Tak takut ke bila orang sekeliling nampak anda lebih tua daripada usia sebenar sedangkan anda masih lagi muda remaja? Tak takut ke bila orang sekeliling nampak anda lebih tua daripada usia sebenar sedangkan anda masih lagi muda remaja?
Kalau tengok hari ni, ramai wanita berusia lebih kelihatan muda dan bergetah daripada yang muda-muda ni. Tak kurang juga ada yang ‘melabur’ semata-mata untuk mendapatkan status awet muda.
Namun, tanpa sedar ada banyak perkara yang anda lakukan sebenarnya menggalakkan lagi penambahan usia.
Agaknya apa 10 perkara yang buat anda lebih cepat tua dari usia? Ikuti artikel ini.
1. Tidur dengan mekap
Memanglah orang puji bila pakai mekap, nampak cantik, tapi takkan tidur pun nak pakai make-up. Kesannya, kulit akan jadi kusam dan kering, lantas membuatkan wajah kelihatan tua daripada usia sebenar.
2. Tak makan sayur dan ulam-ulaman
Andai nak wajah cantik dan awet muda, tentu sayur hijau dan ulam-ulaman tak dapat dielakkan.
Ads
3. Kurang minum air putih dan bersenam
Minum lapan gelas sehari untuk memiliki kulit yang bercahaya, muda dan sihat. Sambil itu, lakukan senaman ringan terutamanya senaman leher.
4. Sembur banyak minyak wangi di leher
Alkohol dalam minyak wangi mengeringkan kulit. Apatah lagi jika kamu mempunyai kulit yang sensitif. Lepas ni cukuplah dengan hanya menyembur di pergelangan tangan.
5. Ikat rambut terlalu ketat
Ads
Bila terlalu kerat rambut jadi tidak sihat dan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak daripada kebiasaannya.
6. Berat badan yo-yo
Berat badan tak tetap atau berlebihan membuatkan leher menggeleber persis ayam Belanda. Maintain kurus kerana orang yang kurus kebiasaannya akan nampak lebih muda daripada usia.
7. Kerap sangat cuci muka
Ads
Geram tengok kondisi wajah berjerawat. Jadi, keraplah cuci muka. Kesannya, kulit jadi mengelupas dan merengsa sekali gus menjemput kulit yang berminyak dan pertumbuhan jerawat yang lebih kerap.
8. Makan tidak berpantang
Bila main belasah makanan berminyak atau berkafein, kesannya akan kelihatan pada kulit wajah kamu seperti jerawat dan lain-lain.
9. Aksesori sarat di leher
Kepada mereka yang suka pakai rantai di leher, lama-kelamaan ia akan membuatkan kulit leher meregang dan bergaris. Ubah pada aksesori gelang dan cincin pula untuk kekal bergaya.
10. Suka mengumpat, gosip, buka aib orang dan marah
Selain perkara lain, sikap negatif ini menyebabkan seri pada wajah anda hilang kerana faktor rohani. Jadi, elakkan dan hidup secara positif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut kajian terkini yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaya menerusi Malaysian Health and Adolescents Longitudinal Research Team study (MyHeARTs), 8 dari 10 Remaja Malaysia mengalami kekurangan Vitamin D.
Kajian tersebut dijalankan kepada 1361 pelajar berusia 13 tahun di 15 sekolah di Malaysia.
Hasil kajian tersebut juga mendapati empat kumpulan berisiko kekurangan Vitamin D yang terdiri dari kalangan remaja perempuan, remaja India, remaja yang tinggal di bandar dan remaja yang mengalami obesiti.
Sekalipun hal ini mungkin dipandang sepi oleh kebanyakan remaja yang belum tahu peri pentingnya kepentingan ini pada tubuh mereka faktanya mungkin boleh diambil peduli mulai hari ini.
Remaja menemubual Pakar Runding Diet, Jabatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Perubatan, Fakulti perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Hazreen Abdul Majid, yang juga merupakan felo penyelidik Harvard School of Public Health tentang kajian ini.
Menurut Prof Madya Dr Hazreen, remaja yang kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan mereka mengalami kurang kekuatan tulang yang akan menyebabkan kerapuhan. Jangka masa panjang akan menyebabkan osteoporosis sekiranya juga kurang pengambilan kalsium. Untuk kanak- kanak mungkin boleh menyebabkan rickets.
Ditanya tentang Malaysia sebagai sebuah negara mengalami iklim Khatulistiwa dan mengapa faktor ini terjadi, menurut Prof Madya Dr Hazreen, sekali pun negara ini mengalami iklim Khatulistiwa tetapi masa yang optimum untuk serapan vitamin D dari cahaya matahari iaitu dari jam 9 pagi hingga 2 petang, kebanyakkan golongan remaja kita berada dalam kelas atau bangunan. (sedang belajar di sekolah, kolej atau pun universiti)
“Pada masa ini, jarang kita dapat melakukan aktiviti fizikal disebabkan cuaca tetapi lebih elok sekiranya dapatkan pendedahan pada masa itu (sebelah pagi) melalui riadah walaupun di hujung minggu.
“Dari kajian lagi, makanan yang dimakan juga kurang kandungan vitamin D kerana ramai remaja kurang minum susu yang sememangnya kaya dengan vitamin D dan kalsium. Sumber lain yang kaya Vitamin D selalunya mengandungi gula yang tinggi,” katanya memaklumkan masalah kurang vitamin D adalah kerana kurang terdedah kepada matahari dan kurang pengambilan makanan yang kaya vitamin D.
Bagi mengatasi masalah ini, Prof Dr Hazreen mencadangkan agar golongan remaja melebihkan senaman sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari pada masa yang betul selain mengambil makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin terutamanya Vitamin D.
Ini fakta tentang Vitamin D yang harus difahami…
Apakah Kepentingan Vitamin D?
Vitamin D penting dalam membantu dalam regulasi kandungan kalsium dan fosfate di dalam tubuh badan anda. Nutrient ini di perlukan untuk tulang dan otot yang sihat.
Remaja yang sihat adalah yang pandai menggunakan masa dengan sebaiknya
Apakah Kesan Kekurangan Vitamin D
Selain dari dari masalah tulang (rickett di kalangan kanak kanak) dan (Osteomalacia di kalangan dewasa), kekurangan Vitamin D juga telah di kenal pasti menjadi penyebab kepada risiko penyakit penyakit lain seperti:
Penyakit Jantung
Penyakit Kencing Manis & darah tinggi
Kanser
Penyakit Autoimun
Masalah fungsi kognitif dan pelbagai masalah masalah lain.
CAHAYA MATAHARI Sumber Utama Vitamin D
Tahukah anda, sumber utama bagi Vitamin D adalah dari cahaya matahari. Cahaya matahari diperlukan oleh tubuh badan untuk memproses Vitamin D dari bawah kulit anda.
Cara yang paling EFEKTIF,EKONOMI dan SIHAT untuk meningkatkan paras Vitamin D adalah dengan meningkatkan aktiviti di luar kelas.
Pelajar sekolah digalakkan untuk melakukan aktiviti di luar kelas semasa tempoh optimum iaitu pada 10 pagi ke 2 tengahari.
Tempoh masa yang di perlukan hanyalah 6-8 minit.
Bersukan aktiviti terbaik mendedahkan diri kepada cahaya matahari terutama di pagi hari
Matahari membekalkan vitamin D dan individu hanya perlu berada di luar rumah sekurangnya 6-8 minit setiap hari
Aktiviti ini bukan sahaja mampu meningkatkan paras Vitamin D dengan berkesan malah mungkin mampu membantu menangani masalah obesiti serta masalah mental di kalangan pelajar.
Kebiasaanya negara yang tidak mendapat sinaran cahaya matahari seperti negara hemisfera utara lebih berisiko untuk mendapat masalah ini. Masalah ini TIDAK sewajarnya terjadi bagi penduduk di sebuah negara yang menerima sinaran cahaya matahari intensif selama 7-8 jam setiap hari sepanjang tahun.
Sumber Vitamin D dari Makanan
Selain itu Vitamin D juga boleh di perolehi dari sumber makanan. Namun kandungannya terhad dan tidak sebanyak dari cahaya matahari.
