
Isi Kandungan
ToggleRamai yang mengeluh bila badan mula naik, lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP yang banyak dihabiskan masa untuk duduk di rumah sahaja. Walaupun masih bekerja dari rumah, tetapi tidak banyak pergerakan yang dilakukan kerana lebih banyak masa duduk di satu tempat sahaja.
Oleh sebab itu, kita disarankan untuk melakukan sendiri workout di rumah bagi mengekalkan tahap kesihatan dan stamina yang memuaskan. Tak perlu nak berjogging di luar, duduk di rumah juga boleh kurus kalau korang konsisten melakukan aktiviti workout.
Antara bahagian badan yang mudah naik adalah perut dan pinggang. Jadi, berikut kami kongsikan antara 16 senaman yang korang boleh lakukan sendiri di rumah bagi tujuan mengecilkan perut dan pinggang.
1. Plank
2. Bicycle crunch
3. Flutter kicks
4. Glute bridge
5. Scissor kicks
6. Heel touches
7. Russian twist
8. Bicycle crunch
9. Mountain climber
10. Side plank (kiri)
11. Side plank (kanan)
12. Leg raise
13. Spiderman plank
14. Leg circles
15. Plank hip dip
16. Plank
Nak lagi mudah korang boleh rujuk dalam video di bawah.
Selamat bersenam!
Sumber: (1)
Negara Manakah Yang Berpuasa Selama 21 Jam? Jom Ketahui Tempoh Masa Puasa Seluruh Dunia

Salam Ramadan semua pembaca REMAJA yang dikasihi.
Hari ini bermulalah bulan penuh keberkatan di mana umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dan mengerjakan pelbagai ibadah.
Rata-rata umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa pada hari ini iaitu 17 Mei 2018. Akan tetapi terdapat juga beberapa buah negara yang menggunakan perkiraan astronomi bagi menentukan tarikh 1 Ramadan mula berpuasa pada semalam, 16 Mei seperti di Amerika Syarikat.
Setiap kali tiba bulan Ramadan ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimanakah umat Islam lain di seluruh dunia menjalani ibadah Rukun Islam ketiga ini.
Kalau di negara kita jangka masa umat Islam berpuasa ialah lebih kurang 13 hingga 14 jam. Dan negara yang tempoh berpuasanya sama seperti negara kita ialah Singapura, Indonesia, Brunei dan Afrika Selatan.
Bagaimana pula jangka masa atau tempoh waktu puasa yang perlu dijalani oleh umat Islam di negara-negara lain? Pertama sekali, perbezaan dari segi kedudukan geografi dan jarak kedudukan dari garis waktu memainkan peranan yang menjadikan tempoh puasa itu berbeza dari sebuah tempat dengan yang lain.
Negara manakah yang tempoh puasanya paling pendek?
Umat Islam yang menetap di negara Argentina dan New Zealand hanya puasa selama kira-kira 11 jam. Waktu Imsak di Argentina ialah pada jam 6.08 pagi dan mereka berbuka pada 5.56 petang. Di New Zealand pula waktu Imsak 5.44 pagi dan berbuka pada jam 5.05 petang.
Untuk umat Islam di negara-negara Arab seperti Kuwait, Qatar, Bahrain, Sudan dan lain-lain lagi, mereka berpuasa antara tempoh 14 hingga 16 jam.
Manakala negara yang berpuasa sehingga 17 jam pula ialah Syiria, Afghanistan, Palestin, Tunisia, Meisr dan Pakistan.
Akan tetapi tahukah korang bahawa terdapat beberapa buah negara yang pada waktu sekarang mempunyai tempoh siang yang sangat lama?
Bagi umat Islam di Iceland dan Norway, mereka menjalankan ibadah puasa selama antara 20 hingga 21 jam! Umat Islam di Iceland berpuasa dari jam 2.09 pagi dan berbuka pada jam 10.29 malam, manakala di Norway pula dari 1.56 pagi sehingga 11.47 malam.
Jadi bersyukurlah korang semua yang berpuasa di Malaysia. Sekurang-kurangnya tempoh masa puasa kita tidaklah lama seperti di beberapa buah negara Eropah.
Selamat berpuasa!
Black Friday, Hari Jualan Murah Besar-Besaran. Dari Mana Mulanya Istilah Ini?

