Lebih 4000 Wannable sekali lagi berhimpun menyaksikan satu lagi momen bersejarah. Kalau dahulu, 11 lelaki beraksi di pentas Axiata Arena ketika World Tour Wanna One, kali ini Ong Seong Wu hanya beraksi solo membuat persembahan. Ia bukanlah konsert, tapi ia merupakan Fan Meeting yang dianjurkan oleh Hatchery bersama syarikat yang menjaga Ong Seong Wu, Fantagio.
Ong Seong Wu memulakan persembahan hangat dengan tarian dan nyanyian lagu berjudul Pressure dari Bruno Mars dan disudahi juga dengan lagu That’s What I Like dari penyanyi yang sama. Salah satu lagu tersebut merupakan lagu taruhan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya ketika bertanding dalam rancangan realiti TV Produce 101 Season 2.
Fan Meeting yang berdurasi selama 2 jam itu padat dengan pelbagai segmen antaranya Ong talk di mana Ong Seong Wu perlu menjawab dan melayan kerenah peminat dalam aplikasi chat room yang diberi nama Ong Talk.
The Claw Game dimana Seong Wu perlu bermain sehingga dia mendapat patung untuk dihadiahkan kepada peminat bertuah, Sing a Malaysian Song yang membuatkan peminat cair mendengar suara lunak bekas ahli Wanna One ini menyanyikan lagu kanak-kanak rakyat Malaysia dan banyak lagi. Lagi menarik apabila di pengakhiran Fan Meeting, 4000 peminat berpeluang Hi-touch dengan Ong Seong Wu. WAHHH BESTNYA!
Apa-apa pun REMAJA berbesar hati dapat melihat funny side of Ong Seong Wu depan-depan. So who’s next?