
Dah viral di media sosial apabila gambar-gambar selebriti lelaki diedit bertukar menjadi seorang wanita di aplikasi Face App. Ramai yang terkejut melihat hasilnya kerana ada diantara mereka yang rupa-rupanya cantik bila menjadi perempuan. Hehe!
Rileks guys. Ini semua hanya suka-suka dan bukanlah nak menjadikan mereka perempuan pun kan?
Jom kita tengok macam mana agaknya bila selebriti lelaki ni kalau mereka jadi perempuan. Cantik ke tidak?
1. Syafiq Kyle

2. Zul Ariffin

3. Faizal Tahir

4. Aizat Amdan

5. Hael Hussaini

6. Izzue Islam

7. Zizan Razak

8. Remy Ishak

9. Shaheizy Sam

10. Syamsul Yusof

11. Ismail Izzani

12. Aliff Satar

13. Aiman Hakim

14. Fattah Amin

15. Henry Golding

Mana satu yang menawan hati uolls?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Hati Tengah Susah, Bacalah Doa Ringkas Ini!

Tidak selamanya kita akan berasa bahagia, punya banyak duit, sentiasa penuh dengan kasih sayang dan faktor-faktor penenang jiwa lain. Ada masa manusia akan diuji dengan seribu kepayahan dan kesulitan hingga tidak nampak jalan keluar.
Namun sehebat mana pun kita diuji tetapi masih ada jalan keluar yang diajar oleh agama Islam. Salah satu etika yang dianjurkan ialah berdoa, apatah lagi ketika itu kita berada dalam kesusahan.
Dalam buku Kumpulan Doa Berdasarkan Alquran dan Sunah karya Sa'id Ali bin Wahf al-Qahthoni, terdapat doa yang dianjurkan baca ketika kita ditimpa kesulitan. Doa ini bersumber dari hadis Rasulullah SAW.
Hadis tersebut berbunyi: اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
"Allahumma la sahla illa maa ja'altahu sahlan, wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlan,".
Ertinya: "Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau mudahkan. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakiNya,".
Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya. Doa ini boleh dibaca oleh seorang muslim saat ditimpa kesusahan. Sentiasa ingat dan jangan rasa khuatir kerana Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Jika masih di dalam kesulitan ucapkanlah,
"La Ilaha Illallahul Azhimul Halim, La Ilaha Illallahu Rabbul Arsyil Azhim, La Ilaha Illallahu Rabbus Samawati wa Rabbul Ardhi wa Rabbul Arsyil Karim
Ertinya, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Agung lagi Lemah-Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan Pemilik Arsy yang agung, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan pemilik langit dan bumi, dan pemilik Arsy yang mulia)."
Ingatlah, setiap kesusahan atau kesulitan ada jalan keluar dan mudah-mudahan ia membentuk peribadi kita untuk tunduk sebagai hambaNya, di dunia mahu pun di akhirat. Ingat, jangan mengadu pada manusia yang salah sebaliknya teruslah mengadu pada Allah SWT kerana dialah segala-galaNya yang mencipta langit dan bumi, gunung dan lautan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
13 Tempat Wajib Singgah Di Cameron Highland

Cameron Highland antara tempat percutian pilihan masyarakat Malaysia bila tiba musim cuti. Selain daripada cuacanya yang sangat menyenangkan, ada banyak tempat menarik yang wajib korang singgah kalau ke sana.
Maka tak hairanlah kalau kita selalu dengar berita yang Cameron Highland akan sesak walaupun pada hujung minggu biasa seperti hari ini..
Kalau korang ada plan ke sana, jom kami kongsikan antara 13 tempat wajib serbu di Cameron Highland.
1. Boh Tea Center

Terdapat dua lading teh Boh di Cameron Highland, iaitu Boh Tea Center Ringlet (Habu) dan Boh Tea Center Sungai Palas. Ladang tanaman yang luas menghijau dengan cuaca dingin membuatkan Boh Tea Center ini antara port lepak terbaik di Cameron Highland.
Waktu operasi: 8.30am – 4.30pm
2. Ladang Teh Cameron Valley/Bharat Tea

Lokasi yang strategik dan tidak tersorok seperti ladang teh Boh membuatkan tempat ini lebih mudah untuk dijumpai. Korang juga boleh shopping teh-teh keluaran Bharat Tea yang tak kurang sedapnya.
Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
3. Big Red Strawberry Farm

Ada macam-macam produk makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini. Antaranya adalah seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake dan banyak lagi. Semuanya memang sedap. Rugi kalau tak try!
4. Kebun strawberi

Ada banyak sebenarnya kebun strawberi yang korang boleh kunjungi untuk merasai sendiri pengalaman memetik strawberi di Cameron Highland, seperti:
a. KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata
b. EQ Strawberry Farm, Brinchang
c. Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang
d. Raju’s Hill Strawberry Farm
5. Cactus Valley Farm

Peminat tumbuhan kaktus mesti ‘gila’ kalau datang ke Cactus Valley Farm ni. Daripada sekecil-kecil saiz kaktus, sampailah yang paling besar pun ada.
Waktu operasi: 8.00am-6.00pm
6. Cameron Adventurous

Siapa kata datang Cameron Highland kena buat aktiviti petik strawberi je? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di ladang teh. Style gila kan? Dengan cuaca sejuk buat aktiviti ekstrem, confirm syok gila.
Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
7. Pasar Kea (Kea Farm)

Pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Bukan sayur je, pelbagai jenis bunga segar juga korang boleh dapatkan disini.
Waktu operasi: 8.30am – 6.00pm
8. Lavender Garden

