
Isi Kandungan
ToggleBarisan selebriti biasanya mempunyai nama komersil yang digunakan sebagai pengenalan diri mereka dalam industri hiburan. Tidak kira di Malaysia atau pun luar negara, ramai selebriti yang menggunakan ‘stage name’ dan bukannya nama sebenar mereka.
Selebriti Korea tidak terlepas daripada menggunakan nama popular mereka dan mungkin ramai yang tidak tahu nama sebenar milik artis pujaan mereka ini.
Berikut kami senaraikan nama sebenar selebriti-selebriti Korea yang menjadi pujaan hati peminat.
1. Hyun Bin
Kim Tae Pyung

2. Jun Ji Hyun
Wang Ji Hyun

3. Gong Yoo
Gong Ji Cheol

4. IU
Lee Ji Eun

5. Park Seo Joon
Park Yong Gyu

6. Yoo Ah In
Uhm Hong Sik

7. Ha Ji Won
Jeon Hae Rim

8. Rain
Jung Ji Hoon

9. Shin Min Ah
Yang Min Ah

10. Kim Woo Bin
Kim Hyun Joong

11. Min Hyo Rin
Jung Eun Ran

12. Seo Kang Joon
Lee Seung Hwan

13. Cha Eun Woo
Lee Dong Min

14. Ji Soo
Kim Ji Soo

15. V BTS
Kim Tae Hyung

16. Rose Blackpink
Roseanne Park

Ada yang nama tak jauh beza, tapi ada juga yang jauh berbeza kan? Hiks!
Sumber: (1)
Park Hyung Sik Rampas Takhta Pelakon Korea Paling Mahal, Kedudukan Kim Soo Hyun Tergelincir Gara-Gara Kontroversi

Terbaru, pelakon dan penyanyi, Park Hyung Sik mencuri perhatian ramai apabila beliau kini rasmi menggantikan posisi pelakon sensasi, Kim Soo Hyun yang sedang berdepan dengan kontroversi panas melibatkan dirinya.
Menurut laporan media Korea, Hyung Sik dikatakan menerima bayaran sebanyak 500 juta Won untuk setiap episod bagi drama berjudul ‘Doctor Slump’.


BACA: Kontroversi Kim Soo Hyun Beri Dampak Negatif, Rancangan ‘Good Day’ G-Dragon Tak Laku
Drama itu mempunyai 16 episod dan jumlah gaji Hyung Sik dilaporkan hampir mencecah 8 billion Won kira-kira RM24.1 juta bagi watak yang dimainkan iaitu sebagai Yeo Jeong-woo.
Dalam pada itu, jumlah bayaran tersebut tidak termasuk dengan projek terbaru beliau iaitu drama 10 episod berjudul ‘Buried Hearts’ yang kini sedang ditayangkan.
Walau bagaimanapun, jumlah bayaran untuk projek itu masih dirahsiakan dan ramai pihak menjangka Hyung Sik bakal menerima pendapatan yang lebih tinggi daripada sebelum ini.
Sebelum ini, Kim Soo Hyun juga pernah menerima bayaran yang sama bagi drama popular ‘It’s Okay to Not Be Okay’ dan ‘One Ordinary Day’. Walau bagaimanapun, akibat dampak kontroversi peribadi yang melibatkan dirinya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada nama beliau sebagai bintang.

BACA: Kim Soo Hyun Berisiko Dibatalkan Dari Acara Besar Di Taiwan, Denda Mungkin Cecah RM4.5 Juta
Sementara itu, Park Hyung Sik kini terus menyinar dan usahanya dalam mengembangkan namanya mula menarik perhatian peminat bermula sejak beliau bersama kumpulan K-Pop, ZE:A, sehingga mampu menjadi pelakon utama menerusi drama terkenal seperti The Heirs, Strong Girl Bong-soon, dan Happiness.
Sekadar info, kerjaya Kim Soo Hyun tergugat selepas keluarga mendiang Kim Sae Ron mendakwa bahawa mereka pernah menjalin hubungan selama enam tahun, dari 19 November 2015 hingga 7 Julai 2021 namun pihak pengurusan, Gold Medalist tampil menafikan dakwaan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Tempat Bersejarah Di Asia Yang Korang Boleh Singgah Ketika Melancong

