Bukan semua orang tahu cara untuk menguruskan kereta, lebih-lebih lagi kaum perempuan. Nak tak nak, at least korang kena alert sikit tentang penjagaan kereta ini. Maklumlah, nak pakai lama kan.
Sebenarnya tak susah pun nak jaga kereta. Kalau cukup servis, insyaAllah semuanya baik-baik belaka. Tapi apa yang korang perlu servis? Dan macam mana kita nak tahu waktu bila nak hantar kereta pi servis?
Nah, berikut merupakan 15 panduan yang dikongsi oleh Izz di laman twitternya tentang info-info berguna kepada korang yang mungkin tak tahu macam mana nak servis kereta.
Minyak hitam yang bukan sintetik tu perlu ditukar setiap 5,000 km atau dalam tempoh tiga bulan. Kalau korang guna yang sintetik, mungkin dalam 7,500 km atau 10,000 km.
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa, 5,000 km. Minyak sintetik dalam 7,500 km hingga 10,000 km juga. Maksudnya, bila tukar minyak enjin , korang kena tukar juga filter
minyak tu sekali (oil filter).20,000 km mengikut schedule maintenance book. Tapi korang boleh pakai sampai 30k hingga 40,000 km, tak ada masalah. Benda ni tak kritikal sangat, tapi kalua dah lebih 40k tak tukar, dia punya electrode pun nak nipis, elok tukar saja. Harganya sekitar RM20-25 untuk empat biji.
18 bulan hingga 2 tahun, tepulang pada cara penggunaan. Kalau korang selalu top up air suling tu, ia boleh tahan sampai dua tahun. Bagi free maintenance battery tak perlu top up air, harganya lebih mahal.
Beli bateri daripada jenama yang boleh dipercayai sebab di Malaysia ni ada banyak barangan tiruan. Tapi ada juga jenama tak terkenal tapi elok. So, korang kena pandai pilih!
Timing belt ni ikut jenis kereta. 60,000 km untuk kereta Proton Wira, Saga. Proton Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Ramai orang tak tahu, sampai saja 60,000 km mereka terus tukar tak kiralah pakai kereta apa pun.
Clutch plate ni perkara subjektif. Kalua ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom ‘clutch slipping’ berlaku sewaktu pemanduan. Ini perkara yang susah nak terangkan sebab ada yang kata bila 100,000 km baru tukar clutch.
Tukar je bila dah sekitar 40,000 km sekali. Harganya pun murah dalam RM15-20.
Ditukar setiap 20,000 km, tapi kalua korang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup dibersihkan saja.
Minyak ni memang penting untuk korang yang pakai kereta auto. Kalau tak tukar lebih daripada 30,000 km boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan sekiranya berlaku, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.
Untuk korang yang pakai manual gearbox, kereta tak perlu pakai ATF, tetapi kena guna gear oil. Minyak ini boleh ditukar setiap 60,000 km.
Kalua rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
Sebotol RM15-20, tukarlah dalam 60,000 km sekali. Kalua air radiator korang warna clear je, maknanya pakai air paip biasa je tu. Pakai coolant enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih.
Belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt
. Kalau bahagian ribs dah ada crack-crack halus, maka eloklah korang tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.Ditukar bila korang menukar timing belt untuk kali kedua. Katakan tukar timing belt setiap 80,000 km, jadi apabila menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Tukar water pump kena buka timing belt, so kalau buat sekali tak ada extra labor charge.
Tukar bila haus atau rasa brek kurang mengigit. Biasanya kereta tiga hingga empat tahun sekali. Minyak brek pun sama.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dibuat dan kami harapkan semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua.