Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.
Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataannya berkata, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang dan melayakkan diri ke peringkat akhir mewakili daerah Beijing selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.
“Usul ‘Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?’ membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.
“Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekaligus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini,” katanya.
Pertandingan terbabit berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.
Mengulas lanjut, EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan penuntut Malaysia.
“Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.
“Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini,” katanya.
Sumber :- BERITA HARIAN
Wanita Sarat Mengandung & Suami Maut Dirempuh Myvi
Al-Fatihah dengan bacaan untuk pasangan suami isteri, Nur Ain Kamarulzaman, 25 dan suaminya Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang maut dirempuh sebuah Myvi.
Dalam kejadian pagi tadi, Nur Ain yang hamil tujuh bersama bayi dalam kandungannya dan suami, maut dalam keadaan menyayat hati selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah, hari ini.
Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Nur Ain Kamarulzaman, 25, membonceng motosikal ditunggangi suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, sebelum kenderaan mereka dirempuh kereta Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Gadek ke Pulau Sebang, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.
"Siasatan mendapati suami isteri itu dalam perjalanan dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan.
"Pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan hingga menyebabkan kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa," katanya.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Katanya, jenazah mangsa yang bekerja sebagai tukang masak dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala Nur Ain dibawa ke Hospital Tampin kerana parah di kepala dan badan.
"Bagaimanapun, Nur Ain dan kandungannya disahkan meninggal ketika dirawat di hospital itu pada 12 tengah hari.
"Kandungan masih belum dikenal pasti jantinanya itu adalah anak pertama pasangan terbabit dan Mohd Hairawi beralamat di Jalan Klinik Kesihatan Guchil Luar, Kuala Krai, Kelantan manakala Nur Ain berasal dari Taman Rakyat," katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber : HARIAN METRO
Doktor Kongsi Tanda-Tanda Akhir Individu Nazak @ Hampiri Sakaratulmaut Dari Sudut Sains
Bila menyebut seorang dalam keadaan nazak, ini bermakna setiap ahli keluarga perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk suatu kehilangan yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Berita kematian ini adakalanya amat sukar diterima khususnya pada kematian secara mengejut.
Namun bagi mereka yang terlantar sakit dalam tempoh agak lama dan sukar untuk sembuh, dapat dilihat perubahan demi perubahan di mana akhirnya pesakit akan berada dalam keadaan nazak.
Perkongsian dari seorang doktor, Dr Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim di Bayan Lepas, Pulau Pinang mengenai tanda-tanda nazak menurut sains dengan islam amat berguna untuk kita fahami supaya kita boleh bersedia menghadapinya.
Baca perkongsiannya:
Ilmu yang PATUT anda fahami. "Tahukah Apa tanda-tanda nazak menurut SAINS dengan ISLAM?"
A. Doktor hurai cara detail saintifik tanda-tanda penting untk doktor/anda tahu/faham ketika menjaga pesakit yang kita sayangi sebelum dijemput Illahi supaya kita dapat pelajaran daripadanya. Tiap-tiap tanda ni tak sama bagi setiap insan. Ia sebagai panduan sahaja untuk sahabat-sahabat doktor.
Doktor & anda semua geng doktor tahu saat kematian telah ditentukan oleh Allah. Tak dapat ditunda atau dipercepatkan. Hanya doktor dan anda tak tahu bila waktunya.
Pastinya semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasainya mati.
Doktor di sini ingin share sikit ilmu dengan geng doktor apa yang terjadi dalam bentuk sains ketika NAZAK yang dapat kita kongsi sebagai penngetahuan bersama.
B. Apa tanda-tanda sakaratulmaut/nazak kita dah hampir
1. Dalam Sains
Kita akan mula-mula sekali HILANG SELERA MAKAN. Tahu tak, sistem organ kita yang pertama yang "menutup" tugasannya adalah sistem pencernaan bila nazak kita dah hampir.
Pencernaan banyak sekali mengguna tenaga kerana banyak kerja usus kena proses makanan kita tiap hari. Dalam beberapa minggu terakhir kita, sebenarnya usus tak perlu memproses makanan kerana tak diperlukan badan kita lagi untuk membina sel baru sebab kita dah nak tinggalkan alam ni.
Hilang selera makan & minum. Perut mula kembung. Tenaga kita menurun mendadak. Kelemahan fizikal amat ketara. Kita akan banyak TIDUR daripada terjaga kerana keletihan. Najis makin tiada sebab kurang makan & minum. Ini permudah orang yang urus mayat doktor/anda ketika mandikan mayat nanti & tak payah tekan-tekan perut kita untuk keluarkan najis kita.
Kalaulah anda sekarang hilang selera hari ini, anda nazak ke? Hihihi.
Nota:
Manusia memerlukan makanan & air untuk terus hidup. Sekurang-kurangnyanya 60% badan orang dewasa terdiri dari air. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama tiga minggu tapi boleh bertahan selama 3-4 hari tanpa air.
2. Pernafasan cetek & tak teratur
Ketika saat kematian semakin hampir, pernafasan orang yang doktor/anda sayangi menjadi perlahan & tak teratur. Mungkin berhenti & kemudian bermula semula atau berhenti yang panjang di antara nafas pendek. Ia dikenali sebagai pernafasan Cheyne-Stokes. Ia bertahan untuk waktu yang singkat atau lama sebelum pernafasan akhirnya berhenti.
