Isi Kandungan
ToggleTas tangan dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Sama ada ukuran besar atau kecil, masing-masing mempunyai pilihan sendiri mengikut keperluan yang dibawa.
Bagi anak muda, pastinya mereka gemarkan rekaan yang rare dan ‘cute’ seiring dengan usia mereka yang inginkan kelainan. Kebanyakan daripada masyarakat kita tidak mengira jenama dan harga beg tertentu, asalkan ianya cantik dan selesa dipakai.
Betul tak?
Ada pelbagai rekaan tas tangan dipasaran, namun apa yang menarik perhatian kami adalah koleksi tas tangan berunsurkan makanan yang dikongsi oleh Palewai Arfianto di laman Facebook.
Tidak pasti sama ada ianya adalah rekaan benar atau pun ‘suka-suka’, namun ia berjaya menarik perhatian netizen.
Jom kita lihat antara koleksi tas tangan yang rare berikut:
Mi segera
Set breakfast
Dessert
Western food pun ada..
Amacam, terliur tak? Bikin lapar saja kan. Hiks!
Kalau memang koleksi ini benar-benar wujud, korang sanggup ke nak pakai?
Sumber: Palewai Arfianto
“Jangan Tengok Drama Korea..” Mira Filzah Kongsi 6 Tip Untuk Calon SPM
Isi Kandungan
Toggle
Bagi peminat pelakon dan pengacara, Mira Filzah, selain daripada kecantikan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh selebriti itu, pastinya korang juga tertarik dengan kebijaksanaannya.
Pelajar jurusan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA ini pernah memperolehi pencapaian memberansangkan semasa zaman persekolahannya.
Sewaktu Mira melakukan kemunculan istimewa dalam sebuah seminar online bersama calon SPM tahun lalu, dia sempat kongsikan 6 tip kepada para calon agar sentiasa ‘study smart’.
01
Jangan Paksa Diri
“Jika tertekan, jangan paksa diri. Berehatlah seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji kena tenang. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.”
02
Jangan Tonton K-Drama
“Ketika otak tepu, seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada baca komen pelajar, kalau stres, tengok drama K-pop. Bagaimanapun, saya nasihatkan jangan. Nanti tengok sampai berjangkit banyak episod pula.”
03
Lelapkan Mata
“Kalau penat sangat, pejam mata sebelum masuk waktu Zohor. Elak tidur selepas waktu Asar, nanti otak dan badan lagi penat.”
04
Elakkan Telefon Bimbit
“Memang kita terbiasa memegang telefon bimbit dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam. Tapi buat masa ini, belajar jarakkan diri dengan dunia digital.”
05
Jangan Tinggal Solat
“Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain, berdoalah kepada Tuhan.”
06
Peluk Ibu Bapa
“Minta restu ibu bapa, doa mereka sangat mustajab. Jangan segan memeluk meeka walaupun untuk beberapa saat saja.”
*
Bagi REMAJA, tempoh persediaan dan peperiksaan untuk beberapa bulan ini memerlukan pengorbanan. Lupakan seketika telefon pintar semasa sedang menelaah. Namun, jangan lupa untuk membuatkan diri korang gembira dengan mencuri masa melakukan hobi.
Jika korang gemar bersukan, lakukannya sebentar di luar rumah. Jika gemar memasak, masaklah bersama keluarga. Dengan melakukan hobi walaupun sekejap, otak akan lebih mudah menerima ilmu tanpa tekanan yang terlalu tinggi.
All the best korang untuk SPM bermula esok, 2 Mac 2022!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kali Pertama Sambut Ramadan Dengan Haris, Neelofa Okay Saja Berpuasa Di KL
Pertemuan pihak media bersama selebriti yang hangat diperkatakan sejak majlis pernikahannya kepada penceramah bebas, Haris Ismail semalam di sebuah majlis pelancaran tidak dibazirkan begitu saja.
Pelbagai soalan yang terbuku di minda ramai orang cuba diajukan kepada Dewi Remaja 2009/2010 itu.
Namun, satu perkara yang menarik perhatian REMAJA adalah penjelasan Lofa berkenaan perancangannya sebelum menginjak masuk ke bulan Ramadan Al-Mubarak, minggu hadapan.
Seperti yang diketahui oleh peminat Lofa, dia skeluarga pernah beberapa kali menghabiskan masa di bulan Ramadan dengan mengunjungi kota suci Mekah dan mengambil keberkatan beribadah di sana.
Namun dek kerana pandemik COVID-19 yang masih melanda, tiada apa yang umat dunia dapat lakukan untuk berkunjung ke negara lain termasuklah ke kota suci.
Biarpun Lofa tidak menyentuh apakah bentuk perancangan yang ada di mindanya bagi Ramadan kali ini, dia menjelaskan ada sesuatu yang ingin sekali dilakukannya. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
Adakah dia mempunyai perancangan untuk berpuasa di lokasi selain Kuala Lumpur?
