
Isi Kandungan
ToggleFenomena selebriti dari Korea memang sudah tidak asing lagi bagi peminat di negara kita. Ramai penyanyi dan pelakon mereka menjadi kegilaan masyarakat kita, bukan hanya yang muda, malah seluruh lapisan umur.
Tidak dinafikan wajah tampan dan jelita yang dimiliki mereka membuatkan ramai yang ‘jatuh cinta’ setelah melihat personaliti Korea.
Walaupun mungkin ramai yang mengganggap bahawa kecantikan yang dimiliki bukannya asli, tetapi kita tidak boleh menafikan hak yang mereka ada untuk melakukan sebarang transformasi.
Kalau korang ingin tahu bagaimana agaknya wajah asli mereka sebelum bergelar bintang terkenal, berikut kami senaraikan gambar antara personaliti wanita Korea dulu dan sekarang yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Vonne Kim.
1. Bae Suzy
2. Jun Ji Hyun
3. Park Min Young
4. Son Ye Jin
5. Lee Ji Eun (IU)
6. Kim Yoo Jung
7. Kim So Hyun
8. Yoo In Nah
9. Kim Go Eun
10. Sulli
11. Jang Nara
12. Kim Many
13. Song Hye Kyo
14. Park Bo Young
15. Park Shin Hye
Sebenarnya mereka ni memang dari dulu pun dah cantik kan?
8 Jenis Kawan Yang Patut Korang Jauhi

Isi Kandungan
ToggleDalam kehidupan seorang remaja seperti korang, kawan-kawan merupakan antara insan yang sangat penting dalam hidup. Pada usia beginilah korang akan habiskan masa banyak dengan kawan-kawan sama ada di sekolah atau kehidupan seharian.
Tapi sebagai remaja, korang mungkin agak naif dan mudah terpedaya dengan jenis kawan yang suka ambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Ingat setiap orang masing-masing ada perangai baik dan buruk. Cuma kalau sudah perangai buruk itu keterlaluan, korang patutu jauhi kawan seperti ini.
Nak tahu jenis kawan yang macam mana harus korang jauhi? Jom ikuti senarai yang Remaja kongsi pada kali ini! 🙂
1. Bermuka-Muka
Ini jenis orang yang sangat patut kita jauhi apatah lagi untuk dijadikan sebagai kawan rapat. Tapi agak sukar untuk kita tahu bagaimana seseorang itu boleh jadi talam dua muka; depan kita burukkan orang lain dengan orang lain dia burukkan kita pula. Satu petanda lagi mereka cukup pandai berlakon dan sangat ‘murah’ air mata.
2. Terlalu Kedekut
Dalam berkawan memang kadangkala kita tak boleh berkira apatah lagi bila melibatkan makanan. Namun dalam kebaikan kita berkawan mesti ada seorang yang suka amb il kesempatan. Bila tiba masa nak bayar ada saja alasan. Dompet tetinggal, tak ada duit kecil dan lupa pergi bank. Itu biasa sangat kita dengar.
3. Tak Tepati Masa & Janji
Orang yang tidak menepati janji adalah orang yang sukar untuk kita percaya. Memang kalau berjanji nak jumpa tapi datang lambat itu perkara kecil sahaja tapi percayalah jika itulah attitude dia sepanjang masa, memang sukar nak harapkan dia. Dalam berkawan menepati janji adalah perkara yang sangat penting. Jika tak nobody going to take you seriously. Percayalah!
4. Kawan Bila Bahagia
Pernah tak korang berdepan dengan situasi di mana seorang kawan yang sudah bertahun tak berhubung tiba-tiba tiasa angin bayu bagai telefon. Katanya nak jumpa sebab rindu dah lama tak jumpa. Itu merupakan petanda pertama korang harus berjaga-jaga. Dan bila berjumpa rupanya dia nak pinjam duit. Bukanlah tak nak bagi tapi kenapa selama ini langsung tiada khabar berita waima di Facebook sekali.
5. Batu Api
Ini kalau dalam bahasa kasarnya bolehlah kita gelar sebagai ‘makhluk perosak’. Perangai batu api ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan ‘talam dua muka’ cuma bezanya dia lebih bahaya. Perangai psiko mereka ini tak boleh nampak orang lain senang. Ada sahaja cara dia untuk melaga-lagakan orang sehingga bermusuhan. Sebab itulah bila mendengar khabar angin kita patut check fakta itu dari kedua belah pihak. Jika hanya gosip murahan, jangan libatkan diri. Itu lebih baik.
6. Tak Pandai Hormat Orang
Setiap orang ada limitasi mereka sendiri bila melibatkan perkara-perkara privasi. Namun ada setengah orang yang tidak faham atau memang sengaja buat tak faham akan sensitiviti orang laiN. Contohnya jenis yang datang lepak rumah kawan hingga lewat malam. Lebih parah lagi habis satu rumah ‘diterokainya’. Kadangkala mereka ini juga tanpa segan silu membaca mesej-mesej peribadi kita di telefon bimbit.
7. Cakap Besar & Tak Nak Kalah
Walau apa jua sekalipun dia memang tak boleh kalah. Kalau kita beli telefon baru, minggu depan mesti dia akan beli juga sama ada yang sama atau lebih hebat. Walhal kita tak pernah pun berasa nak bersaing. Mereka juga jenis suka memotong percakapan orang lain kerana nak tunjuk yang dia lebih tahu. Jenis ini bukan sahaja cakap besar tapi sangat annoying!
8. Pentingkan Diri
Sikap memetingkan diri ini kadangkala kita boleh tolerate. Sebab semua orang pun ada sifat nak menangkan diri. Tapi kalau dah orang itu jenis mementingkan diri sendiri hingga boleh pecah-belahkan keluarga, kawan-kawan dan memudaratkan orang lain memang patut dijauhi.
5 Selebriti Korea Yang Pernah ‘Berperang’ Dengan Penyakit Kronik & Kembali Ke Kaca TV

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan industri hiburan di Korea boleh memberikan tekanan buat selebriti mereka kerana kepadatan jadual bekerja sepanjang hari. Malah, hal ini juga memberi impak kepada tahap kesihatan mereka.
Di sebalik kejayaan selebriti-selebriti popular ini mungkin membuatkan peminat tidak menyangka bahawa ada diantara mereka yang sebenarnya sedang ‘berperang’ melawan penyakit kronik.
Namun, dek kerana semangat yang kuat membuatkan mereka kembali menghiburkan industri hiburan Korea. Jom kita lihat antara selebriti Korea yang pulih dari penyakit dan kembali ke kaca televisyen.
Yoo Ah In

Sebelum dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di anugerah Blue Dragon Film Awards dan membintangi beberapa siri popular, tidak ramai yang tahu bahawa Yoo Ah In menghidapi tumor tulang sejak tahun 2015. Tidak hanya itu, pelakon ini juga pernah mengalami koyakan otot, patah tulang selangka dan tulang belikat semasa penggambaran filem ‘Veteran’ dan ‘Tough as Iron’.
Tidak menyerah kepada takdir, Yoo Ah In berusaha untuk melawan penyakitnya itu dan mencapai kejayaan dengan projek-projek terkenal seperti ‘Hellbound’, ‘#Alive’, ‘Voice of Silence’, ‘Default’ dan ‘Chicago Typewriter’.
Park So Dam

Pelakon ini disahkan menghidap kanser tiroid pada 2021 dan selepas itu dia menghentikan semua aktivitinya untuk menjalani pembedahan mengikut prosedur perubatan. Pada awal tahun ini, Park So Dam membuat kemunculan semula ke layar perak dalam filem ‘Special Cargo’.
Kim Bum

Pada tahun 2018, King Kong Entertainment mengumumkan bahawa Kim Bum telah didiagnosis dengan egenerative arthritis – gangguan kronik yang melemahkan rawan dan tisu di sekeliling tulang dan sendi. Selebriti ini terpaksa menghentikan semua aktivitinya hampir dua tahun untuk menumpukan perhatian kepada rawatan dan menyertai perkhidmatan masyarakat.
Selepas itu, dia membuat kemunculan semula dalam siri projek Tale of The Nine Tailed, Law School dan yang terbaharu, Ghost Doctor.
Kim Woo Bin

