
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya mengucapkan syukur apabila pihak kerajaan telah pun membenarkan untuk menjalankan acara perkahwinan tetapi masih perlu diikuti dengan SOP yang betul.
Ramai pasangan yang bakal mengakhiri zaman bujang selepas tempoh PKP ini, jadi kami nak kongsikan dengan korang antara idea-idea yang boleh diambil bagi melengkapkan hiasan dulang hantaran nanti.
Dulang hantaran merupakan antara perkara utama yang perlu diambil kira kerana biar pun tiada majlis kenduri besar-besaran dijalankan, namun hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan tetap ada.
Untuk mengikuti trend terkini, berikut merupakan idea bagi dulang hantaran ‘tertutup’ yang korang boleh jadikan rujukan.
Koleksi foto ini diambil melalui laman Facebook.
Check this out!
Serius bagi kami dengan cara hantaran ‘tertutup’ ni kelihatan lebih eksklusif dan bukan hanya itu, setidak-tidaknya nanti tidak ada ‘makcik bawang’ yang sibuk nak memperkatakan tentang barangan yang korang berikan kepada bakal suami atau isteri. Hiks!
Simple tapi menarik, why not kan?
Sumber: Rizal Hakimm
“Cantik! Ingatkan Foreigner..” Peminat Kirim Ucapan Tahniah Usai Usop Tamat Zaman Bujang

Dengan sekali lafaz sahaja, naib juara program Big Stage 2020; Muhammad Saiful Naim bin Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Usop telah menamatkan zaman bujangnya hari ini bersama pasangan pilihan, Nur Fatihah Md Hashim, 25 pada hari ini.
Majlis akad nikah yang dilangsungkan secara ringkas di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di Penaga, Pulau Pinang telah berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin dan dilangsungkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth iaitu Ustaz Haji Harun Idris.

Pihak pengantin lelaki telah menghulurkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang tangan serta tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang dari pihak pengantin perempuan.
Khabarnya juga, majlis resepsi pihak Nur Fatihah bakal diadakan pada malam ini. Manakala majlis resepsi pihak Usop pula dijadualkan berlangsung pada 13 Februari ini di Kulim Kedah.

Menariknya, tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati warganet memuji kejelitaan pasangan Usop ini yang cukup terserlah.
ARTIKEL BERKAITAN : Usop Mula Berani Upload Foto Girlfriend, Amboi Cantik Betul! – REMAJA
Tidak ketinggalan juga ada yang terkejut apabila mendapat tahu Nur Fatihah berasal dari Malaysia. Disebabkan rupa parasnya yang menyerupai wanita berdarah kacukan, ada yang menyangka Usop telah memilih pasangan warga asing.

Untuk pengetahuan, Nur Fatihah yang mesra dengan panggilan Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sambil itu, Teha turut menjalankan pekerjaan sampingan iaitu dengan meniaga barangan kosmetik.
Usop dalam pada itu memohon agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan segala kebaikan kepada mereka sebagai pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” ujarnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada pasangan ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
9 Hint Lelaki Sayang Pada Pasangan, Tapi Masih Ramai Perempuan Tak Faham

Isi Kandungan
ToggleRamai perempuan yang menjalinkan hubungan cinta masih ragu tentang perasaan pasangan terhadap mereka. Kalau si bf tak cakap ‘I Love You’ setiap hari, mulalah timbul rasa curiga dan fikir yang bukan-bukan.
Sebenarnya, tak perlu pun nak tunggu lelaki tu cakap ‘I Love You’ baru nak percaya yang dia sayang sangat dengan korang. Ada banyak hint yang sepatutnya korang faham-faham sendiri.
Ini antara beberapa perkara yang sering dilakukan oleh lelaki tanda dia sayang kan perempuan tapi masih ramai perempuan yang tidak faham.
1. Buat perempuan ketawa
Kalau lelaki tu sentiasa membuat hati korang senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius dengan korang. Lelaki jenis ini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali bersama dengan orang tersayang.
2. Suka mengusik
Lelaki kalau dah suka perempuan tu, dia memang suka sangat nak mengusik. Tapi dalam masa yang sama, dia tetap menjaga perasaan dan sentiasa caring terhadap perempuan tersebut.
3. Kerap whatsapp/reply laju
Kalau dah suka kan, mesti la sentiasa menghubungi korang. Lagi satu, ingat senang ke nak jumpa lelaki yang rajin nak melayan whatsapp ni? Kalau mereka reply laju-laju tu kira korang dah untung sangat la.
4. Tak control perempuan
Dalam perhubungan cinta, lelaki sejati tidak akan control perempuan. Bukan bermakna tidak mahu ambil tahu tapi lelaki itu hanya nak perempuan berasa selesa ketika bersamanya. Biar tak rasa seperti terikat.
5. Menangis depan perempuan
Tak ada lelaki yang akan menangis pada seorang perempuan melainkan dia betul-betul sayang dengan perempuan tu. Kalau dah nangis depan korang tu maknanya dia sangat mempercayai dan selesa dengan korang.
6. Tak nak hubungan tergesa-gesa
Kalau lelaki betul-betul sayang dengan seorang perempuan, dia tak mahu cepatkan hubungan itu. Maksudnya, dalam bab kahwin dia tidak akan terburu-buru kerana nak tunggu betul-betul stabil dan cukup duit untuk menyara isterinya nanti.
7. Lembut hati
Kalau dulu korang mengenalinya sebagai seorang yang keras kepala, dengan tak semena-menanya dia boleh menjadi seorang yang lembut hati dan boleh bertolak ansur dalam banyak perkara. Ini juga salah satu tanda yang dia sayang dan sanggup beralah dengan orang yang dia sayang.
8. Jadi budak-budak
Lelaki kalau dah perangai macam budak-budak yang tiba-tiba nak bermanja dan kadang-kadang suka merajuk, itu tandanya dia mahu kan perhatian korang. Kalau dia merajuk sesekali tu, pujuk je la. Tapi kalau dah merajuk mengalahkan perempuan, tak payah layan ok? Haha!
9. Membebel
Jangan korang anggap lelaki tu kuat membebel setiap kali dia menegur dan marah tentang perkara-perkara yang padanya tidak elok. Dia hanya sekadar menasihati dan mengingatkan orang yang disayangi agar hubungan yang dijalinkan berjalan lancar tanpa masalah.
Jadi lepas ni jangan la gaduh lagi tentang isu-isu seperti sayang ke tak. Makna sayang tu luas. Tak semestinya diungkap dengan kata-kata.
Point-point ini kami dapatkan sendiri daripada hasil tinjauan beberapa orang lelaki tentang perasaan sebenar mereka.
So, korang boleh la check sama ada ciri-ciri yang dinyatakan ini ada atau tidak pada bf korang.
Perkahwinan Dua Bulan Berakhir, Nynaa Harizal Failkan Penceraian

Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.

“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya – REMAJA
BACA LAGI : Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat – REMAJA
Kita doakan yang baik-baik sajalah untuk mereka berdua dan usah menokok tambah sebarang info yang tidak sahih.