Tiada antara kita mahu diuji sebegini berat apa tah lagi ia melibatkan ujian kehilangan harta benda dalam jumlah yang agak banyak. Namun dugaan dihadapi oleh seorang wanita dalam perkongsiannya di fbnya, Miza Mohamad pasti membuatkan kita memahami perasaan dialaminya kala ini.
Ini kerana selepas dua bulan stranded di kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beliau antara yang terkandas di kampung selepas mengambil anaknya, bila pulang ke rumah selepas membuat permohonan lintas negeri, sesuatu yang mengejutkan, rumahnya menjadi lintang pukang akibat disamun.
Menyedihkan banyak barang-barang berharga miliknya hilang. Malah kata Miza di fbnya, perompak yang menyamun rumahnya siap manggakan kembali pintunya dan buka api, seolah-olah ada tuan rumah duduk di dalam sedangkan rumah sudah habis diselongkar dan barang-barang dilarikan. Beliau sudah pun membuat laporan polis berkaitan hal ini.
Ads
Rumah ditinggalkan dalam keadaan berselerak hinggakan anak bertanya kenapa Mama tak kemas baju.Penyamun melakukan kerja berulang-ulang kali berdasarkan siasatana awal pihak polis
Dalam perkongsiannya, Miza berkata, rumahnya sudah lama kena aim. PKP dekat 2 bulan di kampung, memang raya dorang kat sini. Mesin basuh pun kena sapu. Paling terkilan barang kemas hadiah kahwin. 3 urat semuanya. Gelang satu tu putus, sebab itu tak pakai. Habis kena selongkar kain baju semua.
Tong gas pun dorang rembat. Coway lagi. Balik rumah dengan penat jem, Allah uji kami dengan ni. Meraung dekat situ terus.
Ads
Anak-anak tanya kenapa mama tak lipat baju, tak kemas rumah. Allah, aku mampu nangis je masa tu. Terkilan dengan jiran jiran yang pintunya hanya sedepa dari aku, tak dengar pape langsung. Polis cakap bukan sekali dia masuk, banyak kali duk punggah barang-barang.
Ads
Aku tak tahu nak cakap ape. Tv, PS4, iron steam, tong gas, mesin basuh, barang emas 3 urat, jam gGShock, jam guess, penapis air coway. Semua licin.. 😭
.
Nk buat susu ank pun tak boleh. Ya Allah kenapa manusia jahat sangat. Apa dosa kami diuji begini. Kami tak kuat, bukan setahun dua kumpul nak beli semua tu. Sekelip mata orang ambik. Aku tak kuat. Aku balik sebelum PKP. Stranded kat situ. Dah tak yah gaduh-gaduh kat sini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingat lagi tak kisah seorang jururawat dari Hospital Langkawi yang dimarahi oleh seorang lelaki yang meninggikan suara yang mendakwa hospital tersebut memberi layanan kurang memuaskan terhadap isterinya yang datang ke hospital untuk memeriksa kandungan yang berusia 37 minggu minggu lalu.
Sekalipun “dimarahi” sebegitu rupa tetapi jururawat ini dengan separuh dari badannya dari celah pintu telah memaklumkan ayat sebegini kepada lelaki yang memarahinya.
“Apabila kita di layan begini, siapa tidak kecil hati. Encik kuasa lelaki dan encik meningggikan suara pada saya. Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik”
Ternyata tindakan menularkan video itu mengundang padah kerana Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah melalui Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato’ Norhizan Ismail telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai insiden tersebut. Beliau turut memberitahu bahawa satu laporan polis turut dibuat terhadap lelaki tersebut kerana telah membuat rakaman tanpa kebenaran di kawasan larangan.
Kes ini menjadi tular seterusnya satu laporan polis dibuat
Kata Dato Norhizan, pihak JKN Kedah memandang serius tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki tersebut dan satu siasatan menyeluruh telah diadakan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang berlaku. Menurut kejadian, lelaki tersebut bersama-sama dengan isterinya yang hamil 37 minggu hadir ke Hospital Langkawi pada pukul 2.20 pagi pada 31 Mac untuk membuat pemeriksaan kerana mendakwa mengalami kesakitan seperti ingin bersalin.
Jururawat yang bertugas telah memeriksa wanita tersebut termasuk menjalankan beberapa siri ujian antaranya ujian air kencing dan cardiotocography (CTG) dan mendapati bahawa ia bukan kes kecemasan. Bagaimanapun, wanita tersebut perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan atas beberapa faktor.
Namun begitu, Pegawai Perubatan dan Pakar Pebidanan dan Sakit Puan yang bertugas pada waktu tersebut secara atas panggilan (on-call) ketika itu berada di Dewan Pembedahan kerana mengendalikan satu kes kecemasan membabitkan kesn ibu bersalin yang mengalami pertumpahan darah dan memerlukan pembedahan segera dan hanya selesai pada pukul 4.52 pagi.
Oleh itu beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan mengambil gambar atau video di premis Kementerian Kesihatan tanpa kebenaran adalah dilarang. Larangan ini juga termasuk kepada tindakan terhadap anggota kesihatan, sama ada kekerasan fizikal, lisan atau bertulis termasuk di media sosial. Pihaknya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut di bawah Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Laporan polis telah dibuat pada 31 Mac lalu.
Mungkin kerana kurangnya pengetahuan tidak boleh memuat naik gambar di hospital selain telah menularkan video berkenaan, kes ini kini menjadi kes polis.
Tapi apa yang bestnya, di sebalik penularan video ini, semalam akak jururawat ini telah diraikan penuh beradab oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sekaligus meletakkan dirinya adalah “SIMBOL KEMENANGAN MORAL” bagi semua kakitangan yang pernah menerima nasib yang sama sebelum ini.
Raut mukanya memang nampak sedikit “kelelahan”, tetapi penghargaan diterimanya ini membuktikan bukan semua “kemarahan” dan “emosional” perlu disalurkan ke media sosial.
Dirai dengan penuh beradab di atas kesabarannya melayan karenah orang
Baca perkongsian dari Public Health Malaysia yang menulis di ruang muka buka mereka.
Raikan Kemenangan Jururawat Di Sebalik Pintu
“Jururawat di sebalik pintu” yang tular beberapa hari lalu di raikan dalam majlis penghargaan ringkas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
Penghargaan ini adalah bukti kemenangan penjawat awam terhadap tindakan kekerasan yang dilakukan oleh orang awam.
Isu ini memberi banyak pengajaran kepada kakitangan awam dan masyarakat, antaranya adalah;
1. Jika anda dikasari dan dikenakan sebarang tindakan kekerasan sama ada dalam bentuk fizikal, tutur kata atau perbuatan sebaik baiknya jangan membalas semula dengan kekasaran.
2. Walau apa yang berlaku, bertindak secara rasional dan kekalkan profesionalisma sebagai penjawat awam.
3. Dalam era teknologi serba canggih, dan kegilaan kepada isu “Viral” sentiasa waspada dengan “mata mata” seperti kamera tersembunyi, alat perakam yang mungkin di letakkan bersama untuk menginaya kita.
4. Istilah “customers always right” tidak lagi releven di guna pakai. Sebarang tindakan kekerasan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat di kompromi selaras dengan Akta Pelindungan Pekerja.
5. Ketahui hak anda sebagai pekerja dan kakitangan awam.
6. Ambil tahu mengenai Garis Panduan Mengenai Kekerasan Kepada Penjawat Awam http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/modules/news/article.php…
Tahniah, kini anda tidak perlu lagi bersembunyi dibalik pintu! Anda merupakan simbol kepada kemenangan terhadap isu kekerasan terhadap anggota penjawat awam. Seronok dapat bunga ya!
Ikhlas dari: @public health malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demi membendung penularan wabak Covid-19, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan mulai esok sehingga 26 Mac ini semua aktiviti di masjid dan surat termasuk solat Jumaat berjemaah ditangguhkan.
Beliau memaklumkan, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau itu selepas mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Berdasarkan taklimat yang disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan beberapa perkara.
“Selain semua aktiviti keagamaan ditangguhkan, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.
“Tempoh 10 hari adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau selepas mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin – Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tiada aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat bagi tempoh 10 hari adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gambar hiasan.
Dr Zulkifli berkata, sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia.
“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.
“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut,” katanya.
Menurutnya, bagi pelaksanaan perihal aktiviti keagamaan dan pengurusan jenazah, Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.
“Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan aktiviti keagamaan dan pengurusan jenazah adalah terpakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan,” katanya.
Bagaimanapun, penangguhan ini khusus untuk Wilayah Persekutuan dan negeri beraja sahaja. Bagi negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, mereka perlu menunggu kenyataan daripada Mufti Negeri masing-masing.
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara poster ‘Malaysia Lockdown’ yang tular di laman media sosial semalam, rakyat Malaysia terpinga-pinga sama ada ia adalah benar ataupun palsu.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman Facebook beliau, tiada sebarang perintah lockdown dikeluarkan oleh pihak berkuasa buat masa ini.
“Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini.
“Walau bagaimanapun, rakyat digesa terus mematuhi nasihat penjagaan kesihatan dan nasihat penjarakkan sosial 1 meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” catat beliau lagi.
*
Tinjauan netizen di ruangan komen menunjukkan rasa cemas mereka terhadap peningkatan drastik kes Covid-19 di Malaysia semalam. Ia gara-gara pengumpulan ahli tabligh dalam sebuah acara besar-besaran pada minggu lalu.
Ramai yang merasakan keperluan untuk meminta rakyat Malaysia kekal di rumah masing-masing ataupun ‘locked down’ seperti yang sedang dilakukan di China dan Itali.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat penggunaan terma ‘lock down’ itu tidak tepat. Seharusnya mereka menggunakan terma kuarantin peribadi dan menjauhkan diri daripada tempat awam.
*
Apa pendapat korang? Adalah Malaysia memerlukan keputusan lockdown ini daripada kerajaan sekarang?
Keputusan tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat yang akan dilangsungkan pada hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...