Sumber Foto: Instagram @neelofa
“Ada satu perancangan yang saya sedang lakukan sekarang. Tapi sekiranya tidak dapat ditunaikan, saya akan berpuasa di (Kuala Lumpur) bersama keluarga seperti biasalah,” katanya.
Menyentuh mengenai pengalaman sulung di bulan Ramadan bersama suami tercinta, Lofa mengakui teruja menantikannya.
“(Ia) sesuatu yang saya tertunggu-tunggulah, insyaAllah. Dipenuhi dengan program-program tersendiri. Saya (perbanyakkan masa) di rumah,” jelasnya secara ringkas.
Terdahulu, episod pernikahan Neelofa dan Haris tidak henti-henti diperkatakan apabila mereka didakwa melangsungkan majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tanpa mematuhi saranan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di kalangan tetamu.
ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Akan Terlepas Dari Tindakan Undang-Undang, Polis Siasat Majlis Neelofa & PU Riz – REMAJA
Tidak lama selepas itu, satu lagi kontroversi dikaitkan dengan pasangan itu apabila mereka didakwa menggunakan alasan tugasan bekerja dengan satu jenama minuman demi berkunjung ke Pulau Langkawi dan berbulan madu.
BACA LAGI : Ikon Wanita Kelantan, Neelofa Dinobat Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith – REMAJA
“Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023
Liku-liku perjalanan seorang anak seni bernama Qasrina Karim tidaklah pernah dihambat dengan dugaan keterlaluan jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan selebriti sebayanya.
Pada usia 26 tahun, Qasrina pada mulanya mengorak langkah selaku seorang model hijabi. Sepanjang enam tahun berkecimpung dalam bidang peragaan, halaman demi halaman majalah dihiasi dengan wajah Qasrina sebagai seorang ‘upcoming’ model. Pada ketika awal pembabitannya, si cantik manis ini masih bergelar seorang mahasiswi dan menjadi bidang ini sebagai pekerjaan sampingan sahaja.
Tahun demi tahun, keyakinan Qasrina beraksi di hadapan kamera mula diintai oleh beberapa jenama fesyen tempatan besar dan dari situlah, Qasrina disunting sebagai wajah utama jenama pakaian Muslimah, Alhumaira sehingga ke hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Manis & Punctual..” Qasrina Karim Tetap Jadi Duta Pilihan Tudung Alhumaira Masuk Tahun Ke-6 – REMAJA
Selang beberapa hari setelah Qasrina kembali di acara pelancaran koleksi hijab Alhumaira ‘Sally & Remy’ bersempena perayaan Aidilfitri 2023, REMAJA kembali menemui Qasrina di acara berlainan pula yang menamakan Qasrina sebagai wajah kempen Astro Ramadan Raya 2023 di samping Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Katanya, tempoh enam tahun lepas telah perlahan-lahan membuka ruang dan peluang buatnya untuk mengembangkan potensi sebagai personaliti awam. Namun, tahun 2023 diakuinya sebagai tahun pertama di mana dia mula menyaksikan satu-persatu pintu rezeki berpihak kepadanya sebagai seorang pelakon.
“Alhamdulillah, Qas sudah berada dalam industri ini termasuklah industri modelling memasuki enam tahun. Tapi tahun ini, Qas dapat lihat rezeki itu lebih banyak masuk. Dari segi lakonan dan modelling pun masih ada lagi.
“Jadi bagi saya, ini semua Alhamdulillah rezeki dan nampaklah.. rasalah (perubahan pada tahun ini). Amat bersyukur,” ulasnya.
REMAJA turut berkesempatan untuk menanyakan pandangan Qasrina mengenai perbandingan di antaranya dengan rakan pelakon gandingan dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer, Mira Filzah.
Tidak mudah melatah, Qasrina meletakkan soal perbandingan tersebut pada tangan penonton sendiri. Baginya, tetap wujud perbezaan di antara keperibadian dan pakej yang dipertaruhkan sebagai seorang pelakon berbanding Mira.
“Benda ni, dah lama pun saya dengar. Agak gementar juga bila hendak masuk set penggambaran drama dengan Mira, takut-takut dia rasa awkward (kerana mereka sering disamakan).
“Tapi beliau chill sahaja. It is okay, Qas memang dah dapat komen sebegini dari dulu lagi ketika mula bertapak. Iyalah, rupa itu ada (persamaan). Cara percakapan mungkin. Tetapi ini adalah diri saya, this is who I am. Qas pun look up to Mira, she is such a nice, nice person,” tambahnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang REMAJA bualkan dengan Qasrina Karim, klik link di bawah:
@remaja.my
♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio
@remaja.my Ini pandangan pelakon baharu #ImamInstantUstazScammer Qasrina Karim tentang gandingannya, #MiraFilzah 🌠🦋 #majalahremaja #remaja #remajanews #qasrinakarim #dramamelayu #dramamalaysia #trending #viral #fyp ♬ Aesthetic – Gaspar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.