Setelah beberapa minggu menjadi ‘lubuk’ kepada berita sensasi dan kontroversial, akhirnya program realiti Famili Duo tiba ke episod penghujungnya pada malam ini.
Menariknya, malam terakhir sebentar tadi telah berlangsung dengan penuh lancar tanpa sebarang komen dari pihak juri tetap, ‘Mummy’ Mas Idayu dan Ajai yang ‘merobek’ mood peserta. Malah empat pasangan yang bertanding juga tampil bersedia untuk memberikan saingan terbaik demi merebut hadiah wang tunai utama RM100,000.
Tumpuan tentunya terarah kepada pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman. Setelah keyakinan mereka tertunduk pada episod keenam dek komen ‘pedas’ yang diberikan oleh Mas Idayu, pada malam ini hanya pujian yang menanti kedua-dua persembahan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Raih Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Sissy Imann Bukan Calang-Calang. Muzik Dan Pelajaran Seiring – REMAJA
Tinta Mas Idayu, “Kalau tak suka, saya cakap tak suka. Bagi saya, vokal mereka (Naim dan Sissy) malam ini adalah vokal terbaik daripada keseluruhan persembahan yang pernah dilakukan. Ini ikhlas.
“Hanya satu minggu yang silapnya amat besar. Dan minggu-minggu lain itu mereka lupa yang mereka itu bagus sebenarnya.
“Sebelum ini, kamu berdua bagus dari awal minggu. Hanya minggu keenam sahaja dan sekarang, awak kembali dengan nyanyian bagus. Jadi semangat itu yang awak kena ada dalam pertandingan, ulasnya pada malam ini selepas persembahan pertama Naim dan Sissy.
Terdahulu, Mas Idayu menyuarakan pendapat mengenai respon balas rakan seindustri yang mengkritik cara penjuriannya.
Kata penyanyi berusia 51 tahun itu, sepanjang bergelar juri pertandingan realiti televisyen selama 16 tahun, beliau hanya fokus kepada komitmennya menerusi caranya yang tersendiri.
“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.
“Saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi. Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka,” katanya sewaktu temubual bersama MStar. Sambil itu, Mas Idaya berharap agar kritikannya diambil secara positif kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik dalam skop pertandingan seperti Famili Duo ini.
BACA LAGI: Enggan Layan Isu Rumah Tangga Orang, Janna Nick Lebih Teruja ‘Renovate’ Rumah Sendiri – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.