150 Selepas Tamat Perhambaan, PM Belanda Mohon Maaf Kepada Negara Bekas Tanah Jajahan

Share

Semua sedia maklum negara Belanda merupakan salah satu kuasa penjajah paling meluas dalam sejarah penjajahan dunia.

Selain negara seberang Indonesia, antara tanah jajahan Belanda yang lain melangkaui hingga ke India (1605-1825), Taiwan (1624-1662), Brazil (1630-1654), Vietnam (1936-1699), Afrika Selatan (1652-1797, kembali direbut daripada Inggeris pada 1806) dan Suriname (1668-1905).

Sepanjang tempoh penjajahan berkenaan, Belanda tidak terlepas daripada terbabit dalam menjalankan perhambaan selama 250 tahun di beberapa lokasi.

Kini selepas 150 tahun tamatnya perhambaan di tanah jajahan Suriname dekat Amerika Selatan, bahagian timur Indonesia dan di negara-negara kepulauan Carribean seperti Curacao dan Aruba, Belanda menerusi Perdana Menterinya secara rasmi telah membuat permohonan maaf bersejarah terhadap pembabitan itu,

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte. FOTO: Reuters via iNews

Mark Rutte dalam kenyataannya menyebut perhambaan oleh Belanda ini sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.

“Hari ini bagi pihak kerajaan Belanda, saya memohon maaf atas tindakan masa lalu negara Belanda.

“Negeri Belanda… memikul tanggungjawab atas penderitaan yang menimpa terhadap individu yang diperhambakan dan keturunan mereka.

“Kami, yang tinggal di sini dan pada masa sekarang, hanya boleh mengesahkan dan mengutuk perhambaan dalam istilah yang paling jelas sebagai jenayah terhadap kemanusiaan,” tambahnya,” ujarnya.

Antara wakil jemputan rasmi dari negara-negara bekas tanah jajahan Belanda. FOTO: Reuters via iNews

Permohonan maaf yang dibuat dalam bahasa Flemish atau bahasa Belanda itu kemudiannya diulangi beliau dalam bahasa Inggeris, bahasa Papiamento dan bahasa Sranan Tongo. Bahasa-bahasa ini digunakan di kepulauan Caribbean dan di Suriname.

Menurut laporan, Aruba telah menjadi bekas tanah jajahan Belanda yang pertama menerima permohonan maaf berkenaan. Namun, Perdana Menterinya Evelyn Wever-Croes mengesali kurangnya tindakan atau dialog kukuh oleh Belanda mengenai hal ini.

Apapun, kerajaan Belanda telah mengumumkan dana sebanyak 200 juta Euro atau kira-kira RM941.3 juta bagi inisiatif sosial di negara-negara bekas tanah jajahannya ini sebagai permulaan kepada hubungan diplomatik yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok Ikonik Melaka Berusia Lebih 1 Abad Tumbang, Ditanam Ketika Zaman Penjajahan British – REMAJA

BACA LAGI: Tiada Lagi Bukit St Paul, Lokasi Ikonik Di Melaka Kembali Dengan Nama Asal – REMAJA

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