3 Blood pressure anda menurun & denyutan jantung/heart rate makin pantas tapi selepas tu makin lemah & perlahan
Doktor nak khabarkan bahawa bila pesakit menghampiri kematian, jantung tak dapat mengepam secara normal, tekanan darah rendah & darah beredar dengan teramat kurang ke seluruh badan. Dengutan jantung makin perlahan & susah didengar. Akhirnya di ECG tiada lagi impulse. ECG mendatar. Mati le kita.
4. Keluaran volume & warna kencing berubah
Fungsi ginjal secara beransur-ansur berhenti menghasilkan air kencing ketika kematian semakin hampir. Air kencing anda akan menjadi coklat gelap pekat atau merah tua. Juga, jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang berkurangan sehingga terhenti di hujung hayat.
5. Perubahan physikal
a. Kelihatan edema/pembengkakan tangkungan cecair pada tangan, kaki, punggung & paru-paru bagi orang yang hampir mati atau BED RIDDEN kerana kekurangan zat makanan protein. Orang uzur hanya makan air & nasi moi/bubur atau makan minum yang tak berzat atau berprotein.
b. Tangan & kaki sejuk & pinkish atau kebiruan atau pucat sebab kurang darah & oksigen ke seluruh badan, maka tubuh badan jadi SAKIT. Seluruh kulit berbintik sebab yang sama.
c. Kekeliruan mental atau delirium/nyanyuk sebab kurang darah & oksigen ke otak. Suhu badan tak terkawal sebab otak mula tak berfungsi maka kulit mereka sejuk, hangat, lembap, atau pucat tak tentu masa.
d. Mata mereka akan sering terbuka & tak berkelip
e. "Hidung Jatuh" (bahasa kampung ni). Sebenarnya dalam sains, ketika nazak darah & oksigen amat kurang dari jantung ke seluruh tubuh. Hujung hidung hanya daripada kulit & isi je tapi batang hidung daripada kulit, isi & RAWAN/CARTILAGE yang lebih keras. Maka hujung hidung terkulai, penyet, "jatuh" kerana tiada darah & oksigen. Sebenarnya lubang hidung jadi menyempit atas sebab ni.
C. Organ kita yang mana akan DIMATIKAN dulu & yang terakhir bila kita MATI?
Wahai sahabat-sahabat doktor, mayat secara keseluruhan mungkin mati, tapi bahagian-bahagian tertentu di dalamnya masih HIDUP.
1. Otak adalah organ pertama yang mula-mula rosak & organ-organ lain mengikutinya. Sebab sel otak & saraf memerlukan bekalan oksigen yang berterusan ketika kita hidup & akan mati dalam beberapa minit, setelah doktor/anda berhenti bernafas.
2.Yang seterusnya mati adalah jantung, diikuti oleh hati, kemudian ginjal & pancreas yang dapat bertahan sekitar 1 jam.
D. Rahsia terakhir yang doktor nak share, yang harus anda SIMPAN & GUNAKAN ketika orang dikasihi berada di penghujung kematiannya /sakaratulmaut
1. Tahu tak anda, deria kelaparan adalah yang pertama akan hilang ketika nak mati. Kemudian deria dahaga hilang. Dituruti deria cakapan hilang & seterusnya diikuti dengan hilang penglihatan. Indera terakhir untuk pergi kembali kepada Allah adalah SENTUHAN/ SENSORI SAKIT & PENDENGARAN.
2. Maka nasihat doktor
a. Memang kita, rasa TERAMAT SAKIT ketika terakhir kita hembus nafas terakhir. Di saat roh telah dicabut daripada jasad dari kaki ke lutut ke perut dan ke halkum akan melalui saat sakaratulmaut & mengalami kesakitan yang amat sangat.
b.Dalam ilmu ni bahawa PENDENGARAN dianggap sebgai pengertian terakhir dalam proses kematian, jadi jangan sekali-kali menganggap orang tu tak dapat mendengar anda ketika nazak. Terbaik ajar si nazak MENGUCAP di telinganya nama ALLAH atau syahadah di telinganya sebelum nyawa keluar daripada badannya.
Oleh tu, doktor/anda sebaiknya mengajar orang yang kita sayangi yang hampir meninggal dunia dengan kalimah suci "Laa Ilaaha Illallah" ketika sekaratulmaut kerana ia masih DENGAR kata-kata anda. Allahualam.
Doakan selalu untuk ibu bapa & insan tersayang yang dah dijemput kembali kepada Allah Sang Pencipta kita. Doktor & anda akan menyusul atpi tahu tak kita. Bila giliran kita pula?
‘Ya Allah tolong sudahkanlah kehidupan kami ini dengan husnul khatimah dan jangan sekali-kali matikan kami di dalam ini dalam keadaan suul khatimah.’
Jadikan KACANG GAJUS Snek Sihat, Ini Senarai Khasiatnya!
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus. Kacang ini sering dijadikan makanan snek ringan atau kudapan tak kira waktu.
Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.
Jom ikuti lanjut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
INI KHASIAT KACANG GAJUS
Antaranya khasiat kacang gajus ialah :
1. Kesihatan otot dan saraf
Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.
Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
2. Mengurangkan risiko diabetes
Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi
Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.
4. Meningkatkan sistem imun
Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad
BACA LAGI : Adele Dedah Alami Anxiety Akibat Penceraian, Rutin Workout Bantu Kesihatan Mental – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.