Kita banyak membaca akhbar dan paparan di media sosial yang menyiarkan kisah wanita-wanita ditipu khususnya dari sindiket Love Scam membabitkan lelaki dari Afrika yang menawarkan cinta palsu kepada perempuan kesepian.
Paparan wajah kacak, ayat manis, mempunyai kerjaya hebat, kata nak beri hadiah mahal-mahal tetapi akhirnya menangis sendirian bila wang sudah lepas.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM telah menyenaraikan 17 cara untuk mengenali penipuan Love Scam. Sesuai dengan taglinenya BE SMART, DON’T BE A VICTIM OF CYBERCRIME, pihak polis menggariskan panduan mudah agar orang ramai tidak terpedaya.
So korang, kalau ada tanda-tanda ini pada lelaki yang dikenali, angkat saja kaki ya dan lari jauh-jauh. Jangan mudah terpedaya kerana ada kes dilaporkan bukan saja duit tetapi body pun boleh tergadai kerana janji manis lelaki Afrika ini.
Mengenali Penipu Dalam Love Scam
1) Menyamar dengan gambar-gambar lelaki kacak dari USA atau Benua Eropah dalam laman sosial.
2) Menyamar dengan gambar-gambar wanita yang seksi.
3) Seorang duda yang baru bercerai dan ingin mencari pasangan hidup.
4) Mempunyai darah kacukan, bapa berasal dari USA atau Eropah, manakala ibunya berasal dari Malaysia atau sebaliknya.
5) Mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya seperti ahli perniagaan, doktor, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.
6) Menyatakan bekas pelarian dari Negara Afrika dan mempunyai wang yang dibeberapa negara yang tidak dapat dikeluarkan.
7) Akaun penjenayah dalam laman sosial adalah mencurigakan dan palsu dimana gambar-gambar peribadi terlalu kurang (3 atau 5 gambar sahaja).
8) Mengambil masa yang lama untuk membalas mesej dalam email atau laman sosial yang lain.
9) Cuba mengelak komunikasi menggunakan webcam computer.
10) Panggilan manja dan romantik dalam masa yang singkat
11) Ada ayat-ayat cinta untuk memikat.
12) Menjanjikan perkahwinan.
13) Akan menghantar bungkusan yang berisi hadiah mewah.
14) Akan datang ke Malaysia untuk jumpa mangsa dan keluarga.
15) Menggunakan akaun pihak ketiga (milik warga tempatan).
16) Mangsa dikehendaki membayar bungkusan yang dihantar.
17) Meminta wang walaupun tidak pernah bertemu dengan mangsa.
Sumber :Jabatan Jenayah Komersial PDRM