15 Filem Tamil Yang Best Untuk Korang Tonton

Share

Jika sebelum ini kami sering berkongsi filem atau drama Korea yang menarik untuk ditonton, kali ini Remaja nak beri kelainan dengan mencadangkan beberapa filem tamil yang best!

Sebenarnya di Malaysia ramai juga peminat filem Tamil yang bukan sahaja daripada golongan kaum India, malah masyarakat Melayu juga menggemari jalan ceritanya kerana mengandungi pengajaran dan teladan yang patut dicontohi.

Berikut antara beberapa filem tamil yang best untuk korang tonton.

1. Dhruva

Filem ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis bernama Dhruva yang dilakonkan oleh Ram Charan, menghadapi penjenayah berprofil tinggi yang mampu mengawal kerajaan melalui bapanya yang juga seorang menteri.

Filem ini mempunyai konsep ‘mouse and cat chasing‘ dimana kedua-dua pihak berusaha untuk menjatuhkan satu sama lain dengan menggunakan teknologi dan kuasa.

2. Kavaludaari

Mengisahkan tentang seorang anggota polis trafik yang tugasnya hanya menjaga lalu lintas. Disebabkan itu, dia berasa bosan dengan tugasannya dan memohon untuk ditukarkan ke Jabatan Jenayah lalu permohonannya tidak diendahkan.

Penemuan tiga rangka tulang mayat yang ditanam di sebuah tapak pembinaan membuatkannya ingin mencari tahu dan cuba membongkar misteri rangka manusia yang tertanam lebih dari 40 tahun.

3. Ala Vaikunthapurramuloo

Memandangkan dia datang dari latar belakang sebuah keluarga kelas pertengahan, Bantu cuba mencari peluang untuk hidup mewah. Impiannya tercapai apabila dia mula bercinta dengan majikannya, seorang wanita yang berasal dari sebuah keluarga kaya.

4. Raatchasi

Antara filem tamil yang pernah viral di Malaysia, Raatchasi mengisahkan tentang seorang besar yang mempunyai tanggungjawab untuk memperbaiki piawaian pendidikan bagi para pelajarnya. Dia telah mengubah undang-undang serta mewujudkan semula hubungan baik antara sekolah dan alumni, termasuk para ibu bapa.

Perkara itu menimbulkan kemarahan seorang pekerja dari sebuah sekolah swasta, yang mencuba pelbagai cara untuk menghalang perbuatan Geetha, termasuk memasukkan dia ke dalam penjara.

5. Kaithi

Dengan harapan untuk bertemu anak perempuannya buat pertama kali, seorang banduan bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak polis.

6. U Turn

Kecewa dengan beberapa insiden melakukan u-turn secara haram yang telah menyebabkan kemalangan, seorang wartawan muda ambil keputusan untuk menulis berita mengenai perkara itu. Dalam proses menyiapkan artikelnya, dia tidak menjangka dirinya akan terlibat dalam penyiasatan kes polis yang membabitkan beberapa siri pembunuhan.

7. Chandramukhi

Kejadian yang menyeramkan dalam rumah terbengkalai dikaitkan dengan hantu dari sebuah istana purba, kembali untuk membalas dendam.

8. Aval

Ketika sedang menyesuaikan diri di rumah baru mereka, seorang ahli neurologis dan keluarganya mendapati rumah jiran mereka berhantu. Hantu itu kemudian mula menjadikan mereka sebagai mangsanya.

9. Dhilukku Dhuddu

Santhanam jatuh cinta dengan Shanaya, tetapi bapa Shanaya, tidak senang dengan hubungan mereka dan memutuskan untuk membunuh Santhanam dengan bantuan sami Rajendran.

Rajendran merancang satu rancangan dan mengundang Santhanam dan keluarganya ke sebuah banglo. Tetapi, Santhanam tidak tahu bahawa tempat itu berhantu.

10. Pisaasu

Seorang lelaki mengalami aktiviti paranormal di rumahnya selepas kematian seorang gadis yang dia cuba selamatkan. Tidak lama selepas itu, dia sedar bahawa hantu yang menganggunya itu sebenarnya cuba membantu dia mencari pembunuh gadis itu.

11. Kannum Kannum Kollaiyadithaal

Siddharth adalah seorang pencipta aplikasi telefon pintar yang bersifat periang. Kehidupannya berubah selepas dia mula jatuh hati kepada wanita idamannya, Meera.

12. Godfather

Natarajan Subramaniam membintangi filem aksi thriller ini sebagai seorang bapa yang terdesak, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk melindungi anak dan keluarga kesayangannya daripada seorang penjahat yang kejam.

13. War

Seorang tentera India, Khalid, telah ditugaskan untuk memburu dan menumpaskan seorang bekas tentera, yang juga merupakan mentor lamanya iaitu Kabir.

14. Pattas

Dhanush menjayakan dua watak dalam filem ini, seorang bapa dan anak lelakinya. Si bapa tinggal di sebuah kampung dan merupakan guru seni bela diri yang semakin dilupakan. Dia berharap dengan memperkenalkan seni bela diri itu kepada generasi muda, ia akan terus berkekalan.

Sementara itu, si anak pula adalah penjenayah yang tinggal di bandar, jauh berbeza daripada bapanya yang dihormati.

15. Darbar

Filem aksi thriller arahan A. R. Murugadoss ini menampilkan Rajinikanth sebagai seorang anggota polis bernama Aaditya. Dia telah dihantar ke Mumbai untuk membaik pulih keadaan kerana kerajaan pusat menganggap undang-undang di bandar itu berada di luar kawalan.

Pada masa yang sama, dia juga perlu hapuskan kerja-kerja haram yang dijalankan oleh seorang hartawan.

Happy watching!

Published by
Noor Ain Norman