Teman lelaki kepada pelakon wanita Shin Min Ah ini disahkan menghidap kanser nasopharyngeal dan berita tentang keadaannya yang tenat pada 2017 mengejutkan orang ramai. Pelakon ini kemudiannya berehat selama empat tahun dan apabila keadaannya semakin pulih, dia mula muncul dalam siri drama seperti ‘Alien’, ‘People’ dan ‘Our Blues’.
Jung Il Woo

Pada tahun 2006, Jung Il Woo mengalami kemalangan kereta yang serius yang memerlukannya dirawat selama 7 bulan. Dia mengalami patah tulang di pergelangan tangan, patah pelvis dan pendarahan dalaman di kepala.
Kemudian, Kemudian Jung Il Woo disahkan menghidap aneurisma otak. Seseorang yang menghidap penyakit ini terdedah kepada koma, strok dan komplikasi yang paling berbahaya boleh menjejaskan arteri serebrum dan menyebabkan kematian. Jung Il Woo melalui masa yang amat sukar, bergelut untuk melawan penyakitnya.
Pada 2019, dia kembali ke skrin dengan drama Haechi (2019), diikuti dengan ‘Sweet Munchies’ (2020) dan drama sejarah ‘Bossam: Steal the Fate’ pada 2021 bersama SNSD Yuri. Drama ini kesemuanya mendapat rating tinggi dan ulasan positif daripada penonton.
Begitulah kisah selebriti-selebriti Korea yang berperang dengan penyakit kronik tetapi tetap kuat semangat untuk kembali muncul di kaca televisyen. Semoga kisah mereka ini menjadi inspirasi buat semua individu yang sedang berusaha melawan penyakit mereka.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
#DoneClaim Mamamoo Live Di Singapura, Asal-Usul Baju Kebaya Pula Jadi Perdebatan

Aduh, kalau dah serumpun tu mestilah ada persamaan di antara negara-negara Nusantara.
Salah satu grup K-Pop yang pada hemat penulis berstatus underrated iaitu Mamamoo baru saja selesai menjayakan showcase Fan Meet di Singapura pada malam ini.
Bertempat di Zepp@Bigbox Singapura, acara berjudul [Hello! MooMoo] Asia Fan Meeting ini bukanlah calang-calang apabila harga tiket yang dijual boleh tahan juga mahalnya. Namun peminat tegar mereka nampaknya sanggup berbelanja dari SGD108 hingga SGD248 demi berjumpa dengan grup kegemaran mereka itu.
Itu bukanlah perdebatan utama. Peminat di Malaysia juga gembira apabila peminat di Singapura berpeluang untuk bertemu Mamamoo setelah grup itu pernah turun ke Kuala Lumpur sempena konsert Kwave 2 beberapa tahun lalu.
Namun, apa yang diperdebatkan adalah apabila Solar, Hwasa, Moonbyul dan Wheein menyarungkan baju Kebaya di atas pentas.
Cantik sungguh baju kebaya bunga tabur berwarna terang yang disarung mereka berempat. Yang tak berapa nak cantik adalah bila netizen membandingkan asal-usul kebaya.
Peminat dari Indonesia sudah tentu berkata kebaya asalnya dari negara itu #DoneClaim. Ada yang berkata Malaysia mempunyai versi kebayanya tersendiri seperti Kebaya Nyonya yang juga popular di Singapura. Peminat dari Brunei turut tak ketinggalan.
Ini adalah antara respon yang mendapat perhatian REMAJA.
Aduh, kalau dah nama serumpun tu, mestilah ada persamaan di antara negara-negara Nusantara guys.
Tak perlu rasanya nak berbalah atau #DoneClaim di ruang komen. Malaysians, we should take the high road dan tak perlu nak terasa triggered okay.
Apa-apapun, Mamamoo memang kelihatan cantik berkebaya! Lihat sajalah persembahan mereka di bawah [SWIPE LEFT]