Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini, sudah pasti setiap daripada kita perlu ad acara pengurusan wang yang baik.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergaji kecil dan yang baru saja menamatkan pelajaran. Dalam keadaan ekonomi sekarang, harap-harapnya tidak ada fresh graduate yang masih nak demand gaji tinggi.
Faham, sekarang ni semua pun pakai duit. Nak masuk toilet pun kena bayar 50 sen. Tapi, kalau korang memilih sangat, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sebenarnya, berapa jumlah gaji yang diterima bukanlah masalah utamanya, tapi bagaimana cara kita menguruskan kewangan itu lebih penting.
Sebagai seorang pelajar tahun akhir Universiti Malaya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Aidil Nor Adha berminat untuk berkongsi tip pengurusan wang khususnya untuk memberi kesedaran buat fresh graduate yang baru memulakan pekerjaan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.
1. Jangan terburu-buru beli rumah. Belajar ilmu hartanah dulu, baru beli rumah.
2. Sebelum korang menghalalkan tulang rusuk kiri korang, sila buat perancangan kewangan selepas kahwin. Duit rumah sewa, barang dapur, perabot rumah, duit untuk bakal anak korang. Semua perlu korang rancang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
3. Pastikan bayaran bulanan takaful/insurans tidak melebihi 10% daripada gaji korang.
4. Jika ingin melabur, sila letakkan 20% daripada gaji korang di tempat pelaburan yang selamat, terjamin, dan patuh syariah.
5. Pastikan hutang bulanan (komitmen) tidak melebihi daripada 60% gaji korang. Sekiranya hutang korang terlebih, status kewangan korang sedang berada di zon merah.
6. Kalau nak enjoy pada setiap bulan, pastikan ianya tidak melebihi 10% dari gaji korang. Kalau dah terlebih, kena sedar dirilah. Nanti kawan-kawan dah ada rumah sebiji tapi korang masih lagi hanyut ditelan ‘shopping mall’.
7. Kalau memasang impian untuk membeli kereta, korang kena buat kira-kira juga. Pastikan harga bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji korang.
8. Harga kereta yang korang layak beli ialah “darabkan gaji dengan 12”, baru korang akan dapat jawapannya. RM2500 x 12=30,000. Jadi, korang layak untuk membeli kereta bawah daripada RM30,000.
9. Jangan termakan dengan hasutan rakan sekerja yang berlumba-lumba nak beli kereta import. Biar nampak miskin, tetapi bijak menguruskan duit.
10. Jika korang mempunyai hutang PTPTN, sila segerakan bayaran tersebut. Bayaran hutang PTPTN yang cantik akan mencantikkan rekod CCRIS korang. Nanti nak buat loan dengan bank pun senang.
11. Jikalau CCRIS dah terjejas teruk, korang perlu membaiki rekod 12 bulan ke hadapan. Bank akan melihat rekod CCRIS pada 12 bulan ke belakang setiap kali korang memohon pembiayaan daripada bank.
12. Jangan beli rumah impian di usia muda, korang tak pasti lagi 10 tahun akan dating apa yang akan terjadi. Sabar dulu, cari rumah flat yang murah-murah.
13. Sila cari bakal kekasih yang memahami perancangan kewangan korang. Kalau si dia nak minta korang makan di tempat hipster setiap hari, ambil saja getah dan sila lastik di kepalanya supaya dia sedar. Haha!
14. Kalau dah terlanjur dalam melakukan dosa kewangan, korang hanya mempunyai dua jalan saja untuk memperbaikinya. Pertama, cari pendapatan tambahan. Kedua, turunkan gaya hidup korang.
15. Secara keseluruhannya, korang perlu memulakan perancangan seawal gaji pertama. Sekali dah tersilap langkah, siap sedialah untuk bankrap seawal usia muda.
“Pelabur akan jatuh cinta kepada bank kerana mereka akan menanggap bank sebagai kekasih duit mereka”.
“Bank akan jatuh cinta kepada pelebur kerana mereka menanggap pelebur akan sentiasa mendatangkan keuntungan kepada mereka.”
Ingat dua perkara ni!