Taman ini bukan hanya khusus untuk tuumbuhan lavender, malah ia juga menggabungkan dengan bunga-bungaan yang lain. Kalau nak try aiskrim warna ungu, disinilah tempatnya.
Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00pm), Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00 pm)
9. Avant Chocolate

Avant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995 lagi. Kalau korang suka dengan coklat, mesti akan rambang mata sebab ada macam-macam jenis coklat dekat sini. Aiskrim pun ada tau. Sedapnyaaa!
Waktu operasi: 9.00am – 6.30pm
10. Time Tunnel Museum

Kalau korang sejenis yang suka mengimbau masa-masa dulu, muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang mungkin korang pernah guna time kanak-kanak dulu. Barang pamerannya juga unik dan menarik.
Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
11. Nasi Lemak Sambal Strawberi

Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ni eh? Ha, korang kena la datang sendiri untuk mencuba menu viral ini di 200 Seeds Café. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak cari nasi lemak ni tau.
Waktu operasi: 8.00am – 8.00pm
12. Rose Centre

Arghh mesti tenang gila kalau dapat tengok kebun bunga depan mata kan? Ada lebih daripada 100 jenis bunga mawar, termasuklah yang berwarna hitam dan hijau.
Waktu operasi: 8.00am – 6.00pm
13. Air Terjun Robinson

Kalau nak kelainan daripada melawat ladang teh dan petik strawberi, korang boleh try aktiviti jungle trekking atau mandi manda di air terjun Robinson. Tapi tak tahu la macam mana sejuk airnya tu kan. Hiks!
*
So lets!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Pensyarah IRL, Dalam Filem Layla Majnun Pula Jadi Pelajar ” – Reza Rahadian

There is no man hotter than somebody who is intellectual and eager to learn, always.
Mungkin itulah deskripsi tepat bila ingin mengungkapkan siapakah diri sebenar Reza Rahadian.
Biarpun pelakon kacak dari Indonesia ini sememangnya sudah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri lakonan Nusantara, Reza berpendapat dirinya sentiasa ‘bernafsu’ untuk terus mengejar ilmu dalam kehidupan sebenarnya.
Justeru apabila nama Reza hangat diperkatakan beberapa minggu lalu setelah masyarakat Malaysia baru mendapat tahu dirinya telah bergelar seorang pensyarah di sebuah universiti di Indonesia, ramai yang terinspirasi oleh sosok pelakon yang bakal menemui penonton menerusi filem terbaru, Layla Majnun pada 11 Februari ini.

REMAJA berkesempatan untuk menemuramah Reza dalam satu sesi sidang media para pelakon Layla Majnun yang dikendalikan oleh platform penstriman, Netflix Malaysia dan bertanyakan mengenai tanggapannya terhadap kepentingan ilmu itu sendiri.
Dan apakah dia mendapat ilham dari pelajarnya sendiri semasa melakonkan watak Zamir, seorang pelajar Azerbaijan dalam filem tersebut?
“Saya sentiasa ingin ke kolej sejak masih kecil, tapi saya tidak berkesempatan melakukannya. Apabila saya mendapat peluang untuk mendalami watak Zamir sebagai seorang pelajar ini, saya terasa seperti inilah pengalaman yang belum lagi saya perolehi dalam hidup ini. Teringin sekali untuk saya ke kuliah.
“Jadi, saya gunakan peluang membintang Layla Majnun ini untuk mengembalikan impian saya bergelar seorang pelajar.

“Kalau nak diikutkan, karakter saya agak sama dengan Zamir di mana kami meminati sejarah di mana dalam filem ini, dia mendalami subjek tersebut.
“Tapi saya dan watak ini masih mempunyai perbezaan yang ketara. Dia adalah orang Azerbaijan, saya pula orang Indonesia. Selain itu, Zamir ini adalah insan yang begitu kental memperjuangkan cintanya sedangkan saya pula tidak seperti itu. (ketawa).”
Untuk pengetahuan, filem Layla Majnun merupakan pengalaman pertama Reza bergandingan dengan Acha Septriasa. Biarpun baru pertama kali berkerjasama, Reza merasa selesa sekali dengan produksi ini apabila mereka banyak membantunya mendalami watak sebagai Zamir.

“Pak Monty (pengarah Layla Majnun) membantu menyediakan seorang teman pelajar Azerbaijan yang mempelajari bahasa Indonesia. Ini agar saya mudah meniru dialek dan sebutan bahasa Azer yang mungkin saya salah.
“Dari situ dia melihat perwatakan dan cara interaksi mereka. Itu mungkin cabaran untuk saya apabila perlu membawakan watak lelaki Azerbaijan yang boleh berbahasa Indonesia.
“Selebihnya, saya serahkan kepada Pak Monty untuk menentukan sama ada apa yang saya berikan dalam babak-babak Layla Majnun itu mencapai keinginannya atau belum. Itulah yang membuatkan saya mudah bekerja dengan produksi ini,” jelasnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, Reza juga sempat berkongsi babak yang paling sukar untuk dia jayakan dalam filem ini.
“Ada satu babak di mana saya perlu berurusan dengan air yang hampir beku dalam musim sejuk. Tapi nasib baiklah kami ada pengarah, setiap kali saya sejuk saya akan memeluknya untuk hangatkan tubuh (ketawa). Apapun saya mempunyai banyak pengalaman manis sepanjang penggambaran Layla Majnun.”
Tak sabar rasanya untuk menonton Layla Majnun yang akan mula ditayangkkan di platform Netflix bermula 11 Februari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

