
Isi Kandungan
ToggleDah viral di media sosial apabila gambar-gambar selebriti diedit bertukar menjadi orang tua di aplikasi Face App.
Sebelum ini, ada juga yang terikut-ikut dengan trend gambar yang ditukar kepada berlainan jantina. Selebriti Malaysia turut tidak ketinggalan untuk mencuba. Ramai yang terkejut melihat hasilnya kerana ada diantara mereka yang rupa-rupanya cantik bila menjadi perempuan. Hehe!
Rileks guys. Ini semua hanya suka-suka dan bukanlah nak menjadikan mereka perempuan pun kan?
Jom kita tengok macam mana agaknya bila selebriti lelaki ni kalau mereka jadi perempuan. Cantik ke tidak?
1. Syafiq Kyle
2. Zul Ariffin
3. Faizal Tahir
4. Aizat Amdan
5. Hael Hussaini
6. Izzue Islam
7. Zizan Razak
8. Remy Ishak
9. Shaheizy Sam
10. Syamsul Yusof
11. Ismail Izzani
12. Aliff Satar
13. Aiman Hakim
14. Fattah Amin
15. Henry Golding
Mana satu yang menawan hati uolls?
Masya Allah! Tak Sangka Bunyi Mengiau Kucing Sebenarnya Bermaksud YA RAHIM @ Allah Maha Pengasih

Ramai yang tahu kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.
Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. (sumber Utusan Malaysia).
Namun tentu ramai yang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing?. Binatang manja ini selain mahu mencari perhatian, ia biasanya lapar atau ingin bermanja.
Baca perkongsian seperti disyerkan oleh Amyatz di laman fbnya. Tak sangka, maksud di sebalik mengiau kucing membawa maksud Ya Rahim atau Allah maha mengasihani.
Tahukah anda…?
Kucing merupakan makhluk yang berkat. Mengapa? Kisah ini dipetik daripada kisah Badiuzzaman Said Nursi; seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.
Terlintas di hatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain, makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.
Pada malam itu, Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir “YA RAHIM” berulang kali.
Pada awalnya beliau berkira ia hanya mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan. Kucing-kucing ini seperti sedang merayu kepada TuhanNya yang bersifat Ar-Rahim.

Allahuakbar. Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dengan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia. Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.
Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dengan makhluk sepertinya. Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.
Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Jadi kwn-kawan, sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya. Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita. Setidak- tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing, Allah SWT akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.
Hormat sapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing.
#PatutlahRezekiTidakPutus
Wallahu a’lam…
Khas Untuk Peminat K-Pop! SM Entertainment Bakal Berinovasi, Bina Hotel K-Pop!

Baru-baru ini, industri hiburan Korea Selatan tanpa henti menunjukkan kreativiti dan inovasi bagi menarik perhatian penggemar dan peminat muzik K-Pop utamanya.
Salah satu syarikat hiburan terkenal, SM Entertainment sekali lagi kembali dengan mencipta hal baru inovatif dan bakal memikat hati para peminat melalui kerjasama bersama syarikat Jinaem mengumumkan akan membina Hotel K-Pop yang dibangunkan khas untuk peminat K-Pop di seluruh dunia.
Kolaborasi ini rasmi diumumkan pada 29 Julai lalu ketika Jinaem dan Kreation Music Rights (KMR) yang merupakan anak syarikat kepada SM Entertainment menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membangunkan hotel residensi bagi peminat K-Pop, penulis lagu/lirik, penerbit lagu yang datang dari seluruh negara.
“Kolaborasi ini adalah contoh dari kesan hubungan baik antara investor dan syarikat yang menerima investasi. Selain itu, kami juga dapat mencipta ‘angin baru’ dari pembinaan Hotel K-Pop ini”
KMR juga akan turut menyediakan pelbagai bahan sokongan muzik dan penciptaan kandungan. Sementara itu, Jinaem yang merupakan syarikat baru dalam bidang gaya hidup dan kesihatan akan mengelola projek ini termasuk dari segi perancangan, operasi dan perkembangan dari masa ke semasa.
Mengikut perancangan awal, Hotel K-Pop ini akan dibina di bandar Seoul dengan kapasiti 20-30 buah bilik. Hotel ini juga dijangka akan menjadi pusat budaya bagi penggemar agar mereka dapat menikmati muzik dari pelbagai komposer KMR selain mendapat keistimewaan tambahan yang lain.
BACA: Kawan Sekolah Buka Cerita Lama, Ungkap Seungkwan Seventeen Pernah Bela Mangsa Buli
Dalam pada itu, menurut laporan Global Hallyu Status bagi tahun 2023. Jumlah penggemar budaya Hallyu secara global telah mencapai sehingga 225 juta pada Disember lalu dan ia menunjukkan peningkatan 24 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya sejak Korean Wave pertama mendapat sambutan pada tahun 2012.
Melalui pembinaan hotel ini juga, mereka berharap akan memberi suasana baru dalam industri K-Pop. Malah, para peminat juga dapat menikmati pengalaman muzik dan budaya K-Pop dengan lebih dekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Cara Bagaimana Anda Boleh Elak Jadi Mangsa Manipulasi Media Sosial

Isi Kandungan
ToggleSemua orang perlu akui terutamanya golongan remaja bahawa dunia sekarang sememangnya 360 darjah berputar pada dunia laman media sosial. Segala berita hangat, trend terkini, perkongsian tip atau rujukan tentang pelbagai perkara kehidupan harian dilakukan di laman media sosial.
Setiap ketika mata kita pasti akan menghadap skrin telefon pintar. Malah tidak keterlaluan untuk Remaja katakan bahawa purata setiap generasi muda memandang skrin telefon mereka ialah sekali seiap 10 minit.
Jadi amat penting untuk kamu sebagai warga muda untuk membataskan kebergantungan terhadap laman media sosial. Jangan sampai diri kamu dimanipulasi dengan mudah oleh perkara-perkara yang muncul di laman media.
Mungkin kamu berasa setiap perkara yang melintas di laman media sosial terutamanya Facebook merupakan perkara biasa. Tetapi tahukah kamu bahawa setiap posting di timeline kamu telah mengikuti algoritma mengikut kecenderungan apa yang kamu biasa minat dan terokai.
Bagaimana untuk elakkan diri kamu dimanipulasi laman media sosial? Jom ikuti beberapa tip daripada Remaja.
1. Kenal pasti kenapa kamu harus scroll newsfeed di laman media sosial
Seperti Remaja katakan di atas, tidak semua perkara yang ada di newsfeed merupakan sesuatu yang muncul secara bebas. Ia sebenarnya berada di situ mengikut kecenderungan kamu. Tetapi ia tidaklah bermakna kamu harus bersetuju dengan apa jua cadangan atau artikel yang muncul. Jika kamu tidak jelas bagaimana untuk mengetahuinya, maka kamu sendiri tidak mampu menghalang daripada dipengaruhi.
2. Bezakan antara kehidupan media sosial dan kehidupan sebenar
Guys, what happened in social media kadang-kadang patut dibiar di situ sahaja. Jangan terbawa-bawa ke dunia sebenar. Kita tidak tahu bagaimana kehidupan seseorang yang kita hanya kenali di media sosial. Tiada siapapun memiliki kehidupan sempurna, kena ingat tu.
3. Jangan follow kerana trend, tetapi follow kerana kamu suka
Bukan nak cakap orang lain, kadangkala penulis sendiri pun kadang-kadang akan ‘ter-follow‘ akaun yang sebenarnya tiada membawa sebarang faedah pun. Apatah lagi jika akauan yang kita follow banyak memberi pengaruh negatif contohnya menyebarkan gosip, bahan lucah dan macam-macam benda tak elok lagi.
4. Cuba berinteraksi dengan kawan-kawan dunia sebenar lebih kerap
Kini pelbagai kajian tentang hubungan sosial terkini mansuia telah dilakukan dengan munculnya bentuk komunikasi secara talian yang
kini menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lama-kelamaan kita boleh hilang pelbagai skil sosial yang hanya boleh dibentuk dengan hubungan dunia sebenar.
5. Bataskan waktu untuk kamu menggunakan telefon pintar
Dalam sehari, cuba bataskan diri kamu untuk tindak menggunakan telefon pintar selama satu atau dua jam. Cuba untuk offline dan nikmati hidup dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat sama ada bersendirian atau lebih afdal bersama kawan-kawan.
Ingat, jangan biarkan media sosial membentuk peribadi kamu. Gunakan laman media sosial dengan baik mungkin.