Sebanyak 17 jalan utama di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan secara sementara bermula 15 hingga 17 April ini bagi memberi laluan kepada lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan memaklumkan bahawa penutupan akan dilakukan secara berperingkat dan melibatkan tempoh antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada pergerakan delegasi dari negara berkenaan.

BACA: The Original by Adidas: Gaya Throwback Tapi Tetap Onz, Ismail Izzani Jadi Wajah Utama!

17 Jalan Di Lembah Klang & Putrajaya Ditutup Sementara Sempena Lawatan Presiden China

Memetik laporan media tempatan, langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang lawatan berlangsung.

Ads

Antara laluan yang terlibat ialah Lebuhraya ELITE, MEX, SUKE, NPE, KESAS, dan Terowong SMART, selain beberapa jalan utama di Putrajaya seperti Persiaran Selatan dan Lebuh Gemilang. Beberapa jalan utama di pusat bandar Kuala Lumpur turut terlibat dalam penutupan ini.

Penutupan pada 15 April dijangka bermula seawal jam 6 petang, melibatkan laluan dari Lebuh KLIA ke Jalan P5, Putrajaya.

Ads

17 Jalan Di Lembah Klang & Putrajaya Ditutup Sementara Sempena Lawatan Presiden China

Pada 16 April, penutupan akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu sekitar jam 9.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 4.10 petang. Sementara itu, pada hari terakhir lawatan pada 17 April, laluan dari Putrajaya ke KLIA akan ditutup bermula jam 8.50 pagi.

Ads

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 378 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan untuk mengiringi pergerakan delegasi, mengawal lalu lintas serta memastikan keselamatan sepanjang tempoh lawatan.

JSPT turut menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesulitan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.  

SUMBER: Astro Awani

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI