Februari dikatakan sebagai bulan cinta kerana hari memperingati kekasih (Valentines Day) disambut pada 14 Februari. Walaupun tidak meraikan, tetapi kalau korang nak feeling-feeling romantik, ada banyak filem bergenre romantis yang boleh ditonton.
Kali ini, kami ingin kongsikan antara filem-filem Korea yang sweet untuk ditonton.
Mengisahkan tentang Ji Woo, seorang wanita yang mencari bantuan agensi untuk mencari cinta pertamanya dengan hanya mengetahui namanya Kim Jong Wook. Filem lakonan Im Soo Jung dan Gong Yoo ini juga boleh ditonton di saluran Netflix.
Sebelum meninggal dunia, Soo Ah telah membuat perjanjian luar biasa dengan suaminya, Woo Jin untuk kembali pada satu tahun kemudian ketika waktu hujan. Dengan tidak semena-mena, dia menunaikan janjinya itu dan muncul semula di hadapan suami dan anaknya tetapi semua kenangannya telah hilang.
Lakonan mantap Hyun Bin yang memegang watak sebagai seorang lelaki menderita penyakut mental selepas menjalani hidup dengan ibu yang nyanyuk dan abang si kaki judi. Dia telah menerima rawatan dan jatuh cinta dengan seorang jururawat di hospital psikiatri.
Seorang pelajar sekolah menengah telah dipaksa untuk berkahwin dengan pelajar kolej yang jauh lebih tua daripadanya.
Kisah percintaan antara Sun Young dan Jae Hoon yang ditinggalkan tunangnya sebulan yang lalu tetapi dia masih belum melupakannya. Sementara itu, Sun Young telah berpisah dengan teman lelakinya yang curang dan mereka dua akhirnya bertemu.
Selepas kematian isteri, Gang Soo mengalami kemurangan dan kembali bekerja sebagai pekerja insurans. Dia mengambil kes yang melibatkan Mi So yang kini berada dalam keadaan koma. Untuk menyiasat kes tersebut, dia pergi berjumpa dengannya di hospital. Gan-Soo mendapati bahawa dia adalah satu-satunya yang dapat melihat Mi-So.
Pegawai Polis wanita, Kyung Jin melihat seorang peragut melarikan diri, walaupun ketika itu dia tidak bertugas, tapi mengejarnya. Kyung Jin menangkap seorang pemuda bernama Myung Woo, yang dia salah sangka sebagai peragut. Mereka kemudian digandingkan bersama untuk bertugas di kawasan yang popular dengan pelajar di bawah umur.
Pada tahun 1982, di sebuah kawasan pedalaman, seorang gadis muda merupakan ketua geng yang digeruni di sekolahnya, tetapi dia secara diam-diam meminati seorang playboy. Apabila ada seorang pelajar perempuan baru tiba, playboy itu jatuh cinta dengannya dan ini membangkitkan kekacauan di sekolah.
Seorang lelaki telah menerima jemputan perkahwinan daripada cinta pertamanya ketika di sekolah menengah. Hm, orang kata kalau nak happy ending jangan tonton filem ini. Hiks!
Mengisahkan tentang ahli bomba yang kehilangan isterinya dan seorang doktor yang tidak membuka hatinya kepada orang lain. Melalui satu sama lain mereka dapat menyembuhkan bekas luka yang dialami dan perlahan-lahan membuka hati di antara satu sama lain.
Bermula dari seorang gadis, pelajar sekolah menengah bernama Kang Ha Young yang ditinggalkan teman lelakinya ketika hari ke 100 hubungan mereka. Kemudian ketika dalam perjalana pulang, Ha Young menendang tin minuman sehingga terkena muka Ahn Hyung Joon dan membuatkan kereta kesayangan Hyung Joon rosak akibat kemalangan yang berlaku.
Ha Young yang masih bersekolah lagi tidak mampu membayar ganti rugi dan cuba melarikan diri. Namun percubaan melarikan diri dari Hyung Joon gagal kerana Hyung Joon selalu terserempak dengan Ha Young walau dimanapun Ha Young berada. Hingga akhirnya Ha Young dipaksa untuk menandatangani surat perjanjian untuk menjadi hamba Hyung Joon selama 100 hari.
Jae Kyung adalah seorang pelajar sekolah menengah, yang sering tidak hadir ke sekolah. Apabila dia berumur 19 tahun, dia akan menjadi seorang jutawan. Namun, sehari sebelum dia mewarisi kekayaannya, peguam mereka memberitahu Jae Kyung tentang wasiat dari mendiang datoknya. Datoknya menyebutkan bahwa Jae Kyung hanya dapat mewarisi kekayaannya jika dia lulus dari Boram High School, yang terletak di kawasan perkampunga. Dia tidak punya pilihan selain pindah ke sana.
Pertemuan Kim Su Jin dengan Choi Ceol Su membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Sayangnya kisah cinta keduanya tidaklah seindah yang disangka, tidak lama selepas berkahwin, Su Jin menderita penyakit Alzheimer yang serius dan jarang berlaku.
Hye Young merupakan seorang gadis lembut yang bekerja di kedai antik datoknya di Amsterdam. Tidak hanya itu, dia juga seorang pelukis jalanan yang membuat lukisan potret bagi para pelancong. Kehidupannya tiap-tiap hari sentiasa diselubungi tanda tanya, sebab dia sentiasa menerima kiriman bunga daisy dari pemberi yang tidak diketahui.
Tidak pernah terfikir sekalipun oleh Gyeon woo seorang pelajar jurusan jurutera, bahawa hidupnya akan berubah setelah dia menolong seorang gadis yang sedang mabuk di stesyen kereta api, gadis itu muntah di dalam kereta api, dan ramai menyangka Gyeon woo teman lelaki gadis itu dan diharuskan bertanggungjawab.
Ha, macam best pula kan. Selamat menonton!
Sumber: (1)