio yang menyentuh kehidupan dan menyatukan semua orang di setiap sudut dunia.

Radio Era pernah mendominasi stesen nombor satu pilihan pendengar. Malah Dj Radio juga sudah menjadi selebriti dalam kontek hiburan

 

Malah pada hari ini, tujuan perayaan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat dan media tentang pentingnya radio. Masa yang sama ia mendorong untuk membangun dan menyediakan akses ke informasi melalui radio. Terakhir sekali ia membina jaringan antarabangsa di antara stesen radio ke seluruh dunia.

Di sebalik ramai yang suka mendengar lagu khususnya di radio, sebanyak 14 peratus rakyat Malaysia kurang menggemari “chit chat” penyampai radio yang terlalu banyak berkata-kata. Ini antara 7 alasan utama dalam kalangan pendengar radio dan bukan pendengar.

Apa lagi patut kita tahu mengenai kajian ini?

Kaji Selidik Pengguna Radio 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun lalu mendapati 75.0 peratus rakyat Malaysia merupakan pendengar radio.

57.2 peratus berusia dalam lingkungan 20-39 tahun dan sebanyak 85.3 peratus menghabiskan masa sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk mendengar radio dalam kehidupan mereka.

Waktu puncak rakyat Malaysia mendengar radio pada waktu pagi antara 6-10 pagi iaitu sebanyak 63.1 peratus melakukannya jam itu manakala baklinya 39.3 peratus mendengar radio di antara jam 4 hingga 7 malam.

Apa yang mengujakan sebanyak 95.8 peratus berpuas hati dengan isi kandungan radio yang adalah dalam negara ini.

Penyampai radio RED FM

 

Penyampai radio sering datang dan pergi, malah artis turut dilantik menjadi dj radio bagi menaikkan rating
Tahu tak di mana paling ramai pengguna mendengar radio?

Jawapanya adalah di dalam kereta iaitu sebanyak 76.3 peratus. Mungkin faktor kesesakan jalan raya adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda dan berhibur hari mendengar pelbagai genre lagu dalam dan luar negara.

Pilihan lain pengguna mendengar radio pula adalah di rumah iaitu sebanyak 50.8 peratus. Tempat kerja adalah pilihan ketiga iaitu sebanyak 19.0 peratus diikuti tempat awam iaitu sebanyak 17.0 peratus dan akhir sekali dalam pengakutan awam iaitu sebanyak 13.0 peratus.

Fara Fauzana dan AG satu nama besar dalam dunia penyiaran tapi kini masing-masing sudah beralih ke stesen lain atau berhenti dari menjadi penyampai radio

 

Hitz.fm juga antara stesen radio yang menggemari siaran bahasa Inggeris

 

 

Radio Era terkenal dengan prank mereka yang ada ketikanya mencetuskan kontroversi – pix sumber internet

Dalam ramai meminati dan suka mendengar radio, sebanyak 25.0 peratus rakyat di negara ini tidak berapa menyukainya, dalam erti kata lain bukanlah penggemar radio.

Alasan diberikan ialah mereka lebih suka mendapatkan maklumat dari sumber yang lain (bukan radio) iaitu sebanyak 32.5 peratus. Tiada radio set (30.6 peratus). Sebanyak 24.7 peratus lebih suka muat turun lagu sendiri.

17.9 peratus mengakui terlalu banyak iklan, peratus yang sama juga dalam kaji selidik pengguna 2017 berkata, isi kandungan kurang menarik selain 14 peratus berkata, terlalu banyak “chit chat” penyampai radio membuatkan mereka kurang menggemarinya.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros