2 Buah Pulau Indonesia Lenyap Ditenggelami Air, Apa Nasib Pulau Kita?

Share

Semuanya gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu..

 

Amaran kawasan darat bumi bakal ditenggelami air pada masa akan datang bukanlah satu perkara yang baru.

Ramai pakar yang telah meramalkannya untuk berlaku apabila paras laut sedunia menunjukkan peningkatan konsisten pada setiap tahun.

Namun apabila ia berlaku di rantau Nusantara kita sendiri, ramai yang terkejut dengan peningkatan drastik itu.

Siapa sangka, 2 buah pulau kecil di Indonesia telahpun dilaporkan lenyap oleh rakan media di sana akibat kenaikan paras laut.

Dua buah pulau tersebut disahkan sebabai Pulau Betet di Sumatera dan Pulau Gundul di Jawa. Masing-masing kini berada di bawah semeter dan tiga meter dari paras laut!

Walaupun kedua-duanya tidak dihuni penduduk ketika ia berlaku, namun satu ketika dahulu ia berpenghuni. Apabila mereka menerima amaran, kesemuanya berpindah keluar dan ternyata, sangkaan itu benar.

Imej Google Earth Pulau Betet.
Imej Google Earth Pulau Gundul.

Terkini, sekiranya tidak sebarang usaha dilakukan bagi menangani isu iklim ini, mereka menjangkakakn terdapat empat lagi pulau kecil lain yang akan menerima nasib sama seperti Pulau Betet dan Pulau Gundul.

Ini kerana paras air di sana ketika ini berada pada paras kurang daripada empat meter.

Empat pulau itu termasuklah Pulau Burung, Pulau Kalong, Pulau Salah Namo dan Pulau Kramat.

Pulau Burung.

*

Pada tahun lalu, kerajaan Indonesia telah mengumumkan pemindahan ibu negara pemerintahan Indonesia dari Jakarta ke pulau Kalimantan dalam tempoh beberapa tahun.

Ini berikutan amaran peningkatan paras air laut berdekatan Jakarta yang akan mengakibatkan banjir teruk dan mungkin sekali risiko ibu negara tenggelam.

Di Malaysia buat masa ini, masih belum ada ura-ura pulau yang tenggelam sepenuhnya. Namun isu hakisan kawasan persisiran pantai kini semakin kritikal.

Jika tak berhati-hati, tak mustahil Malaysia juga akan menjadi mangsa..

Published by
FZ