1,500 ekor ikan tropika daripada lebih 50 jenis spesis ‘terlepas’ dari sebuah akuarium gergasi di lobi hotel Radisson Blu, Berlin dilaporkan pecah sehinggakan hampir sejuta liter air membanjiri kawasan lobi hotel, perkarangan hotel serta melimpah ke jalan raya.
Tarikan yang dikenali sebagai AquaDom itu telah dibuka pada tahun 2004 dan telah beberapa kali menjalani proses penambah baikan.
Menurut laman sesawang Sea Life, AquaDom berdiri pada ketinggian 14 meter (kira-kira 46 kaki) dan diisytiharkan sebagai akuarium silinder terbesar di dunia. Ia juga dilengkapi lif berdinding jernih yang boleh dinaiki pelawat.
Sebagai perbandingan, akuarium silinder yang berada di dalam Aquaria KLCC dicatatkan pada ketinggian 20 kaki. Jadi, korang tentu boleh bayangkan betapa besarnya AquaDom.
Biarpun punca sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti oleh 100 anggota bomba di lokasi kejadian, siasatan awal mendapati insiden ini tidak berpunca daripada perbuatan vandalisma, cubaan memecah masuk atau serangan asing.
Sebaliknya, ia mungkin akibat berlakunya kerosakan ‘maritim luar biasa’.
Absolutely devastated to read about the #aquadom #radissonbluberlin 😭 I stayed there in 2017 & it was the most stunning sight. Those fish were really cared for. The divers went in & fed & cleaned them every day. Thinking of everyone affected. Hope some fish made it! 🙏🏻 #tragedy pic.twitter.com/VWUpuxN6DR
— Naomi A Austin SFHEA 🇬🇧➕🇪🇺 (@naomiaustin) December 16, 2022
🇩🇪🐠🐟The explosion of the Sea Life Aquarium in Berlin caused a wave of destruction. In the morning, a giant 14-meter aquarium burst in a luxury hotel in Berlin – the so-called “AquaDom”. The huge aquarium was home to over 1500 tropical fish of over 50 different species.
. pic.twitter.com/jwDtCPHKiR— J. Malkova🇷🇺♥️ (@CanadianKitty1) December 16, 2022
Akibat insiden ini, BBC melaporkan dua orang awam tercedera setelah terkena serpihan kaca daripada struktur akuarium yang pecah dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Serpihan kaca boleh dilihat bertaburan di bahagian luar hadapan bangunan sehinggakan jalan raya yang berada dalam keadaan banjir itu terpaksa ditutup.
Amat malang sekali bagi spesis ikan tropika yang nasibnya masih belum diperincikan dalam laporan pihak berkuasa.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang ciptaan akuarium beroda oleh seorang YouTuber untuk dibawa ke mana-mana sahaj termasuklah untuk bersiar-siar.
BACA LAGI: Ikan Peliharaan Pun Boleh Bersiar-Siar, Idea Inovasi YouTuber Cipta Akuarium Beroda – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee