
Isi Kandungan
ToggleMenghabiskan masa seharian di luar dengan kesibukan di tempat kerja atau aktiviti di kolej kadang kala menjadi kekangan buat korang untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat.
Nak ke gimnasium pula bukan calang-calang bayaran yang dikenakan. Sudahnya, bila berat badan mula naik dan baju-baju mula rasa sendat, menangislah korang sorang-sorang tepi bucu katil.
Nah, jangan risau. Apa yang Remaja nak kongsi kan ini adalah 17 jenis home workouts yang korang boleh buat sendiri bila pulang ke rumah. Simple dan mudah, senaman-senaman ini juga sesuai bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia kecergasan ni.
Jadi jom mulakan hari ini. Jangan tangguh-tangguh lagi.
1. Flutter Jump
2. Cross Jack
3. Frog Jump
4. Side Jump
5. Sumo Squat
6. Narrow Squat
7. Lunges
8. Lunges High Knee
9. Mountain Runner
10. Mountain Cross
11. Mountain Climbers
12. Race Block
13. Plank Jack
14. Push Up
15. Wide Push Up
16. Triangle Push Up
17. Staggered Push Up
Apa yang paling penting adalah formation yang betul dan lakukan dengan disiplin. InsyaAllah tahun baru 2020 nanti pasti badan korang lebih mantap. Hiks!
Bolehlah korang melaram baju kebaya kan?
Terima kasih: Coach Kholis
Instagram: escortgroupworkout
Cara Buat Link WhatsApp ‘Direct Message’, Baru La Senang Nak Berniaga Online

Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang menyebabkan hampir seluruh ekonomi dunia terkesan dan ramai individu yang hilang pekerjaan serta tidak mempunyai pendapatan bagi mereka yang berniaga sendiri.
Dalam usaha kita mencari wang yang halal dan mudah, ramai yang membuka bisnes secara online sama ada penjualan produk, menjadi ejen dan sebagainya.
Perniagaan atas talian ini juga memerlukan penggunaan aplikasi WhatsApp untuk memudahkan bisnes mereka.
Ramai yang kini menyebarkan info niaga mereka di laman sosial dan bagi memudahkan pelanggan untuk menghubungi lanjut peniaga tanpa perlu menyimpan nombor amatlah penting buat masa sekarang.
Kami kongsikan bagaimana cara untuk anda membuat link WhatsApp, yang mana cara ini anda pelanggan hanya perlu tekan link yang diberi tanpa perlu menyimpan nombor dan paling penting urusan sebegini amatlah menyenangkan.
Cara buat link WhatsApp untuk Direct Message
Kaedah pertama:
.
1. Salin dan tampal link dibawah dengan menukarkan nombor telefon yang anda guna:
http://www.wasap.my/60123456789
2. Pastikan kod nombor 6 perlu ada sekali.
3. Boleh tambah sedikit ayat di belakang nombor supaya kita boleh tahu dari mana orang yang mesej dapat nombor telefon kita.
4. Caranya, hanya perlu tambah ” /ordertudung ”
http://www.wasap.my/60123456789/ordertudung
5. Kemudian, bolehlah letak link yang dibuat tadi di mana-mana media sosial yang anda iklankan perniagaan.
6. Mereka yang tekan link tersebut akan terus direct begini:
Kaedah kedua:
Cara begini pula untuk anda yang tidak mahu mendedahkan nombor telefon anda. Anda boleh gunakan bitly.com iaitu laman web untuk singkatkan sesuatu link.
.
1. Salin link WhatsApp yang kita edit seperti kaedah pertama tadi dan tampal di ruang yang disediakan di laman web bitly.com
2. Kemudian, tekan butang ‘SHORTEN’ untuk dapatkan URL yang sudah disingkatkan.
3. Link baharu yang diberikan itu anda klik ‘COPY’. Seterusnya, bolehlah salin di mana-mana ruangan iklan media sosial anda.
Senang kan ?
Harap sedikit sebanyak dapat membantu korang yang baru memulakan perniagaan atas talian ini.
Selamat mencuba!
“Fans Christina Perri Mesti Suka!” – Kenali Penyanyi 21 Tahun NIKI Zefanya

Isi Kandungan
Toggle
Pergh! Bangga weh kalau disamakan dengan penyanyi A Thousand Years, Christina Perri.
Tetapi ini bukan Christina tau. Ini adalah penyanyi berusia 21 tahun dari Indonesia, Niki Zefanya yang baru muncul dengan single terbarunya, Lose, kelmarin.
Video muzik Lose kini mencatatkan lebih 800,000 tontonan di YouTube buat masa ini dan ramai tampil untuk memuji vokal serta kreativiti Niki.
Ada yang mengatakan Niki mengingatkan mereka kepada Christina Perri kerana suara dan melodi lagu Lose yang mirip lagu Christina yang diminati ramai. Bukan tiru ya, mirip.
Selain itu, ada yang menyamakan Niki dengan Bruno Mars (mungkin menerusi lagu Talking To The Moon yang mempunyai melodi mirip Lose). Ada juga yang menyamakan Niki dengan raja balada kini, Lewis Capaldi.
Haihh, banyak eh persamaan yang korang nampak! Hehe..
Anyway, siapa Niki ni sebenarnya?
01
Nicole Zefanya ataupun Niki dilahirkan pada 24 Januari 1999 di Indonesia dan berpindah ke Nashville, Amerika Syarikat untuk mengembangkan karier muziknya di sana pada tahun 2017. Selain itu, Niki juga melanjutkan pengajian di sana dalam jurusan seni muzik.
02
Pada tahun 2014, Niki pernah diberikan tanggung jawab untuk menjadi opening act kepada Taylor Swift semasa penyanyi itu berkunjung ke Jakarta bagi siri jelajah ‘The Red Tour’.
03
April tahun ini, Niki telah terpilih menyertai senarai paling berpengaruh ’30 Under 30 Asia 2020’ yang dikeluarkan oleh Forbes. Bukan calang-calang orang boleh terpilih!
Selain Niki, turut tercalon di situ ialah penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, kumpulan K-pop TWICE dan Park So Dam.
04
Setelah muncul dengan album mini berjudul Zephyr (2018) dan Wanna Take This Downtown? (2019), Niki lebih banyak terarah kepada genre RnB.
Namun menerusi album penuh berjudul Moonchild yang akan dikeluakan oleh Niki pada 10 September ini, dia lebih bebas berkarya.
Contohnya menerusi single Lose di atas, dia menghasilkan single balada yang jarang diilakukannya.
Menerusi Moonchild, sebanyak 10 buah lagu akan dimuatkan di dalamnya. Selain Lose, single lain yang telah dikeluarkan ialah Switchblade dan Selene. Kesemua lagu-lagu ini dihasilkan olehnya sendiri!
05
Walaupun kini sibuk menghasilkan lagu original sendiri, kadangkala Niki sempat untuk menghasilkan video-video nyanyian cover di akaun YouTube asingnya Mystle Lily.
Antara cover yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi adalah menerusi mashup Ariana Grande x Frank Ocean, Let It Go (James Bay) dan banyak lagi.
Menerusi bahagian komen di YouTube video muzik rasmi Niki, ramai yang mengakui dia merupakan seorang penulis lagu yang berbakat. “Setakat ini masih belum ada lagi lagu yang ‘tak sedap’ didengar,” kata salah seorang netizen.
Mungkin ia disebabkan rasa yakin Niki terhadap karyanya sendiri.
“Aku yakin apa pun selera muzik mereka, semua orang yang mendengarkan akan suka seenggaknya satu lagu dari album ini. Aku yakin banget,” katanya kepada portal Indonesia, kumparan.