Isi Kandungan
ToggleTak ramai yang suka melawat ke tempat-tempat bersejarah ketika pergi melancong. Sesekali, apa kata korang luangkan masa untuk menikmati dan memahami antara peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di dunia sekeliling.
Tak perlu pergi jauh, di negara Asia kita juga terdapat banyak tinggalan sejarah yang boleh dilawati. Berikut merupakan 5 lokasi bersejarah di Asia yang menjadi tarikan para pelancong.
1. Wat Arun, Thailand
Bangunan ini merupakan salah satu daripada kuil tertua yang terdapat di Thailand. Kuil ini diberikan nama sempena Dewa Matahari, Aruna dan ia juga dikenali sebagai kuil fajar. Nama ini diberikan oleh Raja Taksin yang memerintah pada tahun 1768.
Beliau sampai di kuil ini ketika fajar menyingsing setelah berperang dengan kerajaan Burma. Ramai pengunjung lebih memilih waktu malam untuk mengunjungi kuil ini kerana ia lebih meriah dengan kerlipan cahaya yang menerangi segenap ruang dan lebih cantik untuk bergambar.
2. Masjid Sunan Ampel, Indonesia
Terletak di Surabaya, masjid ini dikatakan didirikan oleh Sunan Ampel yang merupakan salah satu wali songo yang berjasa menyebarkan agama Islam di tanah Jawa. Di dalam masjid ini juga terdapat makam wali-wali songo dan sekiranya korang berkunjung ke sana, akan ada yang menerangkan tentang sejarah dan mitos berkaitan dengan tempat bersejarah tersebut.
Selain itu, diperkarangan masjid juga terdapat pasar yang menjual pelbagai produk tempatan untuk dijadikan sebagai ole-ole.
3. Kellie’s Castle, Perak
Di Malaysia juga terdapat banyak tempat bersejarah yang mungkin korang pernah jejak lagi. Kalau ke Perak jangan lupa singgah ke Kellie’s Castle, iaitu sebuah bangunan yang dibina oleh seorang pengusaha lading dari Scotland, William Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan lambing cinta kepada isterinya.
Namun begitu, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan secara tiba-tiba kerana Kellie telah mati secara mengejut pada 1926. Walaupun tidak siap 100 peratus, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia termasuklah terowong bawah tanah.
4. Muzium Penjara Con Dao, Vietnam
Dibina pada tahun 1861 oleh kolonialis Perancis untuk memenjarakan para pemberontak ketika mereka memerintah. Penjara ini mempunyai 120 sel dan pernah diisi oleh 10,000 tahanan yang diseksa dengan cara sangat mengerikan oleh colonial Perancis.
Kompleks penjara ini ditutup oleh pemerintah Vietnam pada 1975 dan kini ia dilengkapi dengan mannequin para tahanan yang diseksa untuk dipertontonkan kepada orang awam.
5. Bukit Candu War Memorium, Singapura
Mungkin tidak ada yang terfikir bahawa Singapura sebagai tempat bersejarah yang boleh dilawati. Sebenarnya ada banyak tempat yang kamu boleh singgah jika ke negara ini. Bukit Candu War Memorium.
Saat berlakunya peperangan di era penjajahan Jepun, Leftenan Adnan Saidi telah kalah di bukit ini kerana jumlah anggota yang tidak mencukupi. Namun, beliau menolak untuk mundur dan berjuang hingga keakhirnya. Disebabkan peristiwa itu bukit ini menjadi antara lokasi bersejarah kunjungan pelancongan setiap hari.
Fazura Nekad Mahu Teruskan Proses Perceraian -“Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang memberi sokongan dan doa kepadanya dan juga puteri sulungnya, Fatima.
Menerusi sebuah kenyataan di Instagram, Fazura menzahirkan penghargaan dengan semua kata-kata semangat dan tanda kasih yang diterimanya selama ini.
BACA: “Masih Sayang…”Fattah Amin Ingin Selamatkan Rumah Tangga, Lafaz Talak Tidak Berlaku Hari Ini
“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon popular Pisau Cukur itu turut menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat pada 13 September lalu diambil setelah pertimbangan mendalam tentang masa depan mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” ujarnya lagi.
BACA: Kes Cerai: Fazura Tidak Pernah Keluarkan Kenyataan Fattah Amin Berlaku Curang – Peguam – REMAJA
Selain, Fazura nekad untuk meneruskan keputusan tersebut demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan anaknya.
Justeru, dia juga memohon doa agar proses yang akan datang berjalan lancar dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong mereka.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” coretnya panjang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat dan doakan yang terbaik buat usahawan tersebut.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
SUMBER: IG Nur Fazura
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.