Black Friday menyerang lagi? Rata-rata orang memperkatakan tentang Black Friday.
REMAJA perhatikan sudah banyak jenama tidak kiralah tempatan atau antarabangsa mula memperkenalkan jualan harga runtuh Black Friday kepada pelanggan mereka pada minggu ini. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Black Friday?

Untuk info, Black Friday adalah hari jualan murah besar-besaran yang biasanya diadakan selepas hari Thanksgiving, dan ianya disambut oleh rakyat negara Amerika. Tahun ini, Thanksgiving jatuh pada 25 November 2021, jadi bermaksud Blcak Friday ialah pada hari jumaat keeesokan hari nya.
Disebabkan itu juga tarikh sambutan Thanksgiving biasanya berbeza-beza setiap tahun.
Istilah Black Friday Mula Digunakan?
Menurut laporan History.com, penggunaan pertama istilah Black Friday bukanlah merujuk kepada pesta jualan murah. Ia telah mula direkodkan pada 1869 sebagai istilah kepada keruntuhan pasaran harga emas di Amerika Syarikat. Kemudian beralih kepada era 1950-an, istilah ini mula muncul kembali. Polis di Philadephia menggunakan ‘Black Friday’ untuk menggambarkan keadan kacau bilau yang berlaku selepas hari Thanksgiving.
Ini berlaku apabila pengguna dari kawasan luar bandar membanjiri kawasan bandar bersempena dengan perlawanan American Football antara Tentera Darat & Tentera Laut. Disebabkan kesesakan itu, polis terpaksa bekerjasa pada waktu yang lebih lama dan mengawal keselamatan. Kes kecurian juga meningkat, menambah lagi sakit kepala mereka.
Lama kelamaan istilah ini mula dieksploitasi oleh pemilik gedung jualan dan menukarkan konotasi negatif kepada sesuatu yang lebih baik. Mereka menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan ‘Black Friday’ bagi melakukan jualan harga runtuh kepada pelanggan. Malah pada hari ini, musim jualan ini diteruskan semalam beberapa hari sehinggalah pada hari Isnin, dikenali sebagai Cyber Monday.
Lagi satu teori menyatakan, seorang pengumpul setem edisi khas, Earl Apfelbaum adalah orang pertama yang menggunakan terma ini pada tahun 1966. Beliau menerangkan pada hari selepas Thanksgiving Day, akan berlaku kesesakan yang sangat teruk di bandar-bandar serta orang penuh di jalanan. Pastinya akan ada kemalangan dan kekecohan pada hari ini. Jadi beliau menggelarnya Black Friday.
Begitulah cerita disebalik Black Friday ini, dan di Malaysia pada hari ini, walaupun Black Friday sudah berlalu. Penulis lihat masih berlangsung promosi jualan di sekitar mall.
Selamat ber-shopping guys!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : History.com
Tengku Puteri Iman Afzan Berkenan Menjadi Penaung NCMW Malaysia.

Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan telah berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.
Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental ini dimulakan dek keperluan yang semakin meningkat bagi membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan mental khususnya ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Gabungan yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiative ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu rakyat dan individu yang terkesan kerana kesihatan mental.

.
Dalam satu kenyaatan media oleh RID3300, Tengku Puteri Iman Afzan yang bertindak sebagai penaung Diraja akan aktif mempromosikan kesihatan mental sekaligus pimpinan dan kebijaksanaan baginda memainkan peranan yang sangat penting bagi menggalakkan kesihatan mental.
Terdahulu pada September lalu, Tengku Puteri Iman Afzan merupakan penaung antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 dan pelantikan tersebut diakui oleh Pertubuhuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber: Berita Harian
Sumber gambar: Instagram Tengku Puteri Iman Afzan