Hiburan

Penyanyi I love You 3000, Stephanie Poetri Umum Pertunangan Bersama Kekasih

Share

Penyanyi, Stephanie Poetri baru-baru ini berkongsi khabar gembira mengenai pertunangannya dengan kekasih yang berasal dari Amerika Syarikat bernama Asher Novkov-Bloom.

Melalui aplikasi Instagram, pelantun lagu I Love You 3000 itu memuat naik gambarnya bersama kekasih sambil memegang kucing dengan kapsyen, “kami sudah bertunang”.

Kredit: Instagram stephaniepoetri

“We got engaged! the cats approve… I think?” – Stephanie

Kredit: Instagram stephaniepoetri

Stephanie, 24 dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan juga beberapa rakan artis. Selain itu, kesederhanaan mereka ‘bertunang’ juga mendapat pujian orang ramai.

Sekadar info, Asher merupakan Personal Assistant dan Touring Assistant

kepada Stephanie. Mula berkenalan sejak November 2022 dan disebabkan Asher kerap menemani penyanyi itu dalam jadual sehariannya, mereka dikatakan terjebak dalam ‘cinta lokasi’.

Kredit: Instagram stephaniepoetri

Lagu I Love You 3000 yang didendangkan Stephanie mula mendapat perhatian selepas ia dilancarkan pada tahun 2019. Sejak itu, populariti Stephanie semakin meningkat dan kini dia lebih aktif memuat naik Vlog di Youtube. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN