Rasanya semua pengguna Apple sudah sedia maklum dengan iOS yang telah diperkatakan pada acara WWDC 2019 yang lepas.
iOS 13 dijangka akan dilepaskan kepada pengguna umum secara rasmi pada September tahun ini. Antara iPhone yang menyokong iOS 13 adalah seperti berikut:
• iPhone SE
• iPhone 6s, iPhone 6s Plus
• iPhone 7, iPhone 7 Plus
• iPhone 8, iPhone 8 Plus
• iPhone X
• iPhone Xr
• iPhone Xs, iPhone Xs Max
Terdapat beberapa fungsi baru yang menarik bagi korang yang akan mengupdate sistem iOS ini. Jom kita lihat antara yang menarik.
Sejak skandal data di Facebook yang membolehkan Cambridge Analytice mengakses sekitar 87 juta profil pengguna socmed tersebut, privasi pengguna mula dipandang serius oleh Apple. Fungsi Sign In With Apple dikatakan lebih selamat kerana data peribadi tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga.
Apple kini menjanjikan akan memberi dua kali ganda lebih pantas berbanding iOS 12, 30 peratus kelajuan Face ID dan muat turun aplikasi 60 peratus lebih rendah.
Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan fungsi dark mode pada iOS 13 dan iPadOS. Mod gelap akan dipapaparkan pada semua aplikasi dari Apple, termasuklah paparan lain seperti notifikasi dan lain-lain.
Jika sebelum ini ia dibahagikan kepada dua iaitu Find My iPhone dan Find My Friends, iOS telah menggabungkan kedua-dua aplikasi ini menjadi satu dan dikenali sebagai Find My.
Aplikasi ini berfungsi walaupun tiada sambungan internet selular atau WiFi. Kalau korang kehilangan peranti, korang boleh mengaktifkan fungsi Find My dan seterusnya ia akan memancarkan isyarat lokasi hanya menggunakan Bluetooth.
iPhone yang berhampiran akan mengesan isyarat peranti yang hilang dan menghantar isyarat lokasi kepada korang.
Apple telah memperkenalkan fungsi suntingan terbaru di aplikasi Photos. Korang kini boleh edit gambar dan video dengan setting dan filter yang sama. Ada banyak pilihan yang diperkenalkan, termasuklah video yang boleh rotate.
Dalam iOS 13, korang boleh mengawal arah sumber cahaya, dedahan, kekuatan kesan khas, sejauh mana kulit wajah dilembutkan dan macam-macam lagi. Gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dengan hanya menggunakan sebuah iPhone.
Siri tidak mahu ketinggalan jauh daripada Google Assistant kerana kedengaran seperti manusia sebenar. Pada waktu ini Siri masih kedengaran seperti robot dan ia akan menjalani penambaikan supaya turut kedengaran seperti manusia sebenar.
Kalau sebelum ni korang kena pergi ke setting terlebih dahulu untuk membuka WiFi dan Bluetooth, iOS 13 tak perlu lagi. Ia boleh dilakukan hanya dengan Control Center.
Korang boleh memindahkan fail dan data dari kad SD atau USB flash storage ke aplikasi files yang ada di iPad atau iPhone.
Menerusi iOS 13, iPhone dan iPad kini boleh disambungkan dengan alat kawalan permainan konsol DualShock 4 PS4 dan Xbox One S untuk korang bermain game.
Apple telah memberikan sokongan Dolby Atmos untuk kualiti audio yang lebih baik bagi memberi pengalaman menonton video, bermain game dan mendengar lagu.
Lepas ni bolehlah korang berkaraoke sebab aplikasi Music di iPhone atau iPad sudah menyediakan paparan selari dengan rentak lagu yang dimainkan. Dah tak payah nak google lirik lagi. Hiks!
Berfungsi seakan Swype untuk menaip tanpa jari diangkat dari skrin boleh dilakukan walaupun dengan hanya sebelah tangan. Ianya lebih mudah bagi mereka yang tidak suka menggunakan papan kekunci pihak ketiga pada iPhone.
Selepas iPhone X memperkenalkan Animoji, kini menerusi iOS 13 Apple memperkenalkan ciri seperti Animojo yang dikenali sebagai Memoji. Ada banyak pilihan aksesori telah ditambah bagi membolehkan penghasilan avatar 3D peribadi yang lebih realistik.
Apple Health kini boleh mengesan kitaran haid dan tempoh subur wanita. Pengguna wanita akan diberikan notifikasi bila waktu haid akan tiba. History kitaran haid juga boleh disimpan untuk melihat tahap kesuburan.
Fungsi terbaru “Look Around” diperkenalkan oleh aplikasi Maps untuk iOS 13. Ia membolehkan korang melihat paparan jalan yang ingin dituju seperti yang ada dalam aplikasi Google Street View.
Sumber: Amanz.my & theskop.com