Ramai sebenarnya bakat remaja kelahiran Indonesia yang muncul pada tahun ini walaupun dunia sedang berhadapan dengan musim kuarantin. Baca mengenai penyanyi yang menjadi punca kepada #LathiChallenge, Sara Fajira.
Siapakah Penyanyi Remaja Lagu Viral ‘Lathi’? Kenali 7 Perkara Tentang Sara Fajira
Gandingan 4 Gadis Remaja, Lagu ‘Raya Gen Z’ Curi Perhatian Ramai. Viral 1 Malaysia!

Isi Kandungan
ToggleGandingan empat gadis remaja iaitu Alyssa Dezek, Ara Aziz, Qadejah, dan Cik B dalam projek single Raya Gen Z telah berjaya menambat hati ramai, terutama dalam kalangan remaja seusia mereka.
Melodi yang catchy dan lirik yang mencuit hati berjaya menarik perhatian ramai di media sosial.
BACA LAGI: Cik B Selesa Berkawan Dengan ‘Geng Sekufu’, Kongsi Pengalaman Pahit Dikhianati Rakan
Single ini bermula daripada idea spontan ketika mereka sedang menjalani penggambaran program terbitan Astro, Gerak Geri Gen Z di Istanbul, Turkiye, tahun lalu.
Siapa sangka, sedutan daripada lagu ini kini menjadi viral di media sosial, digunakan sebagai muzik latar oleh ramai pelayar media sosial.
Walaupun ini adalah kali pertama mereka digandingkan bersama, empat remaja yang popular di media sosial ini cepat membentuk keserasian dan kini bergelar sahabat karib.
BACA LAGI: “Saya Rasa Tercabar, Tapi…” -Qadejah Bersaing Lagu Raya Dengan Aliff Syukri?
Alyssa Dezek, yang merupakan penyanyi dengan pengalaman luas, berkongsi bahawa proses rakaman lagu Raya Gen Z berjalan dengan lancar.
“Lagu ini sebenarnya dihasilkan untuk berseronok.
“Kami tidak masuk kelas vokal. Ibu saya bimbing kami bawa lagu ini dengan gaya santai dan menghiburkan,” katanya ketika sidang media pelancaran lagu itu baru-baru ini.
Qadejah, yang juga anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, mengakui bahawa dia tidak berbakat dalam bidang nyanyian, namun pengalaman menghasilkan lagu Raya Gen Z memberi pengalaman baharu yang tidak dijangka.
“Saya belajar banyak perkara dalam projek single ini. Kami tidak sangka single ‘Raya Gen Z’ tular.
“Kami terkejut kerana ramai pelayar gunakan lagu ini sebagai muzik latar, biarpun ketika itu, single ini belum dilancarkan secara rasmi,” katanya.
Cik B, yang turut menyumbang dalam bahagian rap lagu Raya Gen Z, berkata projek ini memberikan kenangan manis buatnya.
“Sekarang saya dapat kawan perempuan. Apabila tunjuk sifat kewanitaan, saya rasa sangat berbeza. Kami juga rapat hinggakan kumpulan WhatsApp tidak pernah ‘kering’.
“Ada sahaja perbualan antara kami setiap hari, tidak kisah topik apa sekalipun,” ujar anak kepada usahawan Datuk Seri Vida ini.
Ara Aziz, anak kepada pengarah tersohor Aziz M Osman, pula berkata dia sangat bersyukur kerana projek single ini mendapat sokongan padu daripada keluarga.
“Saya pernah terbabit dengan projek single sebelum ini, tetapi kali ini berbeza. Ibu adalah penerbit untuk lagu ini dan beliau pencetus idea.
“Ayah nasihatkan saya untuk teruskan sahaja dan abaikan mereka yang melempar kata buruk.
“Saya juga tidak mahu ambil peduli dengan sesiapa yang membenci,” kata Ara penuh bersemangat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.