Produk tenusu
Ikan Salmon, Sardin, Herring dan Mackerel
Daging
Hati
Kuning Telur
Makanan ini baik untuk sumber tenaga
Bukan sahaja di kalangan remaja,menurut kajian di Malaysia, paras Vitamin D juga di dapati RENDAH di kalangan
35% pelajar berusia 7-12 tahun kekurangan Vitamin D ( 2008)
47·5% pelajar berusia 8- 12 tahun kekurangan Vitamin D (2013)
73.3% wanita berusia 50-65 tahun kekurangan vitamin D (2004)
Aktif berpersatuan juga mampu memberikan kesihatan terbaik untuk golongan remaja
Kesimpulan dan saranan
Vitamin D merupakan nutrient penting untuk kesihatan.
Aktif dengan aktiviti di luar merupakan langkah paling berkesan untuk memperoleh kesihatan yang unggul dengan mengekalkan paras Vitamin D.
Lihat ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dulu lagi, masyarakat Melayu telah menyarungkan Sari dan Lenhga ke majlis bertunang, malam berinai sehinggalah pada hari perkahwinan. Malah ada juga yang menyarungnya ke majlis makan malam.
Tema Bollywood memang sering menjadi pilihan. Tengok saja gaya selebriti yang pernah #OOTD dalam persalinan ini. Memang cun habis.
1. Fazura
2. Erra Fazira
3. Datuk Seri Siti Nurhaliza
4. Rozita Che Wan
5. Zahida Rafik
6. Ziana Zain
7. Fasha Sandha
8. Awal Ashaari & Scha Al Yahya
9. Ayu Raudhah
10. Elfira Loy
11. Datin Paduka Eina Azman
12. Marsha Milan
13. Mira Filzah
14. Neelofa
Cantikkan! Seharusnya kita sebagai masyarakat berbilang bangsa menghargai dan menghormati budaya masing-masing. Apa salahnya sekiranya kita menyarungkan pakaian tradisi rakan kita yang berlainan bangsa.
Mereka juga turut menjamah makanan bangsa kita kan. Kita semua merupakan rakyat Malaysia, lebih manis untuk kita saling berkongsi dalam hal sebegini.
Bercakap tentang tema pakaian Bollywood, korang ingat lagi kisah kain Sari untuk bridesmaids Elfira Loy dulu?
Terbaru, penyanyi dan anggota kumpulan AESPA, Karina membuat satu kenyataan mengejutkan apabila dia mengatakan bahawa dia secara peribadi ingin menjalankan kehidupan dengan wajah berbeza dan kurang memahami mengapa ramai yang memuji dirinya cantik.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube KBS Kpop dibawah rancangan berjudul ‘Lee Mujin Service’ episod ke-137, pengacara bertanya jika Karina atau nama sebenar Yu Ji Min (24) berpuas hati atau bersyukur dengan bentuk wajahnya selama ini.
Walau bagaimanapun, ketua kumpulan AESPA itu berkata dia kurang menyukai bentuk wajahnya namun bersyukur bila ada yang mengatakan dia cantik.
“Saya rasa wajah saya berpolar. Tapi saya bersyukur apabila orang kata saya cantik, tetapi secara jujurnya, kadang-kadang saya tidak begitu faham kenapa mereka cakap sedemikian”
Ujar penyanyi yang digelar sebagai wanita ‘AI-Goddess’ itu lagi, dia mempunyai bentuk muka tajam dan kadang kala tertanya bagaimana rasa jika mempunyai bentuk wajah yang lebih lembut dan bulat.
“Wajah kegemaran saya adalah seperti senior Shin Min Ah, Shin Se Kyung, dan Jun Ji Hyun!,” jelas pelantun lagu Drama, Supernova dan Armageddon itu.
Selain dari itu, Karina juga menambah bahawa dia cukup menyukai wajah manis dan lembut pelakon Park Bo Young serta mengaku bahawa dia ingin cuba merasai perasaan memiliki bentuk wajah sedemikian sekurangnya sekali seumur hidup.
Sekadar info, Karina AESPA baru sahaja melancarkan lagu single terbarunya secara rasmi berjudul ‘Up’. Sebelum ini, lagu tersebut hanya dinyanyikan secara tidak rasmi, namun selepas beberapa bulan diatas permintaan peminat, ‘Up’ telah dimuat naik dan meraih perhatian di semua platform penstriman muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai mengimpikan pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan selepas menamatkan pengajian. Namun hakikatnya, perjalanan menuju kerjaya idaman tidak selalu mudah.
Begitulah kisah yang dilalui oleh Muhammad...